View: 4442|Reply: 0
|
Wanita bengang hadap CL pemalas, layan TikTok sambil urut
[Copy link]
|
|
Setiap wanita yang baru melahirkan anak pasti menginginkan proses berpantang yang lancar dan menyenangkan agar tubuh pulih sepenuhnya serta kembali bertenaga dalam masa yang singkat.
Salah satu cara yang memudahkan urusan berpantang adalah dengan menggunakan perkhidmatan confinement lady (pengasuh berpantang).
Bukan sahaja urusan ibu, malah setiap perkara berkaitan penjagaan bayi akan dikendalikan oleh confinement lady (CL) sekali gus membolehkan ibu berehat sepuas-puasnya dalam tempoh ini.
Namun berlainan pula dengan kisah dikongsikan oleh wanita ini mengenai pengalaman berpantang yang kurang menggembirakan kerana CL lebih suka mengikut 'kepala' sendiri.
"CL saya ni masak sedap, macam-macam menu boleh masak, urut pun best tapi itulah.... kejadian pagi tadi betul-betul triggered saya.
"Saya minta dia stop urut saya sekejap dan buatkan susu baby. Lepas tu dia cakap 'tu suami puan tu tak boleh buatkan ke?'.
"Saya terkejut ya dia jawab macam tu sedangkan saya bayar perkhidmatannya beribu untuk jaga saya dan baby. Alasan dia sebab tangan berminyak. Bukan minyak panas pun, minyak aromaterapi je," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Wanita tersebut turut menceritakan beberapa lagi insiden yang membuatkannya naik darah gara-gara sikap CL yang makin naik lemak dan culas melakukan tangungjawabnya.
"Lepas tu saya beritahu dia, akak setiap dua jam kena tukar pampers baby. Jangan tunggu berak atau kencing baru nak salin.
"Nak tahu tak dia jawab apa? Jawabnya 'siapa-siapa yang sempat (teringat) boleh buatlah'. Gaya jawab sambil sengih-sengih dan slow konon cuba berlapik," ceritanya.
Tidak mampu menahan sabar, wanita berkenaan berkata dia akhirnya melepaskan apa yang terbuku di dalam hati bertujuan untuk menyedarkan CL berkenaan mengenai tugasnya.
Malah dia terpaksa mengugut untuk menghubungi syarikat tempat CL berkenaan bekerja bagi menyuarakan aduan kerana tidak berpuas hati dengan sikap serta hasil kerja yang dipamerkan.
Bagaimanapun situasi tegang antara dirinya dan wanita tersebut ditenangkan oleh suami.
"Tak habis sampai sini, lepas Maghrib memang rutin dia cuci baju saya dan baby. Husband selit bajunya sehelai dan seluar sehelai dalam baldi untuk dicucikan sekali. Eh, dia keluarkan dan asingkan.
"Punyalah berkira, padahal hari-hari husband care makan minum dia, belikan bahan masak penuh dalam peti bukan untuk saya je tapi untuk makan CL sekali.
"Belikan ubat, toiletries. Ambilkan parcel dia dekat tingkat bawah sebab menyempat dia order. Asyik tengok live memanjang sambil mengurut.
"Selama ni saya boleh tolerate asalkan kerja settle, tapi setelah semua kejadian berlaku hari ni, semua dah jadi salah di mata saya," kongsinya lagi.
Hantaran berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut meluahkan rasa geram dengan CL berkenaan.
Malah ada yang turut berkongsi pengalaman hampir sama dengan wanita berkenaan sehingga membuatkan mereka lebih berhati-hati apabila mahu menggunakan perkhidmatan CL di masa akan datang.
"Sama! Masa rehat lebih tiga jam, main phone, TikTok, video call. Volume kuat. Lagi stres ada CL, lepas tu saya suruh dia balik awal dua hari tak tahan sangat.
"Macam kes saya. Mula-mula okaylah rajin, lama-lama naik lemak pula. Saya cakap elok-elok yang saya tak makan lauk recycle, eh dia buat tak faham je.
"Saya pernah kena dengan CL dari ****. Lepas masak makan malam, hidang terus duduk dalam bilik. Buka lagu kuat-kuat. Saya tengah makan baby menangis... jadinya sambil makan sambil kendong baby," demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|