View: 33755|Reply: 144
|
Zila Bakarin: Seksi suami suka....
[Copy link]
|
|
Seksi suami suka 2012/12/20 - 07:17:17 AM Muhamad Fairoz Azizan | muhamadfairoz@bharian.com.my Cetak Emel Kawan
Zila Bakarin
Zila Bakarin selesa berimej berani, tak tersinggung dek cercaan
Sejak dulu, imej seksinya memang menjadi bualan dan perhatian ramai. Justeru, jika ada yang mencerca serta berasa sakit di mata apabila memandang penampilan dirinya, pelakon, Zila Bakarin, tidak mudah melatah.
Bagi wanita ini, biarlah apa saja kata orang, dia tetap menjadi dirinya. Asalkan semua itu tidak menjejaskan periuk nasi sebagai anak seni, segala cemuhan dan pandangan serong diberikan ditelannya begitu saja.
Zila juga mengaku dia tidak pernah tersinggung apabila ada yang melabelkan dirinya sebagai artis murahan. Apatah lagi dia tidak berpura-pura, kerana di luar lokasi mahupun dalam lakonan, begitulah cara dia berpakaian. Pada masa sama, suaminya, Azri Izhar, juga tidak menghalang.
Bagi ibu kepada dua cahaya mata, Kaseh, 3, dan Chinta, lima bulan, setiap orang punya cara tersendiri dalam menterjemahkan gaya penampilan. Selagi tidak menjejaskan hubungan dalam rumah tangga dan kerjaya, dia selesa dengan imejnya sekarang.
Walaupun usianya sudah menjangkau 37 tahun, Zila tidak sekali-kali berasa ingin berubah meskipun watak lakonannya kini lebih kepada seorang ibu serta wanita jahat.
“Kalau dulu memang seksi habis. Selagi boleh nampak dan menonjol, selagi itu Zila akan buat, tetapi sekarang sudah kurang sikit sebab watak pun lebih kepada ibu, jadi elemen seksi itu sudah kurang” katanya.
Seronok dapat watak bertudung
Begitupun, tidak selamanya dia mengenakan imej seksi kerana ada antara stesen televisyen amat menitik beratkan soal penampilan, yang tidak melanggar syarat penyiaran. Dalam hal ini, Zila turut bangga apabila bakatnya juga dipandang stesen TV AlHijrah.
Julung kali menyarung jubah dan berhijab nyata memberikan pengalaman berbeza buat Zila. Malah dia menganggap itulah peluang yang sudah lama diinginkan.
“Bila dapat tawaran ini, Zila rasa bangga dan seronok kerana dapat pakai jubah dan tudung. Ia nyata menampakkan kelainan dan itulah yang Zila inginkan.
“Zila tak kisah apa orang nak cakap pasal penampilan. Yang penting suami suka. Kalau Zila bertudung dan bertutup, tetapi hati tak baik dan mulut masih lancang, tak guna juga,” katanya.
Akui wanita ini, seperti insan lain, dia juga punya perasaan segan tatkala berada dalam kelompok pelakon muda. Saat itu, dia harus menjaga gaya penampilannya agar tidak keterlaluan. Malah, ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama bersiri Setia Hujung Nyawa, gaya penampilannya sedikit tertutup walaupun masih menampakkan sisi seksinya.
Dalam drama 24 episod itu, dia melakonkan watak antagonis, Datin Adibah. Katanya, dia sukakan watak sedemikian yang dirasakan sesuai dengan diri dan gaya penampilannya.
“Zila tak suka watak baik kerana muka pun sudah nampak jahatnya. Kalau jadi emak pun, mesti watak itu ada perasaan benci serta dendam kerana karakter sebegini akan meninggalkan kesan kepada penonton,” ujarnya.
Menyesal suntik wajah
Mengaku dirinya mengambil suntikan kecantikan, Zila bagaimanapun kesal atas perubahan wajahnya.
“Zila buat muka empat tahun lalu, tetapi sekarang tidak lagi. Memang kini Zila menyesal kerana terlampau mengikut orang. Sekarang, bila Zila tengok balik, wajah Zila dulu lagi cantik,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ermm....bagus la kalo suami suka |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia mcm rosmah mansur kan |
|
|
|
|
|
|
|
bila kurang didikan agama, gini la jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
lawa dia ni...kulit cantik giler....
|
|
|
|
|
|
|
|
suami sanggup tanggung dosa |
|
|
|
|
|
|
|
masa interview kat rancangan mana ntah, tgk dia ni comey rupanya..mcm rossa skit2.. gebu ya amat.. suami dia ni masalah btoi la |
|
|
|
|
|
|
|
elok la suami suka...dosa suami tanggung kannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang dgr artis mengaku menyesal suntik suntik ni..and yes..wajah asli semestinya lebih cantik kak zila oiii... |
|
|
|
|
|
|
|
muka masa berbotox dlu sgt menyeramkan ketegangannya |
|
|
|
|
|
|
|
diana000 posted on 20-12-2012 08:47 AM
muka dia mcm rosmah mansur kan
Aku ingatkan aku sorang aje yg rasa muka dia macam Rosmah
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah dpt suami yg x kesah "berkongsi" isteri ngan lelaki2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
diana000 posted on 20-12-2012 08:47 AM
muka dia mcm rosmah mansur kan
adik rosmah mansur uolsss
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus suami suka .. tapi tuhan mesti suka gak kan .. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe..pakai je seksi..kalau suami suka..supaya tak pandai lain kan...menyeksi je la ko... |
|
|
|
|
|
|
|
“Zila buat muka empat tahun lalu, tetapi sekarang tidak lagi. Memang kini Zila menyesal kerana terlampau mengikut orang. Sekarang, bila Zila tengok balik, wajah Zila dulu lagi cantik,” katanya.
bagus lah ko menyesal..mmg dulu ko lagi cantik dr skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
seksi perut boncet dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
seksi tu mmg patut la laki ko suka
tp menyeksi bg org lain tgk ..apa kehalnya
anak pon dah duakan..xperlu la menyeksi
x leh lawan pon ngan retis yg lg muda2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisahlah Zila masuk neraka. Yang penting suami suka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|