View: 3949|Reply: 41
|
[Tempatan]
Majikan...tolonglah terima kami!
[Copy link]
|
|
‘Majikan perlu terbuka’
Putrajaya: Majikan di sektor kerajaan dan swasta diminta bersifat lebih terbuka menerima permohonan jawatan graduan lepasan universiti termasuk yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
*
Menurutnya, ini bagi menyelesaikan masalah pengangguran di negara ini terutama dalam kalangan graduan ISMP yang tidak mendapat tempat mengajar. selepas tamat pengajian. “Majikan sama ada agensi kerajaan mahu pun swasta (bukan sektor pendidikan), janganlah sampai tidak mahu mengambil graduan ISMP bekerja. Mereka mengandaikan graduan ISMP kena jadi guru. “Pada masa sama, saya pernah menerima aduan individu yang mengatakan majikan tidak mahu menerimanya kerana dia graduan ISMP.
Kualiti graduan ISMP sama dengan lepasan bidang lain, cuma membezakan mereka bidang dipelajari di universiti. “Justeru, majikan perlu bersifat terbuka menerima dan memberi peluang kepada mereka (graduan ISMP) bekerja di agensi masing-masing,” katanya selepas melancarkan Anugerah JCI Socially Responsible Company Awards 2013, di sini, semalam. Kelmarin, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran meminta kerajaan menyelesaikan masalah pengangguran graduan ISMP.
Presiden GAMIS Muhamad Azan Safar dilaporkan berkata, pihaknya memandang serius krisis pengangguran graduan, malah masalah itu memberi tekanan emosi kepada graduan lepasan IPT. Muhamad Azan merujuk statistik 13 peratus daripada jumlah 76,200 graduan menganggur adalah daripada ISMP iaitu 10,200 orang. Saifuddin berkata, kementerian belum membuat sebarang keputusan bagi menghadkan kuota pengambilan pelajar yang melanjutkan pengajian ISMP di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). “Bagaimanapun, kita ada jawatankuasa dipengerusi Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran bagi memantau perkara ini,” katanya.--Hmetro
kesian graduan pendidikan..nak jadi cikgu pun tak boleh sebab dah ramai guru kat sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ari tu menteri manatah kata negara kekurangan guru..tak silap aku TPM merangkap menteri pendidikan...
siap nak import guru lagik tu~ |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa x laku ke graduan malaysia ni di mata majikan? |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya menganggur..apa tindakan kerajaan? |
|
|
|
|
|
|
|
guru India nak diimpot...guru melayu melopong petik anggur
|
|
|
|
|
|
|
|
ni yg xda agreement gan kementerian kot utk diserap jd guru pas grad.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya sekolah yg tak cukup bukannya cikgu terlebih supply. Tak caya pi tgk sekolah skrg murid2satu kelas dah mencecah hampir 50 org. Zaman aku sekolah dulu (80an) paling ramai pun dlm 27-30 org. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan pendidikan aje.. bidang yang tak pemes cam aku pun susah nak
dapat keje kalo apply yang bukan dari bidang yang sama... |
|
|
|
|
|
|
|
amek course pendidikan ... bkn keje utamanya dlm bidang pendidikan?
course pendidikan slalu jd last choice ... so, agaknya caner kualiti graduannye? bkn sume ... but ...
ade skolah yg tlebih cikgu ... ade yg x cukup ... ade skolah yg tlebih cikgu certain subjects, lain2 subjek lak mmanjang diajar oleh guru2 smentara ... silap specialisation ms degree?
|
|
|
|
|
|
|
|
patut adae bebrapa akta utk merancakkan pasaran keraja Malaysia
1) Akta kawalan expat - mengawal jumlah expat yg boleh menjejas periuk nasi warga tempatan, kenakan levi atau ban je bg bidang2 non-critical
2) Akta apprentice - wajibkan glc, mnc atau mana2 company dgn cukai korporat melebihi 1 juta setahun diminta menggaji siswazah utk setiap pekerja yg akan berpencen dlm masa 2 tahun dlm sykt mereka
3) Akta pembahagian tugas - hadkan masa pekerja Malaysia bekerja dlm seminggu. cth. kalau exec Petronas hari2 kena balik pukul 8 mlm, kena la amik pekerja baru utk diberi tugas/ringankan tugas pekerja lama. takkan x sedar2 work distribution tu dah x betul, manpower x cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah luar bandar dan pdalaman yg slalu kkurangan guru sbb bnyak yg tak hndak mngajar kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
tabahlah... kerajaan malaysia lebih suka kalu org luar kerja kat sini.... meriah katanya... org malaysia x pe... bleh kerja kat luar... lgpun nanti ada gaji minimum utk pekerja asing.... |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 7-2-2013 11:38 AM
guru India nak diimpot...guru melayu melopong petik anggur
guru2 melayu apa lagi kalu tak amek kursus bahasa melayu, sejarah, geografi...matematik pun jarang2....bahasa inggeris jauh sekali.... |
|
|
|
|
|
|
|
brownstone posted on 7-2-2013 11:57 AM
patut adae bebrapa akta utk merancakkan pasaran keraja Malaysia
1) Akta kawalan expat - mengawal ...
Aku suka dengan idea kau..tip-top. cuma aku pelik, antara kementerian tak boleh nak bekerjasama dalam 1 isu besar seperti isu pekerja kat malaysia. Sedangkan perkara pokoknya sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mesti majority melayu. Kalau bukan melayu sure no problem sebab terrer english. Cikgu english memang kurang. Kakak aku cikgu english - ajar dari form 1 sampai form 5.
Kenapalah melayu takut sgt kepada english. English tu bukannya makan org pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian pelajaran dah tentu ada pelajar pendidikan mereka sendiri. Lepas tu, kat universiti2 pun wujud fakulti pendidikan. Universiti pendidikan pun ada. Sudahnya terjadi lambakan graduan bidang pendidikan. |
|
|
|
|
|
|
|
time menganggur, buat apa?
apakah produk time menganggur? |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi belum pilihanraya, dah habis pilihanraya baru serap... Dulu masa pak lah, habis bulan 6, bulan 9 dah posting |
|
|
|
|
|
|
|
ala ni puncanya sbb umur pencen dah dinaikkan dr 58 ke 60. Suddenly cikgu2 yg patut pencen 58 amik option 60 tu yg xde kekosongan. lepas dua tahun nanti balance balik. tp mmg malang la budak2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
apekejadah la...boleh pulak graduan pendidikan terlebih..cube try apply kt kolej or sekolah swasta ke.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|