CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 8

[Tempatan] Hujan lebat, air 6 loji bertambah

[Copy link]
Post time 28-4-2014 10:49 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkata hujan yang kerap ketika ini meningkatkan jumlah air mentah di sungai utama dan membolehkan enam loji rawatan menambah pengeluaran air terawat.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata, keadaan ini membolehkan syarikat itu membekalkan air ke kawasan yang terlibat dengan catuan.

"Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan masih menerima bekalan air di premis mereka namun situasi ini adalah bersifat sementara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata enam kawasan yang menerima bekalan air tambahan ialah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Priscilla mengingatkan pengguna agar berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air serta sentiasa bersedia menghadapi catuan bekalan yang dilaksana mengikut jadual.

Beliau berkata pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan dan dijangka tamat pada 30 April ini, atau suatu tarikh yang akan diputuskan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Orang ramai yang masih keliru dengan pelan catuan bekalan air boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat berhubung kawasan terbabit catuan, jadual catuan harian dan polisi lain berkaitan catuan itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 11:38 PM | Show all posts
yeeee....ada setengah kawasan orang prominen tidak dicatu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:45 PM | Show all posts
catu tetap catu...tk boleh berjimak korang punya pasa...syabas!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:04 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 28-4-2014 11:45 PM
catu tetap catu...tk boleh berjimak korang punya pasa...syabas!

kena puasa berjimak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:03 AM | Show all posts
syukurlah ada Syabas
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:47 AM | Show all posts
nape plak x bole bjimak?

sbb tak bole mandi hadas/wajib?

ko tau tak, kalo takde air utk mandi hadas, bole bertayamum aje utk solat?

“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)


aku jumpe satu thread berguna kalo masih ada yg jahil. nak tahu details, FAQ, sila rujuk ustaz bertauliah berdekatan anda. Wallahualam.

rujuk => http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2405.0
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 02:24 AM | Show all posts
Jangan risau, lepas nih kena catu lagi alasan pump rosak plak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 06:48 AM | Show all posts
tak reti nak ngurus air..ni ler hasilnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadual catuan pun tak boleh pakai punya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065266 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list