CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5543|Reply: 41

[Tempatan] Parti Basah Kena Serbu

[Copy link]
Post time 2-7-2014 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Sekumpulan individu dikesan menganjurkan ‘parti basah’ di kolam renang milik persendirian di sebuah kawasan resort di Jasin, di sini, kelmarin.
Difahamkan, parti berkenaan dianjurkan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan mengenakan tiket bernilai RM35 setiap seorang bagi menyertai aktiviti yang turut menyediakan pelbagai minuman keras.
Parti bermula jam 5 petang hingga 1 pagi itu dikatakan turut dihadiri pengunjung beragama Islam, namun serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka pada lewat malam tidak menemui peserta beragama Islam berpesta di parti berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam, kebanyakan pengunjung berada di dalam kolam dan sebahagian mereka dipercayai sudah mabuk akibat pengambilan arak yang disediakan penganjur.

Setiausaha MPHTJ Shahdan Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan awam mengenai parti liar itu.
Katanya, sejurus tiba, pihaknya mendapati parti itu masih berlangsung dengan pengunjung berada di kawasan kolam.
“Pemeriksaan lanjut mendapati penganjur tidak mempunyai permit untuk menganjurkan parti itu. Kita turut merampas dan menyita pengadun bunyi yang digunakan penganjur untuk memainkan muzik di kawasan kolam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Shahdan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan penganjur melakukan aktiviti berkenaan yang dikhuatiri turut membabitkan kegiatan tidak bermoral.
Katanya, walaupun penganjur menganjurkan parti itu di tempat persendirian, mereka perlu memohon permit terlebih dulu bagi membolehkan MPHTJ menyemak aktiviti sebenar yang dijalankan.
“Kita amat komited dalam mencegah sebarang bentuk aktiviti liar dan negatif yang dijalankan di kawasan pentadbiran MPHTJ. Sekiranya ia dilakukan, kita akan menghalangnya.
“MPHTJ tidak mahu sebarang masalah timbul sekiranya perkara tidak diingini berlaku terutama ketika umat Islam menjalankan ibadat di bulan Ramadan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014070206252020140702062520/Article/index_html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 08:26 AM | Show all posts
dah basah2, mabuk, basah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulan pose pn nk buat parti basah gak ke????
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnti org kata


Hak kami utk bebas dan basah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:44 AM | Show all posts
Parti bermula jam 5 petang hingga 1 pagi itu dikatakan turut dihadiri pengunjung beragama Islam, namun serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka pada lewat malam tidak menemui peserta beragama Islam berpesta di parti berkenaan.







Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:45 AM | Show all posts
elok lah tu...buka posa sekali ...dan sambung sahur disana....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2014 08:49 AM | Show all posts
fxxkxxxg shiat. . . apesal tak pegi serbu semua pub, pusat disko resstoran di seluruh bandar? rampas semua arak pelbagai jenama? then charge semua yang tengah teguk arak  kat situ?

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:50 AM | Show all posts
kedburi mia jabatan agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2014 08:50 AM | Show all posts
Simunggu posted on 2-7-2014 12:45 AM
elok lah tu...buka posa sekali ...dan sambung sahur disana....

Sahur di mana
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:51 AM | Show all posts
tak habis2 beparti
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:52 AM | Show all posts
Melaka darul seks bawah umur...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:53 AM | Show all posts
Simunggu posted on 2-7-2014 08:45 AM
elok lah tu...buka posa sekali ...dan sambung sahur disana....

ada muslim kena tahan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:57 AM | Show all posts
slippergombak posted on 2-7-2014 08:52 AM
Melaka darul seks bawah umur...

ada budak bawah umur ke dlm kes ni . . ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 08:59 AM | Show all posts
apsal nak serbu? buat kat private place kot... nyampah iols... club bersepah kt bandar hilir tak diserbu plak.. oohhhh lupaaa yang tu ada lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 09:00 AM | Show all posts
Omong posted on 2-7-2014 08:57 AM
ada budak bawah umur ke dlm kes ni . . ?

Ada seks....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 09:02 AM | Show all posts
lorr
parti basah

kuyup je bunyik nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 09:05 AM | Show all posts
CikguSuraya posted on 2-7-2014 08:49 AM
fxxkxxxg shiat. . . apesal tak pegi serbu semua pub, pusat disko resstoran di seluruh bandar? rampas ...

kat situ ada permit....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 09:05 AM | Show all posts
CikguSuraya posted on 2-7-2014 08:49 AM
fxxkxxxg shiat. . . apesal tak pegi serbu semua pub, pusat disko resstoran di seluruh bandar? rampas ...

parti ni xde PERMIT.

pub2 tu semua berlesen.

jgn la kecoh sgttt cikgu.....baca n faham slow2
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 09:07 AM | Show all posts
basah lagi bila lah nak kering???
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 09:11 AM | Show all posts
seri_mawr posted on 2-7-2014 09:05 AM
kat situ ada permit....

tempat private pun kena permit ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062454 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list