CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11227|Reply: 4

[Tempatan] Kedah tenggelam, di mana MB?

[Copy link]
Post time 20-9-2024 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-9-2024 03:10 AM

Susulan dakwaan Menteri Besar sedang bercuti di luar negara bersama isteri tatkala beberapa daerah di negeri Kedah sedang dilanda bencana banjir dan ribut, pejabat MB Kedah tampil menafikan tuduhan tersebut.

Mereka jelaskan bahawa Muhammad Sanusi berada di Kumamoto, Jepun atas urusan rasmi bagi meninjau operasi sistem takungan air bawah tanah yang dirancang untuk dilaksanakan di Langkawi.

Kunjungan beliau ke Kumamoto, Jepun adalah atas urusan rasmi untuk mempelajari pengurusan operasi takungan bawah tanahdi wilayah berkenaan. Ini kerana satu projek alternatif akan dijalankan di Langkawi untuk mendapatkan bekalan air dari sumber bawah tanah bagi memenuhi keperluan pengguna di Pulau Permata Kedah itu sehingga 2040.

Projek ini adalah di bawah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Projek membina empangan air bawah tanah di Langkawi yang dijangka siap pada tahun 2028 ini adalah yang pertama di Asia Tenggara.

Selain itu, pejabat MB Kedah juga memaklumkan lawatan ini sudah diatur lama sejak keputusan dibuat dalam mesyuarat LSANK bertarikh 1 April 2024.

Delegasi Kerajaan Negeri Kedah berangkat ke negara matahari terbit itu pada 17 September sebelum banjir teruk melanda Kedah.

Justeru itu, Ketiadaan Menteri Besar di tanah air tidak akan menjejaskan operasi bantuan kerana agensi kawalan, bantuan dan keselamatan sedia ada di bawah kerajaan negeri dan persekutuan diyakini mampu menangani situasi dengan efisien.

Oh Media

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2024 11:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sanusi ada lagi lah tenggelam Kedah...
And tak sanggup tengok mok camtu naik superbike  berlagak hero...padahal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Honeymoon kaa?nipu ye nusi kata bini dia pinang bini muda.dia x redha pun.tapi laki dah gatai dan kantoi nak buat mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:46 AM | Show all posts
Honeymoon ker?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034564 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list