CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2772|Reply: 10

[Jenayah] Suntik "Tonik" Sebelum Kerja Untuk Mengembalikan Kecergasan

[Copy link]
Post time 6-8-2014 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ambil dadah dulu sebelum ke tempat kerja. Itu dilakukan empat pengawal keselamatan yang menjadikan bahagian bawah jambatan berhampiran Bulatan Batu Caves, dekat sini, bagi melepas gian dan ‘tonik’ untuk bertahan ketika bekerja.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dibantu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menyerbu sarang ‘mat gian’ itu dan berjaya menahan 28 penagih termasuk empat pengawal keselamatan terbabit.

  Op Cantas Khas Narkotik Kuala Lumpur itu disertai tujuh pegawai dan 40 anggota bermula seawal jam 6 pagi semalam hasil risikan selama lima bulan mendapati penagih kebiasaannya akan ke lokasi untuk menghisap dadah sebelum memulakan kerja.

  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, seramai 25 lelaki yang ditahan adalah warga tempatan manakala tiga lagi penagih adalah warga Myanmar dan Indonesia berusia 22 hingga 40-an.  Menurutnya, dalam serbuan itu
pihaknya turut menahan empat lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang mana tiga daripadanya masih lengkap berpakaian seragam syarikat keselamatan.

“Siasatan mendapati mereka menjadikan tempat ini sebagai ‘port’ untuk menagih dadah jenis heroin yang dibeli daripada pengedar kawasan berhampiran sebelum ke tempat kerja.

Dalam serbuan ini kita turut merampas motosikal suspek.

“Kebanyakan yang ditahan terdiri daripada pengawal keselamatan, buruh kasar, pemandu lori dan peniaga.

“Mereka datang seawal jam 6 pagi untuk melepaskan gian sebelum masuk bekerja dan kebanyakan mereka berpendapatan RM1,000 ke atas,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi itu, semalam. Wan Abdullah berkata, siasatan mendapati penagih kebiasaannya akan datang ke situ tiga kali seminggu dan ada juga yang tinggal dan tidur di situ.

“Kami sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya lima lokasi tumpuan penagih dadah di seluruh Kuala Lumpur dan akan menjalankan operasi sama dalam masa terdekat.“Hasil risikan, empat daerah di Kuala Lumpur iaitu Dang Wangi, Brickfields, Wangsa Maju dan Sentul kini dalam perhatian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) selepas dikenal pasti mempunyai beberapa lokasi tumpuan penagih dadah,” katanya.

Beliau berkata, polis akan menjalankan serbuan di lokasi berkenaan bagi membersihkan kawasan itu daripada menjadi ‘port’ penagih sekali gus menghapuskan gejala ini. Semua suspek direman di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul selama tujuh hari mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Rawatan Dadah.



PENGAWAL keselamatan yang ditahan dalam Op Cantas Khas.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suntik__8216_tonik__8217_sebelumkerja/Article/index_html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 09:35 AM | Show all posts
knp x suntik dekat rumah je. selamat skit...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 09:38 AM | Show all posts
hurm..
bersenam cergaskan diri tak moh
menda2 gni gak nak untuk jalan pintas


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 09:47 AM | Show all posts
mesia masih lagi kebelakang kalo nak bandingkan negara2 maju,,

kalo betul ler nak banteras dadah ditempat kerja, dan utk keselamatan semua orang, derang kena buat random drug and alcohol test,

Polis pun kena gak buat, staff nurse pun kena gak...

kantoi kalu, Gantung keja, suh balik arituh gak, dan pecat.... baru ler cuak..

nasaro kapir harbi gak hebak bila bab2 camnih utk etika bekerja... kalah negara moslem suci mesia...  



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 09:52 AM | Show all posts
Bayangkan Pak guard pun amik drugs
So selamatkah kita??
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 10:00 AM | Show all posts
Kebanyakan pak guard jadi cam mascot je kat depan bangunan cakap pun kadang merapu je.  Kerja lak sampai dua shift tak jadi mat pit mesti jadi kaki botol punya.  Tapi tak dinafikan tak semua cam tu ada le segelintir je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2014 11:05 AM | Show all posts
Nape la nak amik mende mcm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 11:11 AM | Show all posts
otai_g posted on 6-8-2014 09:35 AM
knp x suntik dekat rumah je. selamat skit...

Suntik sorg2 xde feel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 11:30 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-8-2014 09:38 AM
hurm..
bersenam cergaskan diri tak moh
menda2 gni gak nak untuk jalan pintas

ini bukan nak kesihatan, tapi lebih pada nak tahan dari mengantuk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 11:45 AM | Show all posts
konon nak nmpk gagah le tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 12:06 PM | Show all posts
hayooooooo....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.057337 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list