CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8145|Reply: 56

[Tempatan] Warga Emas Sendirian Di Hutan Dikelilingi ‘Hutan Batu’UPDATE#41

[Copy link]
Post time 30-12-2014 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 31-12-2014 12:35 AM

Warga emas sendirian di hutan dikelilingi ‘hutan batu’
Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad yang sangat daif, beberapa anggota  polis terus membelikan makanan untuknya. - Foto ihsan Facebook Balai Wangsa Maju  KL


KUALA LUMPUR, 30  Disember:
Sekumpulan anggota polis yang ‘berniat’ menyerbu  sebuah pondok buruk di hutan kecil berhampiran Damaisari, Wangsa Melawati,  bertukar simpati apabila mendapati ia sebenarnya dihuni oleh seorang warga  tua.
Dengan hanya bersarung kain pelikat, lelaki tua  yang dikenali sebagai Muhammad Dris, 74, hanya mampu mengerekot di atas pangkin  kayu sambil menahan lapar.
“Kami semua terperanjat melihat pakcik tua ini  terbaring keseorangan menahan lapar,” kata Timbalan Ketua Balai, Sarjan Jasmi  Aris ketika dihubungi The Rakyat Post.

Jasmi berkata, mereka masuk ke hutan kecil itu  dengan niat mahu menyerbu pondok buruk yang mungkin dijadikan sarang maksiat,  tapi sangkaan kami meleset sama sekali.

“Tak sangka ada lagi orang yang terlalu daif  sehingga terpaksa tinggal dalam keadaan serba daif di pondok buruk di dalam  hutan,” katanya.

Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad,  beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya.

“Dia menangis apabila melihat jumlah makanan  yang dibelikan. Apabila melihat airmatanya jatuh, kami juga jadi sedih.

Menurut Jasmi lagi, pak cik Muhammad tinggal di  pondok buruk itu sejak 30 tahun lalu, ketika kawasan itu masih lagi sebuah estet  getah.

“Dia tinggal sebatang kara dan tidak mahu  menyusahkan orang lain. Katanya, dia hanya makan roti hasil sumbangan mereka  yang tahu dia tinggal di situ,” katanya.

Anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju terus  mengambil inisiatif memaklumkan keadaan pakcik Muhammad kepada Baitulmal Majlis  Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan usaha untuk mendapatkan rumah yang  lebih selesa sedang dijalankan

Menurut posting terbaru Facebook Balai Polis  Wangsa Maju, Baitulmal MAIWP akan menanggung kos pembinaan rumah pak cik  berkenaan setelah dipersetujui beliau untuk dipindahkan.

“Penduduk setempat akan mencari rumah dan kos  ditanggung oleh pihak Baitulmal. Terima kasih Majlis Agama Islam Wilayah  Persekutuan dan masyarakat setempat yang prihatin.

“Sokongan dan doa masyarakat yang prihatin dapat  mengubah nasib pakcik tua ini di hujung usianya,” memetik laman sosial Facebook  Balai Polis Wangsa Maju.




Sumber: therakyatpost.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 08:38 AM | Show all posts
Kesian tengok org mcm ni. Kat mana hutan ni yer?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x faham..kenapa tak hantar kat rumah org tua je pak cik nie elok sikit ada yg jaga... nie sibuk lak nk buatkan rumah, then pak cik dok sorang2 lagi apa kesudahannya? .. Betul ke niat nk tolong nie.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:43 AM | Show all posts
glump replied at 30-12-2014 08:38 AM
Aku x faham..kenapa tak hantar kat rumah org tua je pak cik nie elok sikit ada yg jaga... nie sibuk  ...

kan?  terjaga sikit rasanya kalo kat rumah org tua... kalo satu femili logik gak nak bina rumah sbb takkan nak pecah2kan dorang.... ni pakcik sorang2 watpe la nak bina rumah....

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:46 AM | Show all posts
glump replied at 30-12-2014 08:38 AM
Aku x faham..kenapa tak hantar kat rumah org tua je pak cik nie elok sikit ada yg jaga... nie sibuk  ...

aku pun setuju kalau hntar rumah org2 tua. ade gak kawan, sakit ade org tau..
kalau bg rumah, nnt sorg2 dia tinggal..sunyi je...

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:48 AM | Show all posts
atok ni masa muda mesti rockers ensem giler..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2014 08:52 AM | Show all posts
hantar la rumah org2 tua. biar ada org jaga. boleh bergaul dgn rakan sebaya. kesiannya la duduk sendiri gitu. sapa jek ya yg tau ada org duduk kat pondok tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:06 AM | Show all posts
glump replied at 30-12-2014 10:38 AM
Aku x faham..kenapa tak hantar kat rumah org tua je pak cik nie elok sikit ada yg jaga... nie sibuk  ...


Betul kata awak...

Niat baik tu ade nak tolong org tua ni but mcm awak kata.... lebey baik bawak org tua tu kuar dari hutan and letak org ni kat rumah org tua2.. atleast ade gak yg boleh tengok2 kan .. sakit pening and makan minum..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 09:10 AM | Show all posts
knpa tak ditempatkan di rumah org tua2 sja
knpa nk biarkan dia terus bersendirian..
pelik pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:15 AM | Show all posts
mak aih. baik hati yg tolong pakcik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:40 AM | Show all posts
dah mcm santa claus pakcik..takpe kalau dia nk duk dlm utan sekalipun..asal dia behgia dgn cara dia..jauh dari manusia yg penuh hasad dengki
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:46 AM | Show all posts
tapi compound umah dia bersih gak laa...

daripada yg kuar paper slalu .. beranak ramai, miskin, laki kerja buruh, isteri gumuk xkerja... umah mcm sarang ular bersepah xkemas... pengotor...

bior pun pakcik ni tua.. sanggup mengikat perut xmakan dari mengharap/menyusahkan org mintak bantuan...
cuma aku rasa... better anta pi umah org tua...

kalo beri umah baru skali pun.. still makan pakai tak terurus...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:48 AM | Show all posts
lepasni ada la org nak ambil pakcik ni jadi pelakon.......jadi guru silatke...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:00 AM | Show all posts
x payah  nk persoalkan niat derang ...
at least tolong .... dr kita yg  x buat apa2
mungkin maiwp akan antar g umah org tua2 .. kita mana tau
at least pakcik tuh x lapa arinih
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:18 AM | Show all posts
glump replied at 30-12-2014 08:38 AM
Aku x faham..kenapa tak hantar kat rumah org tua je pak cik nie elok sikit ada yg jaga... nie sibuk  ...

rse mcm something fishy je.

ke jahat ak pk mcm tu. better letak rumah org tua je, ade org jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:27 AM | Show all posts
better letak kat umah org tua..
dah terang2 dia mcm teda waris..kalo kat umah org tua, makan pakai sakit beliau semua dijaga..
kawan pun ramai

kesian la nanti dpt umah elok pun..duduk sorg diri..
kalo sakit nanti siapa nak jaga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 10:38 AM | Show all posts
Hutan konon.

Kalau nak ikut pekerja rakyatpost....cuma tempat yg tak ada pokok langsung macam flat pprt mereka saja bukan hutan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:58 AM | Show all posts
glump replied at 30-12-2014 08:38 AM
Aku x faham..kenapa tak hantar kat rumah org tua je pak cik nie elok sikit ada yg jaga... nie sibuk  ...

aku pun nak tanya benda yg sama...buat per bg dia rumah, sok ni makan minum dia sapa nak jaga...kalau antar ke pusat org2 tua kan terjamin sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:09 AM | Show all posts
better pakcik nih ditempatkan di rumah org tua.. makan minum terjaga.. ada kawan2 buat teman..

kesian duk sorg2 dlm hutan tuh.. kalo jadi pape, tade org tau pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 11:23 AM | Show all posts
Tuesday, December 30, 2014LELAKI TUA DITEMUI ANGGOTA BALAI WANGSA MAJU DI DALAM HUTAN... BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN TAKDER JUMPA ORANG SEGINI KE?



Peristiwa malam Krismas..

Balai Wangsa Maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran Damaisari Wangsa Melawati. Sepasukan anggota Balai Wangsa Maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan.



Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan. Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi.

Dan bila ditanya kenapa tinggal di hutan yang gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, air mata menitis dari mata tua beliau. Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak.




Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yang daif dalam arus pembangunan yang pesat di kawasan tersebut.

Keesokannya sekali lagi anggota dari Balai Wangsa Maju melawat pakcik tersebut dan kali ini Ketua Polis Balai Wangsa Maju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut. Pada siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat.







Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lagi mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata. Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yang disedekahkan oleh org yang mengetahuinya tinggal di hutan.

Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yang berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.







Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 di hutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan?

Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurang-kurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.

Wajarkah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan?

Insya-Allah, polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan.

Innamal Aqmal Binniat.

Sekian.
Sumber:http://theflyingkick.blogspot.co ... a-balai-wangsa.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.357775 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list