CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47454|Reply: 374

Temubual ekslusif bersama Sufiah, bekas pelacur genius

[Copy link]
Post time 8-2-2015 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ultra78 at 9-2-2015 09:55 AM






KUALA LUMPUR 8 Feb. - Selepas 10 tahun menyepi, Sufiah Yusof, 31, yang dahulu merupakan kanak-kanak pintar Matematik dan memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun tetapi menggemparkan dunia apabila menjadi pekerja seks, muncul dalam rancangan Nona terbitan TV3 bagi berkongsi pengalaman hidupnya.


Sufiah yang tidak memaklumkan tempat tinggalnya kini, turut berkongsi kisah hitam yang ditempuhi pada 2008 apabila terpaksa menjadi pekerja seks di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester untuk menyara kehidupan selama beberapa tahun.

Mengakui tertekan kerana di-buru wartawan pada masa itu, dia memberitahu dapat menanganinya dengan baik.

“Memang betul, saya terlibat dengan industri seks selepas gagal dalam perkahwinan dengan pelajar undang-undang, Jonathan Marshal pada 2004. Mereka (wartawan) cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya dapat me-rakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil.

“Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali. Malah, ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal dan setiap hari saya me-nerima pelbagai e-mel berbentuk ugutan.

“Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya yang masih remaja ketika itu,” katanya dalam rakaman temuramah rancangan berkenaan.

Dalam pada itu, ketika di-tanya mengenai keluarganya, Sufiah menjelaskan, mereka jarang berhubung dan hubungan mula renggang sewaktu usianya mencecah 15 tahun akibat tiada inspirasi dan nilai persaudaraan yang sama.

“Saya selesa dengan cara hidup sekarang dan tinggal dengan rakan-rakan. Semakin dewasa, saya lebih memahami dan semua orang tidak mempunyai nilai dan aspirasi yang sama.

“Setiap orang bebas membuat pilihan selain mampu menangani setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat. Saya tidak bermaksud masyarakat setuju dengan apa yang saya lakukan kerana mereka bebas menjalani kehidupan yang dimahukan,” katanya.

Sufiah memberitahu, dia bersetuju temuramah itu disiarkan kerana sudah lama tidak bercakap dengan media dan mahu laporan lebih baik berkenaannya dikongsi bersama masyarakat.

“Saya faham ketika itu ramai yang mengambil berat dan memberi sokongan walaupun tidak mengenali saya.

“Ketika menjadi buruan pada 2008, saya tahu terdapat rakyat Malaysia yang prihatin dan amat menghargainya,” katanya.





Kuala Lumpur: “Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 30, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.

Bagaimanapun, Sufiah tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Sufiah ditemubual Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Katanya, dia mahu meneruskan kehidupan seperti wanita lain selain tidak pernah dahagakan publisiti.

“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Katanya, dia juga tidak rasa dirinya pintar biarpun dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada usia sangat muda.

“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.

Katanya, dia juga sudah lama tidak keluar di mana-mana media dan mahu laporan yang lebih baik terutama bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya.

“Tidak bermakna kisah yang dikongsi menarik minat masyarakat tapi ada sesetengahnya bersimpati dan mahu tahu kisah saya walaupun ada kalangan mereka tidak mengenali saya,” katanya.

Katanya, dia tidak rasa sesuatu yang luar biasa walaupun sebelum ini menjadi tumpuan media berikutan kemasukannya ke Universiti Oxford.

“Semakin dewasa, saya lebih faham bahawa tidak semua orang mempunyai nilai dan aspirasi sama.

“Saya hargai mereka yang ambil berat dan beri sokongan. Setiap orang bebas buat pilihan dan mampu menanganinya setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat,” katanya.

Katanya, dia mengakui terbabit dengan industri seks selama beberapa bulan pada 2008 lalu.

“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pelanggan.

“Gambar saya sebagai pekerja seks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.

“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.

Katanya, biarpun, kejadian itu membuatkannya tertekan namun ia menyedarkan dia selain mampu menanganinya dengan baik.

“Sebenarnya bukan saya saja yang diperhatikan malah ramai lagi. Laporan perubatan mereka diakses, mencari alamat mereka, mengugut, dan merakam mereka secara rahsia.

“Situasi begini cukup membuatkan saya tertekan, hanya menyembunyikan diri dan takut berjumpa dengan sesiapa,” katanya.

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun.

Ketika suaminya menamatkan latihan perundangan, Sufiah kembali belajar dalam jurusan ekonomi.

Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan sekali lagi pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja seks.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 11:24 AM | Show all posts
kat UK dia ni kira pelacur high class ke tahap anak immigrant caprut? too small to read.

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:27 AM | Show all posts
sufiah ni berstatus andartu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:27 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-2-2015 11:24 AM
kat UK dia ni kira pelacur high class ke tahap anak immigrant caprut? too small to read.

anak pakistan?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:27 AM | Show all posts
Sambil meniup sambil selesaikan differential equation kaedahnya. Kau mampu dik?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:36 AM | Show all posts

bapak paki, mak orang muor. tak tau ler melayu ka jawa.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2015 11:36 AM | Show all posts
flying_cow replied at 8-2-2015 11:27 AM
Sambil meniup sambil selesaikan differential equation kaedahnya. Kau mampu dik?

Terbaek...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian..idup dari kecik x senormal kanak kanak lain..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 11:45 AM | Show all posts
kesian dia.. genius, tapi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
flying_cow replied at 8-2-2015 11:27 AM
Sambil meniup sambil selesaikan differential equation kaedahnya. Kau mampu dik?

Masa kecik hafal sifir sambil hisap lollipop.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-2-2015 11:36 AM
bapak paki, mak orang muor. tak tau ler melayu ka jawa.

Jawapaki....sub spesis kejawaan nusantara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan lawa pun...dulu kemain bangga ni...asal ada sejarah lahir kat mesia,kemain dok canang bangga.padahal kawan tu sikit pun heran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Si genius matematik yg masuk
Oxford seawal usia 13th,
tp syg...

Akibat tekanan kuarge dy mlampau
nk dy jadi genius sgt, kahwin pun bertahan setahun je sbb gaya hdup dy yg dh jauh lari dari islam sbenar, bapak plak kena penjara sbb rogol 2 org budak yg dtg belajar matematik ngan dia. Tekanan mental dan fizikal, Sadis...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:01 PM | Show all posts
when the logic goes a bit fuzzy. so , i doakan dia berhijrah ke arah yg lebih baik. harapnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:02 PM | Show all posts
Genius tapi end up hidup camni...sungguh kasihan...bapaknya merogol??..kena siasat jugak, either anak anak pun jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Too much pressure on a child. Dia masa kanak-kanak dulu nak jugak hidup mcm kanak-kanak lain. Tapi dipaksa belajar mcm org dewasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 12:13 PM | Show all posts
ifanonline replied at 8-2-2015 11:27 AM
sufiah ni berstatus andartu kan?

beliau pernah kahwen sekejap sebelum cerai dan decide jadi pelacur
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:14 PM | Show all posts
Felycya replied at 8-2-2015 11:53 AM
Si genius matematik yg masuk
Oxford seawal usia 13th,
tp syg...

last time akak baca mak beliau dah balik menetap di tanah air, ada buka something kat kota damansara?

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:15 PM | Show all posts
Mesti nonton................................
Nak tahu, apa jadik dengan adik-beradik dia yang lain, yang
sumenya genius matematik dan masuk Oxford at the age of 13/14.
Tak silap ada lima orang, bukan..................???????
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Genius tang mana kalau rosakkan diri sendiri....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.085634 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list