saya baru di diagnos kena diabetes...masuk wad kerana demam berpanjangan kena acute bronchitis... ini semua dah claim guna medical card... masa ni la doktor detect saya kena diabetes
lepas keluar wad saya perlu follow-up every month untuk diabetes... takaful prudential cover ke ubat bulan2 ni?
mbk replied at 11-5-2016 02:36 PM
Nak tanya, masa kemasukkan ke ward tue.. ada tak dr declare diabetes semasa request Guarantee Lett ...
setakat ni... untuk 3 months follow-up after keluar wad ksall dah isi claim form dia..
cuma seterusnya la.. after 3 months ni.. mmg ksall kena ambik ubat every month... sebulan kat KPJ cost me RM275.65... dah minta surat reference dari doktor untuk follow up kat kerajaan je.. tapi memandangkan kekangan masa.. rasa tak sanggup nak p kerajaan la.... haritu p sampai habis setengah hari...kalau medical card ni boleh guna... ksall nak terus p KPJ je...
jika kak sall warded hospital panel or non panel due to DMT2, medikal kad card still cover or boleh pay and claim kerana masa warded dulu dalam GL dr ada mention DMT2. Saya doakan agar urusan kak sall dipermudahkan. Amin.
thanks ye...hope boleh kawal la ... cuma tak tau la akan2 datang macamana kan...
haritu bos cakap rugi je guna medical card just because of demam.. akan2 datang kita tak tau mungkin kena guna untuk sakit yg lebih kronik... tapi demam2 pun hampir 2 minggu juga kena tahan...
entah la.. maybe masa tu rasa kalau p kerajaan mmg dia tak akan tahan wad.. dia bagi ubat bagi mc sehari dua.. pastu kena p keje balik... kalau p swasta dia akan check betul2... masa tu pulak rasa amat2 tak larat (dah kena DM kan.. mmg simpton dia la tak larat tu)... rasa nak rehat betul2... rehat sampai boring dok spital...
Sebab itulah Hibah dititikberatkan dan diberi pendedahan. Kalau tengok bahagian penama di borang Takaful, sudah ada dua pilihan sama ada ingin pilih hibah atau wasi (Faraid).
Post time 30-5-2016 09:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mbk replied at 24-5-2016 12:11 PM
Jika diberi pilihan, yang mana satu anda pilih?
a) Kad rawatan RM20,000 sethaun dengan had seumur ...
Lumpsum 500k please..
Sebab up to this moment ai sngt cepat recovery ...then kalau batuk sampai takde suara pun ai still working juga..so kalau ade duit selepuk camtu rase berbaloi jugak la hidup ni..buleh buat macam2..
Post time 30-5-2016 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ai nak tanye..my son febrile fit..umur nak masuk 3..dah masuk wad 3 kali..dah sawan lebih kurang 7 kali total since umur 1 tahun..
Masalahnya ai stress everytime dia demam..ai tak sanggup dia sawan..so ai memang ambik cuti untuk make sure temperature nya control..masalah sekarang cuti tak cukup..dan dia ade 3 tahun lagi untuk risiko sawan ni..
Ade suggestion tak medical card yg membolehkan ai admit anak ai setiap kali dia demam dan ai buleh claim duit tu? Hosp gomen sah2 la tak boleh..private mungkin boleh..cuma sakit jugak nak membayarnya..
Harap sudi bagi pendapat..
Are Medical Bills Leading Malaysians To Bankruptcy?
Masih ingat dengan pelari pecut Negara, Watson Nyambek? Beliau disytihar muflis susulan pinjaman bank lebih dari RM100,000 untuk membayar kos perubatan bapanya. Watson gagal untuk membayar balik pinjaman bank kerana beliau ada komitment kewangan lain yang perlu di bayar.
Hakikat sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang diistihar muflis akibat kegagalan membayar bill hospital. Menurut AKPK, dari jumlah 8,321 kes hutang yang telah mereka selesaikan pada tahun 2015, 14.3% (atau 1,190 kes) adalah disebabkan oleh bill hospital yang tinggi.
Adakah anda semua masih tunggu untuk mencarum Takaful?
Post time 4-6-2016 01:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mitos Takaful : Bila ada duit lebih, baru boleh buat Insuran dan Takaful.
Hakikatnya, bila anda mendapat gaji sepatutnya menyimpan dahulu. Selebihnya baru dibuat untuk berbelanja. Tabiat ini untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan – insuran dan takaful.
Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa pada hari yang pertama ini dan hari-hari berikutnya sehinggalah menjelangnya Syawal. Mohon ampun dam maaf jika selama saya menulis ada terkasar bahasa..Semoga dipermudahkan dalam segala urusan beserta ibadah mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan di sisi Allah. Amin.
Tahukah anda?
Harta si mati perlu dituntut. Itu adalah hak si mati. Tapi tahukah anda bahawa, urusan faraid di Malaysia paling cepat untuk diproses akan mengambil masa 18 bulan.
Tahukah anda?
Seorang isteri hanya berhak mendapat 1/8 daripada harta bersih suami. Sekiranya anda tinggalkan RM1 juta, isteri hanya layak mendapat RM125,000.
Tahukah anda?
Untuk anda menuntut harta si mati, anda memerlukan modal yang sangat tinggi. Caj guaman untuk harta yang melebihi RM900,000 sahaja sudah RM16,000 lebih. Jangan lupa harta si mati perlu dinilai, sekiranya nilai harta Rm225,000, caj pengurusan adalah RM7,000. Semuanya duit.
Tahukah anda?
Bahawa sebaik sahaja si mati meninggal, SEMUA akaun bank akan dibekukan. KWSP, ASB, dan semua jenis perbankan akan dibekukan sehinggalah selesainya urusan faraid.
Tahukah anda?
Sebanyak RM 66.6 billion harta beku yang belum dituntut oleh umat Islam di Malaysia?
Tahukah anda?
Bahawa di dalam Takaful, adanya kaedah HIBAH, iaitu hadiah yang diniatkan oleh si mati sebelum meninggal untuk dilitinggalkan kepada mereka yang disayangi. Dan tahukah anda, proses claim dalam Takaful hanya mengambil masa 2 minggu sahaja dan cheque akan diserahkan kepada pewaris.
Tinggalkan sebanyak mungkin DUIT CAIR kepada orang yang anda sayang. Selepas ketiadaan anda, mereka perlukan DUIT untuk teruskan hidup.