CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3167|Reply: 11

"Malaysia Tak Aman Dah!" - Ini Antara Kes Tak Disangka Berlaku Di Mala

[Copy link]
Post time 10-7-2018 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Sajian berita jenayah yang dipaparkan menerusi televisyen, akhbar mahupun portal media membuat kita berasa hiba dan marah.

Namun, dalam masa sama kejadian-kejadian penuh tragis seperti berita penyeksaan dan pembunuhan yang berlaku di Malaysia membuat kita sebagai rakyat berasa terancam dan tidak selamat walaupun di tempat sendiri.







Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter mendakwa dirinya terkesan dengan beberapa kes yang tidak disangka berlaku dalam negara.


Tak sangka kes berikut berlaku di Malaysia






Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan menerusi ruangan komen, banyak lagi kes seumpamanya yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat.

Malah, ada di antaranya yang masih belum dapat diselesaikan seperti kehilangan kanak-kanak, Sharlinie serta kehilangan pesawat MH370 dan pesawat MH17 yang terhempas.











Dalam pada itu, sempat juga netizen berseloroh memetik nama jutawan kosmetik terkenal Nur Sajat dan Safiey Illias.




Sehubungan itu, orang ramai menyuarakan kebimbangan mereka terhadap jenayah hari ini yang semakin kejam dan berleluasa.


Malaysia tak aman dah


"Manusia menjadi semakin kejam.

"Kes bunuh, kerat dan bakar banyak sangat sekarang ni,"
komen netizen.




Foto: Twitter




Banyak lagi sebenarnya kes jenayah berat yang berlaku di Malaysia. Begitulah dunia di hujung zaman, di mana manusia menjadi semakin kejam dan menzalimi sesama sendiri. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 12:27 PM | Show all posts
kes profil tinggi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 04:29 PM | Show all posts
Kes bunuh rozita

ex pramugari

suspek jurutera mbsa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 05:10 PM | Show all posts
tagas replied at 10-7-2018 04:29 PM
Kes bunuh rozita

ex pramugari

norita samsuddin la
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Norita samsudin tu story hangat.
Yg bapak tikam 3 org anak dekat bangi
Budak yg dijumpai mati kat pencawang tnb (johor)
Kes mona fandey sampai kerat2 tu ishh ngeri lak terbayang!
Budak kecik usus sampai terburai kat tgganu. Mak dia ada kes dadah.
Budak oku dijumpai kat flat nilai.. mak dia abaikan. Tp skang bdk tu dah meninggal.
Kes dera keluarga tiri kat remaja perempuan. Ni kat pahang or terengganu.

Ni tak masuk boifren gelfren mak/pak yg dera anak2 smpai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Norita samsudin tu story hangat.
Yg bapak tikam 3 org anak dekat bangi
Budak yg dijumpai mati kat pencawang tnb (johor)
Kes mona fandey sampai kerat2 tu ishh ngeri lak terbayang!
Budak kecik usus sampai terburai kat tgganu. Mak dia ada kes dadah.
Budak oku dijumpai kat flat nilai.. mak dia abaikan. Tp skang bdk tu dah meninggal.
Kes dera keluarga tiri kat remaja perempuan. Ni kat pahang or terengganu.

Ni tak masuk boifren gelfren mak/pak yg dera anak2 smpai mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2018 09:58 AM | Show all posts
kejam sangat! menakutkan! memang dah tak aman.
nak bagi anak-anak main depan rumah dalam pagar pun masih tak selamat.
bayi yang tengah tidur dalam rumah pun boleh diculik...
aduhaii
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 10:01 AM | Show all posts
kes budak 10 tahun yang mati didera mak kandung... sekolah dah maklum kat JKM, JKM blh pulang balik anak tu kat mak mental...

mati dah budak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 10:10 AM | Show all posts
Kes bapak, abang, bapak sedara rogol anak/adik/anak sedara....

Dah jadi common lak....

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 03:32 PM | Show all posts
scary huh... mcm kes yg dalam cter csi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 11-7-2018 09:18 PM

Queer namampos la netizens ni. Camna ko boleh  aman2 komen Malaysia dah tak aman if betol negara ni dah tak aman? Lagipun dari dulu akak rasa banyak jah kes jenayah di tanahair ini, seingat akak sejak tahun 90an sejak akak reti baca Berita Harian di umo 8-9 tahun sememangnya jenayah bunoh la rogol la tak pernah tak menggemparkan negara macam kes bunoh kerat 18 Dato Mazlan dan kes bunoh pengacara kanak2 yang lawa itu sape tah namanya. Ni antara kes hangat tanahair zaman akak kecik2 dulu. Noob ja kulu kilir kata Malaysia dah tak aman seolah baru lahir semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 09:38 AM | Show all posts
chazey replied at 11-7-2018 09:16 PM
Queer namampos la netizens ni. Camna ko boleh  aman2 komen Malaysia dah tak aman if betol negara ni  ...

kan???


arwah intan yusniza...

meols dah la penonton tegar rancangan kanak2 angkasapuri tu, si intan ni antara yg meols adore....

hence takde jadahnya pas PH perintah makin menjadi2 jenayah...padahal sedari dulu lagi dah macam ni kehazabannya...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299818 Replies : 7421
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78932 Replies : 3297
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13682 Replies : 117
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20325 Replies : 98
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8522 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 15052 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 15053 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10942 Replies : 86
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.872441 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list