View: 3319|Reply: 3
|
Lontong Kuah Lodeh, Tak Boleh Lupa Ketika Rumah Terbuka
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Salah satu menu wajib ketika lebaran mahupun rumah terbuka, pastinya lontong kuah lodeh.
Biasanya dimakan bersama nasi impit atau pun ketupat, kuahnya bergantung kepada individu.
Sama ada ingin lebih sayuran, tahap kepedasan dan juga sebagainya. Itulah keunikan lontong kuah lodeh ini.
Di bawah ini merupakan resipi yang anda boleh cuba ikutinya. Selamat mencuba!
Sumber foto: Ceria-resipi.blogspot.com
Bahan-Bahan Kuah:
1 Biji Kelapa Parut (Diperah Santannya)
1 Pack Besar Tempe
1 Pack Soon Pucuk Campur
1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
Air Secukupnya
Sedikit Garam
Bahan-Bahan Kisar:
1 Biji Bawang Besar
1 Batang Serai
3 Ulas Bawang Putih
3 Biji Bawang Kecil
Sayur-sayuran:
1 Biji Lobak Merah
1/4 Kubis Bulat
1 Biji Terung Besar
Seikat Kacang Panjang
Cara-Cara:
1. Kisar semua bawang dan serai sehingga lumat
2. Didihkan air kemudian masukkan basar kisar dan lobak merah yang telah dipotong. Didihkan sehingga lobak separuh masak.
3. Masukkan semua sayuran dan tempe, didihkan sehingga semuanya masak.
4. Masukkan santan, serbuk kunyit, soon dan pucuk campur. Masak sehingga mendidih. Pastikan santan tidak berketul, gaul sentiasa.
5. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
6. Sedia dihidangkan. Makan bersama nasi impit. - CARI
Sumber resipi: Blog Buat Wanita |
|
|
|
|
|
|
|
geram bila buat sendiri tapi rasa tak jd..padahal almost all recipes guna ingredient yg lbey kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo hari raya ni mmg menu wajib kt JB |
|
|
|
|
|
|
| |
|