Apabila menjadi seorang penjawat kerajaan, kita akan mengendalikan dan mempunyai akses terhadap dokumen-dokumen kerajaan yang berprofil tinggi dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi. Oleh itu, adalah penting untuk calon-calon penjawat kerajaan ini dilakukan tapisan keselamatan untuk memastikan bahawa tiada maklumat sensitif kerajaan bocor ke tangan yang tidak sepatutnya.
Cara?
Setakat yang saya maklum, calon penjawat awam dikehendaki untuk mengisi borang tapisan keselamatan (Borang KPKK 11) dan jika perlu akan diadakan sesi temuduga.
Semua fail penjawat awam dan bakal staf akan diteliti dan disahkan oleh bahagian keselamatan Putrajaya. Jadi kalau ada rekod polis ke....mmg majikan akan dapat tahu.
Kalau bersih tak perlu takut. Prosedur biasa je semua tu.