oleh Adib Za
Sekali pandang, pasti mengingatkan anda dengan makanan terkenal dari Itali iaitu piza. Namun, menu lazat yang boleh didapati di Resto dan Kafe D'tuik, Bandung Indonesia ini bukanlah sejenis piza.
Meskipun begitu, namanya memang 'mirip banget' iaitu Fizza Sunda. Berbeza dengan piza yang dibakar, makanan enak ini yang dibentuk seperti doh, kemudiannya digoreng.
Antara bahan yang digunakan termasuklah daging salai, lobak merah, sosej, cili dan keju mozarella. Memang cara penyajiannya juga sangat serupa dengan piza.
Lapisan sayurannya menjadikan menu ini begitu ideal buat mereka yang gemarkan menu yang berasaskan sayuran.
Biasanya Fizza Sunda diambil bersekali dengan minum petang atau pun dijadikan makanan pembuka. Ehm, lazatnya!
Bolehlah dicuba tatkala berkunjung ke Bandung nanti. - CARI
Sumber foto: Carian google
|