Terkejut dibuatnya bila dapat tahu gerai ini menjual ayam goreng dengan harga cuma RM1.00 sahaja.
Rasanya seperti mengimbau kenangan 10 hingga 20 tahun lalu apabila menu sedemikian dijual begitu murah di pasar malam mahupun gerai-gerai tepi jalan.
Berlokasi di Meru Klang, anda boleh menemui gerai yang mengujakan ini di hadapan Masjid As-Syarif, Meru.
Daripada respon yang diberikan dari kalangan pengunjung, mereka sangat berpuas hati bukan sahaja kerana harga ayam goreng yang begitu murah malah rasanya juga sangat sedap.
Menggunakan hashtag #AyamGorengRM1, netizen di laman sosial juga berkata gerai menjual ayam goreng RM1 semakin mendapat tempat dan kini muncul bak cendawan di beberapa lokasi lain seperti di Seksyen 9 Shah Alam dan juga Padang Jawa.
Daripada apa yang dipaparkan menerusi gambar berikut, rasanya tak dapat dinafikan lagi ayam goreng RM1 harus dicuba hari ini juga. Bagai terasa kerangupannya!
Nah, layankan beberapa gambar yang pasti mencuit hati anda untuk datang ke gerai tersebut. - CARI
ok lah tu. ada juga la yang jual ayam goreng singgit walaupun kecil tapi bersesuaian lah dengan harganya. jangan pulak ada netizen2 berotak wecet ingat ayam goreng singgit tapi saiz besar peha gajah udah le...
aku penah beli...tepung jek lebih...
isi tarak...mmg sesuai dgn rege
jgn kau harap nak kenyag...
nak kenyang beli la seploh hinggit..
seketui dua kali ngap..