Anda menggemari makanan barat? Gemar menikmati kentang goreng dengan mayonis atau menyediakan salad?
Mayonis memang menu wajib dalam kebanyakan masakan barat. Malah, kini masakan tempatan pun sedap dicicah dengan mayonis seperti keropok lekor, telur dadar dan sebagainya.
Apa kata kali ini anda sediakan sahaja sendiri mayonis di rumah. Kan lebih jimat dan juga lebih sedap! Tak tahu caranya, boleh semak resipi di bawah!
Resipi Mayonis 1
Bahan-bahan
3 biji kuning telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu kecil serbuk mustard
Cara-caranya:
1. Dalam pengisar, satukan kuning telur, gula, garam dan mustard. Pukul sederhana laju.
2. Tuangkan secawan minyak dan kisar lagi. Kemudian tuangkan lebihan minyak dan kisar lagi sehingga adunan likat.
3. Masukkan dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk. Ia tahan sehingga 2 minggu.
Resipi Mayonis 2
Bahan-bahan
1 cawan minyak jagung
1 biji kuning telur
1 biji putih telur
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil paprika
3 sudu besar jus lemon
Cara-caranya:
1. Satukan kuning telur, jus lemon, paprika, garam dan gula serta satu sudu minyak.
2. Pukul sebati. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan putih telur. Kacau lagi sehingga likat. - CARI
mcm senang je... semua hempuk dlm blender ...ada terbaca..sambil putar masuk setitik...setitik minyak sampai hbs...x kowser nak cuba kalau mcm tu... terus beli dah siap lg senang...