View: 3071|Reply: 12
|
Telur Dadar Dari Burung Unta, Kenapa Tidak?
[Copy link]
|
|
Bosan dengan menu telur ayam atau telur itik? Apa kata anda cuba sesuatu yang lebih eksotik iaitu telur burung unta!
Di luar negara, burung unta bukan sahaja didapati dalam bentuk daging segar, malah telurnya juga dijual. Di Malaysia juga anda boleh mendapatkan telur burung unta dengan harga RM60 sebiji, seperti yang dipaparkan dalam laman jurnalmalaysia.com.
Apa yang menarik sangat tentang telur burung unta? Katanya rasa telur ini tidak jauh berbeza dengan telur ayam. Namun, dari segi khasiat, ia mengandungi protein yang sangat tinggi dan rendah kolesterol.
Ini kerana telur burung unta mengandungi 70 peratus putih telur dan hanya 30 peratus kuning telur. Berbeza sangat dengan telur puyuh misalnya yang mengandungi 70 peratus kuning telur.
Malah, daging burung untuk juga dikatakan mengandungi kolesterol dan lemak yang rendah. Paling menarik, ia terdapat kandungan kolagen yang baik untuk kulit dan juga sendi.
Telur burung unta sangat sesuai dimasak secara ringkas sahaja seperti telur dadar. Anda boleh tambah bahan seperti bawang, keju dan juga lada sulah untuk rasa yang lebih mengancam!
Nah, silakan menonton video penyediaan telur burung unta di bawah. Pasti anda teruja! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm sedap ke? nmpk pekat semacam je.. |
|
|
|
|
|
|
|
X sanggup nk try |
|
|
|
|
|
|
|
Daging burung unta ni sangat sedap tau. Pernah mkn kat hotel.. ostrich masak kicap gitu |
|
|
|
|
|
|
|
cara mamat ni masak sungguh meloyakan. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah try telur dadar dan satay ostrich...
blh la telan....mmg beza sikit la dari ayam |
|
|
|
|
|
|
|
my friend pernah mkn, tuk kekalkan otot...protein mmg tiggi bandingkan dgn tolor aym biasa |
|
|
|
|
|
|
|
makan share2 boleh la.. makan sorang mau sebulan nak habis |
|
|
|
|
|
|
|
klau tak tau telur dadar tu dari burung unta,ai lahap je..lagi2 kalau makan dgn tomyak..ahaksss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bermakna bela burung unta lagi bagusla. Sebiji telor boleh makan berkali. Begitu jg dgn dagingnya. Seekor boleh buat stok sebulan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lalu nk mkn |
|
|
|
|
|
|
| |
|