Bukan selalu dan mudah untuk menemui gerai burger tepi jalan yang menjual burger premium dan juga mewah.
Kenapa dikatakan mewah? Selain menggunakan bahan terbaik, ia juga terdiri daripada daging patty yang tebal, berlapis-lapis dan juga berjus.
Bukan itu sahaja, saiz daging patty yang ditawarkan pasti membuatkan anda berasa senak perut.
Itulah pandangan pertama terhadap menu burger yang dijual di gerai Zam Burger yang berlokasi di Danau Kota, Kuala Lumpur. Seakan sudah menjadi viral kerana burger di Zam Burger ini memang sangat terbaik dan meletop!
Anda boleh melihat sendiri ketebalan daging yang digunakan seperti gambar di bawah. Burger Chicken Chop misalnya memang menjadi pilihan ramai dengan harga RM12.00.
Selain itu terdapat burger daging dan juga kambing yang begitu tebal dan berjus, dijual dengan harga RM9.00 hingga RM15.00.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri kehangatan burger mewah ini, datang segera ke Zam Burger di Danau Kota ini. - CARI