Ada banyak cara untuk kita ketahui personaliti seseorang. Cara berpakaian juga merupakan salah satu cara untuk kita lihat keperibadian seseorang. Anda akan kelihatan lebih 'cool' jika mengenakan pakaian dengan cara yang betul dan sesuai.
Jom, lihat bagaimana!
1. Menggulung lengan baju
Gulung separuh lengan baju hingga paras lengan, kemudian gulung separuh lagi bahagian yang sudah digulung tadi. Biarkan sebahagian hujung lengan (cuff) terdedah. Cara yang pantas untuk gaya yang 'cool'!
2. Saiz seluar jeans
Jangan pakai seluar jeans yang terlalu besar atau terlalu sendat. Gunakan dua jari untuk mengukur saiz pinggang seluar.
3. Seluar pendek
Jika mahu berseluar pendek, anda akan kelihatan lebih macho dan bergaya jika seluar pendek anda berada dua atau tiga inci dari paras lutut.
4. Stoking putih
Stoking putih hanya dipakai ketika bersukan, kecuali untuk anak yang bersekolah. Selain itu, jangan padankan stoking putih dengan mana-mana pakaian!
5. Kasut
Jangan pakai kasut sama setiap hari! Bukan wanita sahaja perlukan banyak kasut, tetapi lelaki juga harus memiliki dua atau tiga pasang kasut. Apa salahnya belanja lebih sedikit untuk tampil lebih menarik, bukan?
6. Tali pinggang
Padankan warna tali pinggang dengan kasut anda. Ini penting agar anda terlihat lebih 'match' dengan pakaian yang dikenakan.
7. Masukkan baju ke dalam seluar
Jangan masukkan T-shirt polo dan kemeja kasual ke dalam seluar. Bagaimanapun, jangan biarkan kemeja formal anda kelihatan seperti 'dress' dengan tidak memasukkannya ke dalam seluar.
8. Blazer
Seperti seluar jeans, jangan pakai blazer yang terlalu besar dan terlalu kecil. Blazer yang kecil akan membataskan pegerakan anda manakala blazer yang besar akan membuat anda kelihatan selekeh. Sebaiknya, pilihlah blazer yang betul-betul sesuai dengan saiz anda. Selain itu, jangan kenakan butang bawah!
9. T-shirt leher-V (V-neck)
Sumber foto: Youtube BuzzFeedYellow
Tolong jangan pakai T-shirt dengan leher-V yang terlalu besar. Pastikan bahagian bawah leher-V tidak melebihi dua atau tiga inci dari tulang selangkang. Atau, pakai sahaja T-shirt leher bulat bagi sentuhan klasik.
Akhir sekali, jangan membataskan kreativiti anda untuk mencuba gaya baru. Yakin dan percaya pada diri anda untuk bermain dengan warna dan mencuba corak serta rekaan berlainan. Tunjukkan pada dunia siapa diri anda sebenarnya. - CARI |