CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3605|Reply: 10

Lagu Ini Dapat Kurangkan Stress Sebanyak 65 Peratus, Fakta Atau Auta?

[Copy link]
Post time 30-11-2016 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Anda melalui hari yang buruk? Terlalu 'stress' sehingga anda rasa mahu menjerit? Cuba bertenang, tarik nafas, lakukan senaman atau ambil udara segar.


Atau anda boleh mendengar lagu kegemaran untuk menenangkan fikiran. Tahukah anda mendengar lagu itu, secara saintifiknya mampu mengurangkan kadar tekanan anda sebanyak 65 peratus.



Sumber foto: Carian Google



Betulkah? Sekumpulan pengkaji di Mindlab International mendapati orang yang mendengar sebuah lagu berjudul 'Weightless' dendangan kumpulan Marconi Union, mengalami penurunan kadar tekanan sebanyak 65 peratus.


Apa yang lebih hebat adalah, lagu itu memang dicipta untuk mengurangkan kadar tekanan pendengar. Kumpulan Marconi Union bekerjasama dengan ahli terapi bunyi ketika menghasilkan lagu itu. Mereka menyusun muzik dan rentak lagu sehingga mereka percaya ia dapat membantu menurunkan kadar degupan jantung pendengar. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tekanan darah serta pengeluaran hormon kortisol.





Sumber video: Youtube



Jadi, sebelum anda 'meletup' kerana terlalu tertekan dengan masalah dihadapi, bolehlah anda cuba mendengar lagu ini ya.


Jom cuba dengar dan lihat sejauh mana kebenaran fakta itu. Adakah ia betul-betul berkesan dalam mengurangkan stress kita, atau hanya auta semata. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendeee
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:59 PM | Show all posts
Weyy apa nii..cam bunyi segerombolan nyamuk kat tinger jahh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 09:58 AM | Show all posts
kena dengar guna headphone .. kalau dengar guna speaker macam tak masuk
macam bingit ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 02:35 PM | Show all posts
ade rasa..... sakit kepala......kalu pakai headphone....tak tenang langsung.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 02:41 PM | Show all posts
Edited by Yunho at 1-12-2016 02:42 PM


lagu ni tenang..... sambil goyang kepala......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2016 03:03 PM | Show all posts
mak aih..aku ase otak aku jadik kembang..kempis...kembang...kempis...
pakai headphone

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 08:41 PM | Show all posts
menipu .. xrasa tenang langsung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2017 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr ayat alquran lg tenang setenang2nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:22 PM | Show all posts
macam auta. tengok individu punya citarasa.
macam ai sendiri, kalo nak release stress suka dengar smooth jazz.
3 lagu feveret ai.





Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 04:54 PM | Show all posts
terima kasih share music ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052643 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list