|
Char Kuey Teow menjadi salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Baik yang kecil, tua atau muda, ia digemari pelbagai golongan dan bangsa. Dan kini, ia juga boleh didapati di gerai tepi jalan.
Pun begitu, kadangkala tidak puas makan Char Kuey Teow yang dibeli kerana kuantitinya sering tidak mencukupi. Jadi apa kata hujung minggu ini anda cuba resipi Char Kuey Teow mudah, cepat dan SEDAP? Apapun, sedap itu subjektif, jadi kalau nak tahu Char Kuey Teow ini sedap atau tidak kenalah cuba sendiri!
Foto: Blog Nina Mirza
Bahan-bahan
1 paket kuey teow
20 ekor udang bersaiz sederhana
1 1/2 cawan isi kerang (direbus)
2 biji telur
Daun kuchai (dipotong anggaran 2 inci)
15 sudu kicap Char Kuey Teow Ilham (dibancuh dengan 1 1/2 cawan air)
Foto: Pinterest
Cara penyedian
1. Panaskan kuali dengan api yang besar sebelum masukkan minyak masak
2. Masukkan udang dan goreng selama 20-30 saat kemudian masukkan isi kerang rebus
3. Masukkan kuey teow dan daun kuchai. Gaul sebati
4. Pecahkan telur, segera masukkan kicap Char Kuey Teow yang telah dibancuh bersama air tadi.
5. Kacau sebati telur dan kicap sekitar 5-8 saat
6. Tutup api dan segera dihidangkan.
Nota kaki:
1. Api dapur haruslah besar
2. Segera dihidangkan apabila siap dimasak kerana dikhuatiri kuey teownya kembang
3. Tak perlu tambah garam atau gula
Mudah sahaja kan! Dengan menggunakan sos segera, tak perlu gunakan bawang, cili dan sebagainya. Bukan malas ya, tetapi cepat dan mudah. Apa lagi? Cepat cuba! - CARI
Kredit resipi: Blog Nina Mirza |
|