Cendawan memang enak dijadikan sebagai menu sampingan dalam hidangan makan tengahari atau malam.
Keenakan cendawan goreng terutamanya memang tidak dapat dinafikan lagi, membuatkan penggemarnya mahu meratahnya lagi dan lagi.
Kali ini, apa kata cuba resipi cendawan goreng Enoki yang sedang hangat dan menjadi kegilaan ramai ini.
Ada dua sebab mengapa resipi ini menjadi tular dan terkenal sekelip mata. Pertama adalah disebabkan teksturnya yang sangat rangup. Kedua adalah ianya sangat mudah disediakan, tak sampai 5 minit!
Foto: nakita.id
Jom lihat cara-caranya:
Bahan-bahan:
Cendawan enoki
Tepung serbaguna
1 biji telur
Minyak masak
Cara-cara:
1.Pukul telur dan tuang ke dalam mangkuk bersama cendawan Enoki dan gaulkannya.
2. Salut cendawan Enoki dengan tepung serbaguna.
3. Goreng hingga keemasan.
4. Hidang bersama sos cili.
Siap! Mudah, enak dan mengenyangkan.
Foto: dapurkobe.co.id
Khas buat ibu-ibu yang sibuk atau si bujang yang mahukan sesuatu yang cepat dan ringkas. Sesuai dijadikan lauk sampingan atau kudapan ketika menonton televisyen.
Selamat mencuba!-CARI
|