|
Originally posted by chumpon at 17-5-2004 17:10
Jalan Mountbatten = Jln Tun Perak
Sebelum tu dikenali sbg Java Street. Shopping mall Robinson dulu kat sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Joe Hahn at 24-5-2004 04:30
jalan bukit aman tu name omputih lupe la
Bluff road. Alih bahasa - Jln Tipu. Jadi hq Polis KL skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bunchen at 10-6-2004 01:26
http://img13.imageshack.us/img13/2893/pa29.jpg
Ada jam besar kat situ, ramai org panggil jam pekak. Sekarang Lebuh Pasar |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Berhala dapat nama baru
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bermula hari ini Jalan Berhala akan dikenali sebagai Jalan K.Ramanathan Chettiar dan sebahagian lagi dinamakan Jalan M.G.Pandithan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M.Saravanan.
Beliau berkata, nama-nama itu diambil sempena nama Presiden MIC ketiga, K.Ramanathan Chettiar dan bekas Presiden IPF, Tan Sri M.G Pandithan.
"Selepas Jalan Brickfields ditukar nama kepada Jalan Tun Sambanthan sempena nama Presiden MIC kelima, Tun V.T Sambanthan sejak 27 tahun dulu, kini Jalan Berhala pula diubah nama," kata Saravanan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pertukaran nama itu dibuat atas persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebahagian daripada usaha menjadikan kawasan itu sebagai Little India.
Sementara itu, Saravanan yang juga Ketua Penerangan MIC meminta mana-mana pihak tidak campur tangan dalam urusan kepimpinan parti itu kerana anggota parti begitu matang untuk membuat keputusan.
Akhbar hari ini melaporkan gabungan 12 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat India menggesa Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membuat perubahan pucuk pimpinan untuk mengembalikan kewibawaan parti itu dalam Barisan Nasional.
Wakil gabungan itu, Datuk T.Vyran Raj berkata, berdasarkan maklum balas masyarakat India seluruh negara, kebanyakannya percaya perubahan dalam MIC hanya boleh berlaku selepas Samy Vellu dan pemimpin seangkatannya berundur.- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
uuppp........... |
|
|
|
|
|
|
|
jalan alor tu pon dolu ada nama lain gak kan...sapa tau...aku dah lufa plaks |
|
|
|
|
|
|
|
jalan fletcher? haha ada ke jalan nih
slalu nampak papan tanda SJK(T) Jalan Fletcher sebelum pustakaan negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|