CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15200|Reply: 4

Adakah najis hukmi berpindah?

[Copy link]
Post time 12-7-2017 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Jabri93 at 12-7-2017 11:54 PM

Salam semua, saya ingin bertanya, disini saya ada 3 soalan:
  
1. Kalau kaki saya basah dan terpijak najis hukmi, contohnya air kencing kucing yang sudah kering, dan saya menginjak sejadah, adakah najis hukmi itu berpindah ke kaki saya, sepanjang jalan yang saya lalui, dan ke sejadah? Saya sudah tengok video ustaz azhar idrus di youtube, ustaz kata najis tidak berpindah dan cukup sekadar basuh tapak kaki yang terpijak najis hukmi. Ada juga saya terbaca pendapat yang lain, kata perlu alirkan air. Jadi saya tak pasti mana 1 yang betul.

Sebelum ni 1 keluarga pakai selipar dalam rumah tidak kira masuk ruang tamu atau tandas. Guna selipar yang sama. Jadi saya fikir mungkin ada najis yang terbawa di bawah selipar(walaupun tiada bau,warna dan rasa) masuk dalam ruang tamu. Jadi saya tak tahu dan tidak pasti di mana najis tersebut. Macam mana hukumnya untuk keadaan begini ? Perlukah saya bersihkan di seluruh kawasan ruang tamu ?

2. Saya ada baca untuk bersihkan najis hukmi, cukup dengan mengalirkan air 1 kali. Bila kita alirkan air, mestikah kita tunggu sehingga air di tempat tersebut kering dan barulah kita boleh pegang/lalu tempat itu ataupun boleh pegang/pijak tempat itu sebaik saja kita alirkan air walaupun masih ada air.

Saya berharap ada yang boleh menjawab pertanyaan saya kerana persoalan ini sering kali bermain di fikiran saya sehinggakan mengganggu aktiviti seharian saya. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2019 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, ni sama macam apa yang saya lalui. Saya sangat sangat was was sampaikan semua tempat saya rass telah menjadi najis. Bantu pls
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 12:13 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 9-5-2019 12:15 PM

tidak berpindah kecuali ada nampak ain.....

jika berpindah maka kita takleh pegang duit yg berpindah pindah dari org kafir.

tahniah atas kesensitifan anda pada hal hal akhirat anda.

semoga Allah merahmati anda

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ussopp replied at 9-5-2019 12:13 PM
tidak berpindah kecuali ada nampak ain.....

jika berpindah maka kita takleh pegang duit yg berpin ...

maaf ada lagi soalan. skrg saya telah menjadi sngt was was. saya bekerja dengan bukan islam. kemudian dia selalu makan makanan yg saya tak tahu kandungannya dari kedai bukan islam dan lepas makan dia hanya sapu sapu tangan dia, tak basuh pun. lepas tu dia pegang pc dan buku, buku dan pc sama saya pegang jugak. apakah najis berpindah pada tangan saya, sekiranya dia makan makanan berasaskan babi? ain najis tidak ada, tapi kadang kadang dia sentuh saya dan saya pula tangan jenis berpeluh. saya jadi was was takut solat saya tak sah, saya was was barangan yang saya pegang pun jadi najis sama dan solat ahli keluarga saya juga menjadi tidak sah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2019 11:35 AM | Show all posts
mintea97 replied at 27-8-2019 06:00 PM
maaf ada lagi soalan. skrg saya telah menjadi sngt was was. saya bekerja dengan bukan islam. kemud ...

jika jelas baru basuh....

jika tak jelas...tidak perlu.

jika dia tgh makan....elakkan bersentuhan.

kenajisan babi adalah khilaf dikalangan ulama.


ulamak muktabar , ada yang anggap babi tak perlu disamak...tp dibasuh mcm biasa saja.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.138878 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list