View: 1744|Reply: 0
|
[Falsafah]
Masyarakat "Islam"Jepun vs Masyarakat Kuat Melabun
[Copy link]
|
|
Aminuddin Kadir
Masyarakat "Islam"Jepun vs Masyarakat Kuat Melabun
By Dean Kadeer
Selain ana gemar menonton channel National Geographic dan History Channel,ana juga gemar menonton channel Jepun iaitu NHK.
Memang banyak betul contoh-contoh dan program yg menarik dlm masyarakat Jepun.Sepanjang yg ana tengok,Jepun mmg suka highlight kan bagaimana masyarakat mereka hidup dan progress.
Mereka tunjukkan bagaimana cara membuat Kimono dgn ulat sutera,cara masyarakat membersihkan sisa radioaktif,cara bagaimana menjaga warga cacat,cara menghasilkan Saké secara tradisi,cara membuat kueh tradisional atau makanan yg menarik,cara pelajar-pelajar sekolah membersihkan kelas dan cara membangunkan minda kanak-kanak.
Mereka juga kerap menunjukkan bagaimana tingginya penghargaan kpd budaya dan warisan nenek moyang mereka.Banyak lagi highlight-highlight yg menarik tentang bagaimana masyarakat Jepun membawa kedamaian kpd bumi mereka.
Ambil satu contoh bagaimana pelajar sekolah diajar menjaga dan menghargai kebersihan.Mengikut cerita sahabat ana yg tinggal disana(Junichiro Hasegawa),sebelum pelajar masuk kekelas,mereka di ajar utk membersihkan kelas dan kawasan sekolah dahulu.
Inilah langkah awal mendidik manusia menghargai alam sekitar.Adakah perkara sebegini ditekankan di negara Islam Melayu Halalan Toyyiban Wal Jannatul Firdaus?
Selain itu,masyarakat Jepun amat menghargai sahsiah dan "social skill" seseorang.Tahap disiplin, keaktifan dlm sukan dan persatuan/kelab menjadi kayu ukur untuk seseorang pelajar masuk ke universiti dan diambil bekerja,selepas itu barulah kelayakan akademik diambil kira.
Begini caranya masyarakat Jepun mendidik manusia utk menjadi insan yang berguna.Mereka mengutamakan masyarakat.Sebab itulah apa yg ana lihat didalam channel tv Jepun,kebanyakannya berkisar tentang masyarakat.
Yang belum pernah lagi ana jumpa didalam channel TV Jepun cuma satu, iaitu rancangan bersama Ulamak atau Ostad Jepun yg bercerita tentang ugama Buddha atau Shinto(sahabat ana telah mengesahkan tiada rancangan agama didalam tv Jepun).Jepun tidak perlukan wakil tuhan utk membimbing mereka.
Jepun mengajar masyarakat utk menjadi manusia,bukan untuk menjadi"ejen-ejen tuhan".Yang peliknya,Malaysia yg dikenali sbg negara sekular sama spt Jepun,tetapi di TV dan Radio di Msia penuh dgn rancangan agama.Jepun telah membuktikan,kesesatan dan kejahatan manusia bukanlah kerana tiada didikan atau "dakwah"agama,tetapi kurang upaya utk berfikir tentang maslahat sesama manusia.
DI BAWAH INI ANA SUMBANGKAN DOA UNTUK MENJADI RAKYAT JEPUN DENGAN SEGERA;
Ya Allah Ya Tuhanku,datangkanlah Tsunami ke Msia,dan hanyutkanlah kami ke pantai Tokyo dengan segera.Amin Ya Rabbal Alamin
Nota : Melabun ialah duduk bersembang-sembang
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|