Edited by ziela_janjirock at 15-8-2017 01:52 PM
Salam semua...ini penulisan pertama saya. Harap dapat tunjuk ajar dari segi pembinaan ayat
Jam menunjukkan hampir ke pukul 7 petang. Aku gelisah menunggu di meja penyambut tetamu. Pelanggan yang dijangka akan tiba 6.30 petang belum menunjukkan rupa. Ada dua perasaan membelenggu diri diri aku ketika itu. Satunya adalah, berdebar akan berhadapan dengan rakyat dari tanah air dan merupakan orang sebangsa aku. Dan yang keduanya, aku tidak ingin membuat kerja tambahan. Waktu kerjanya aku sudah ditetapkan pada pukul 10 pagi sehingga 7 petang.
Perut aku sudah berbunyi minta diisi. Malam ni aku rasa nak masak nasi goreng ikan bilis. Stok ikan bilis baru saja dikirim oleh kawan aku dari tanah air. Aku berkira-kira nak tumbuk cili padi bersama bawang dan kemudiannya tumis. Wallah, pasti sedap bila di goreng nasi bersama ikan bilis. Terliur aku memikirkan makanan untuk perut aku malam ini.
Khayalan aku bertukar debaran. 4 orang lelaki melayu berjalan menghala ke arah pondok aku berada. Pondok bersaiz lebih kurang 10 kaki x 10 kaki itu menempatkan ruang penyambut tetamu dan kedai runcit bagi Flam Hostel. Kebanyakan yang penghuni di Flam Hostel itu adalah backpacker traveler kerana harga biliknya adalah murah.
“Hello, we want to check-in. This is our booking confimation.” Tanpa mengangkat muka aku memeriksa booking mereka melalui buku rekod. Semua bayaran sudah dibuat secara online. Aku sengaja memakai topi yang menutup sebahagian wajah aku. Berdebar betul untuk bersuara. Aku tiada pilihan, terpaksa juga bersuara.
“Err..ini kunci bilik. Ni bed sheet, kena letak sendiri ye. Dari sini, sila berjalan terus ke building kuning belakang ni. Bilik encik semua bahagian bawah. Boleh guna kitchen tapi tolong bersihkan balik selepas guna. Ada apa-apa lagi boleh saya bantu? Saya dah nak tutup ni.”
“Hah, orang Malaysia rupanya. Tak sangkanya.” Tetiba salah seorang dari mereka bersuara. Kemudian yang lain-lain tu kelihatan teruja. Keadaan itulah yang aku tak suka. Mesti mereka akan bertanya banyak mengenai aku.
“Ye saya orang Malaysia. Maafkan saya ye, saya ada sedikit urusan. Saya terpaksa bergerak sekarang.” Memang agak biadap cara aku. Tanpa mempedulikan mereka yang masih berdiri di luar pondok, aku menarik sliding glass window dan mengunci dari dalam. Kemudian aku menutup suis lampu. Tak cukup dari itu, aku menyembunyikan diri disebalik almari. Aku menunggu 4 orang lelaki tersebut meninggalkan pondok itu. Setelah yakin mereka sudah tiada di situ, akupun bergerak untuk ke bilik aku.
Suasana masih cerah walaupun ketika itu sudah pukul 7.30 petang. Aku menarik zip jaket hingga ke parah dagu. Tangan aku masukkan ke dalam poket jaket. Aku memerhati dari jauh bangunan berwarna kuning. Bangunan dua tingkat itu menempatkan 20 buah bilik. Ada beberapa jenis bilik yang disediakan. Ada bilik jenis dorm yang boleh menempatkan seramai 10 orang, 6 orang dan juga 4 orang. Ada juga bilik yang boleh duduk berdua.
Ada juga bilik yang berkonsep chalet yang terdapat balcony di depannya. Yang lebih menarik, ada satu bahagian di sediakan tempat untuk berkhemah. Berkemah di Flam Hostel ni bukan saja selamat, bahkan selesa dan menarik. Aku bahagia berada di sini. Aku boleh melihat keindahan alam semulajadi hari-hari.
…………………………….
“Manisnya dia?” Fikiran aku asyik memikirkan gadis yang bekerja di pondok penyambut tetamu. Dia seolah mengelak aku dan kawan-kawan.
Pandangan aku dilempar ke luar jendela. Amir dan Saiful sedang mengemas katil. Cadar dan sarung bantal dipasang satu per satu. Manakala Fitri sedang mandi. Dan aku, bercakap dengan diri sendiri. Di luar jendela, jelas kelihatan gunung-ganang bersalut salji di puncaknya. Indah ciptaan Tuhan. Pandangan aku terhenti pada satu susuk tubuh.
“Gadis itu”. Perlahan aku bersuara. Aku memerhati tingkah lakunya.
Gadis itu berdiri sambil memandang ke arah bangunan yang menempatkan bilik kami. Gadis itu seolah melayan perasaan. Topi yang asalnya dipakai oleh gadis itu sudah tiada. Jelas kelihatan wajah bersih dia.
“Manis.” Itu yang terpancul di benak aku. Aku diam memerhati tingkah laku gadis itu. Kemudian dia berjalan masuk ke dalam sebuah rumah tak jauh dari tempat dia berdiri itu. Persoalan demi persoalan muncul.
“Apa ko tengok asyik sangat tu?” Soal Fitri yang baru sudah mandi.
“Takde apa lah.”
Amir dan Saiful sudah tertidur. Letih agaknya. Boleh dikatakan seharian juga perjalanan kami hari ini. Dari Bergen kami menaiki bas lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Gudvangen. Kena pula tunggu cruise 2 jam. Dengan cruise, kami menyusuri sungai yang sangat luas. Sepanjang sungai itu dihiasi pula dengan fjord yang cukup indah.
“Aku nak gi masak nasi. Dalam 15 minit ko kejutkan budak dua orang ni. Nanti jangan lupa bawa lauk ikan bilik dan paper plate” Arah aku kepada Fitri.
2 periuk nasi eletrik mini aku bawa bersama beras ke dapur. Penuh dengan penghuni lain di dapur itu. Aku bertegur sapa dengan mereka. Mereka bergotong-royong menyediakan makan malam. Meriah betul aku tengok.
Aku memilih meja yang agak hujung untuk aku masak nasi. Sambil menunggu nasi masak, aku melayan gambar-gambar yang aku tangkap sepanjang pengembaraan kali ini dari handphone. Sesekali aku memandang keadaan dapur yang disediakan oleh Flam Hostel. Setiap dinding menggunakan kayu oak. Perabot bercirikan Ikea. Yang paling penting, dapur itu sangat bersih.
Tetiba gadis tersebut muncul. Aku terbangun dari kerusi tanpa sedar. Gadis tersebut tidak sedar yang aku berada di situ. Gadis itu menghala ke arah kumpulan yang sedang masak.
“Hi guys. Lovely smell.” Tegur gadis itu kepada mereka.
“Hi Laisa, what’s up?” Salah seorang dari mereka bertanya. “I have out of stock of salt.” Gadis itu menuang sedikit garam di dalam mangkuk kecil sambil tersenyum. Manis betul senyuman. Entah kenapa jantung aku berdegup tidak seirama.
“What are you cook tonight, Laisa?” Yang lain pula bertanya. Mereka semua seolah-olah rapat dengan Laisa. Aku memerhati dengan sangat berminat.
“Just fried rice, Sally.” Sahut Laisa.
“I got to go, bye.” Laisa berlalu dari dapur itu.
“Hi guys, may I ask something?” Aku beranikan diri untuk bertanya kepada kumpulan itu mengenai Laisa.
“Oh, sure.” Jawab Sally. Semua memandang aku.
“Do you know Laisa very well?” Tanya aku tak sabar.
“Not very well. She quite good. If you like hiking and need guidance, you can ask her. She knew Flam very well.” Kata-kata Sally yang terakhir itu seolah-olah membuka harapan untuk aku mengenali Laisa.
Sepanjang malam aku tak dapat nak lelapkan mata. Langsir aku tolak ketepi. Aku merenung ke luar jendela. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Matahari terbenam lebih kurang sejam yang lepas. Di musim bunga, gelap agak lewat. Jika di musim panas, kemungkinan lebih lewat.
Keadaan di luar tidak terlalu pekat malam. Puncak gunung di sekeliling tempat itu jelas kelihatan. Pandangan aku tertumpu ke arah ke rumah Laisa. Dah tidurkah Laisa? Tanpa fikir panjang, aku mengambil jaket dan menyarung ke tubuh. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan keluar.
Keluar saja dari bangunan kuning itu, suhu sejuk mencengkam hingga ke tulang. Aku tidak berputus asa. Langkah ku ambil menghala ke rumah Laisa. Rumah kecil yang dihuni Laisa sangat sunyi. Aku menuju ke arah depan. Ada lampu masih terpasang. Aku memandang ke arah sebuah tingkap. Aku ternampak Laisa dengan sangat jelas. Dia seperti membaca.
Kaki aku seperti ditarik-tarik untuk menghampiri tingkap itu.
……………………………….
“Oiii mak kau.” Terkejut teramat aku. Tiba-tiba cermin tingkap aku diketuk. Tak pasal-pasal aku melatah.
“Erk, apa hal mamat ni?” Gumam aku. Mahu tak mahu aku terpaksa buka tingkap. Suhu sejuk menyucuk-nyucuk kulit aku yang hanya berbaju t-shirt.
“Ye encik, kenapa?” Tanya aku kehairanan. Mamat itu hanya diam memandang aku.
“Encik oh encik.” Lagi sekali aku panggil dia.
“Perut saya sakit. Sakit sangat ni. Ada balm tak.” Daripada tadinya diam tengok aku terus berubah dalam keadaan kesakitan sambil memegang perut. Pelik aku tengok dia.
“Oh, kejap ye encik.” Kalut-kalut aku menyelongkar almari. Jaket aku capai dan sarung ke badan. Dah tak tahan dengan kesejukan. Yes, aku jumpa balm cap tiger.
“Ni encik. Eh, mana dia?” Aku jengok ke luar, kelihatan mamat itu duduk di atas sebuah kerusi sambil memegang perut. Aku tiada cara lain, terpaksa keluar dari bilik.
“Encik ok ke tak ni? Nak saya panggil kawan encik yang lain tu?” Soal aku. Dia tunjuk jari tak payah. Aku serahkan balm itu. Dicalit sedikit balm tersebut dan diserahkan kembali kepada aku. Tangannya seolah-olah menyapu balm itu ke perut. Aku keliru. Aku patut pergi atau tunggu? Kepala yang tidak gatal digaru.
Dia masih tunduk menahan sakit. Aku masih menunggu. Tidak lama selepas itu dia angkat muka. Aku pandang dia inginkan kepastian yang dia ok atau tidak. Tiada riaksi. Lagilah aku pelik.
"Tak payah berencik dengan saya. Nama saya Azim. Thanks sebab bagi balm tu. Rasa macam ok sikit." Tetiba mamat itu bersuara. Aku lega.
“Kalau macam tu encik Azim sila lah masuk ke bilik. Sejuk sangat ni. Saya masuk dulu ye." Kata aku sambil angkat kaki untuk berlalu dari situ.
"Duduk sekejap dengan saya." Aku mematikan langkah.
“Sekejap saja.” Azim begitu berharap. Lambat-lambat aku duduk di hujung kerusi kayu. Jarak kami lebih kurang 2 meter.
“Dah lama bekerja di sini?” Aku dah agak soalan itu akan pertama sekali akan ditanya oleh Azim.
“Nak dekat 3 tahun.” Aku menjawab tanpa memandang Azim. Kaki aku menguis-nguis batu di tanah.
“Lama juga tu. Cantik tempat ni. Untung awak boleh tinggal di sini. Macam saya di KL, hari-hari fikiran semak dengan traffic jammed, udara pun tak fresh macam kat sini, view pun tak cantik. Bila sampai kat sini rasa macam taknak balik dah.” Aku memikir ayat yang sesuai untuk berbicara dengan Azim.
“Hmm..setiap keadaan tu ada yang baik dan ada yang buruk. Saya kat sini kena urus semua sendiri. Encik Amin pula ada family dan kawan-kawan yang boleh bantu jika ada masalah ataupun sakit.” Lancar pula aku bercakap.
“Kadang-kadang rimas juga ada ramai orang di sekeliling. Nak dapat privacy pun susah. Kejap nak jaga hati orang, kejap orang tu. Letih la awak."
Ada beban rupanya si Azim ni. Aku harus bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Aku hanya fikir untuk diri sendiri.
"Setiap yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah encik Azim. Jangan mudah mengeluh." Nasihat aku. "Stop called me encik. Just Azim, okay? But you looked younger than me. You should call me abang" Nak kena panggil abang-abang ni yang aku malas ni. Nanti mesra sangat banyak pula di tanya. Aduh. Aku hampir lupa yang dia tadi sakit perut.
“Oh ya, sakit lagi ke tak ni?”
“Eh, sakit.” Jawab Azim sambil pegang perut.
“Saya nak panggil apa ye awak ni?”
“Laisa.” Jawab aku sepatah.
“Hmm, tak pernah saya dengar nama Laisa. Just Laisa?”
“Laisa Humaira.” Menurut ibu, Laisa adalah nama pilihan abah dan Humaira pilihan ibu.
“Sedapnya nama. Nama saya Abdul Azim. Nice to meet you, Laisa.” Aku membalas senyuman Azim.
“Bestnya kalau ada orang sudi bawa saya explore Flam esok.”
Aku paham maksud Azim. Memang salah satu tugas aku sebagai tourist guide di Flam Hostel ni. Jika rezeki lebih, dapatlah tips. Aku suka pekerjaan aku. Disamping mencari rezeki, boleh juga menghayati alam semulajadi dan juga kembangkan minda bila bergaul dengan pelancong.
“Why not. But you need to pay Flam Hostel.” Bersinar-sinar mata Azim bila mendengar jawapan aku. Aku tersenyum senang.
Sedikit sebanyak aku senang bergaul dengan Azim. Dia tak banyak bertanya hal peribadi aku. Kami banyak berbicara mengenai kehidupan, cara hidup dan macam-macam lagi. Aku dah beberapa kali menguap. Azim seolah-olah susah nak lepaskan aku pergi. Ada saja yang menarik minat Azim untuk berbicara dengan aku.
“Sorry, mengantuk la. Dah pukul 12 ni.” Akhirnya mata aku tak tahan lagi. Azim masih bertenaga.
“Ok, ok. Sorry saya kacau Laisa malam-malam ni.”
Azim menghantar aku sehingga ke pintu.
“Have a nice dream, Laisa.” Senyuman Amin buat jantungku berdegup tidak keruan.
……………………….
Aku tak boleh nak berhenti senyum. Laisa, Laisa, Laisa. Jika Laisa belum mengantuk, aku pasti luang masa bersamanya sehingga ke pagi. Aku suka sikap Laisa yang suka tersenyum dan berfikiran positif. Yang paling menarik perhatianku, matanya. Tak puas memandang mata Laisa. Apa yang keluar dari mulut Laisa, semuanya perkara yang baik.
Aku terpaksa menipu sakit perut sebab nak tarik perhatian Laisa. Aku tahu, Laisa bukan seorang yang mudah didekati. Terbukti ketika proses untuk check-in tadi. Dia seolah mengelak kami berempat. Aku sehabis boleh elak diri aku bertanyakan hal peribadi kepada Laisa.
Tak sabar nak jumpa Laisa esok.
“Good night, Laisa.” ……………………….
“Ko ni dah kenapa Azim? Tersengih-sengih macam kena sampuk aku tengok.” Saiful menegur aku. Ketara sangat ke reaksi aku ni? Aku balik ke dunia nyata. Tumpuan aku kembali ke Laisa yang sedang bercerita mengenai Flam.
“Flam ni famous dengan fjord. Maybe kamu semua tak perasan 1 view paling cun kat Flam ni time baru sampai semalam. Jom saya tunjuk kat mana nak tengok view tu.” Lagak Laisa macam pemandu pelancong.
Kami mengikut langkah Laisa melalui satu laluan untuk mendaki. Cuaca sangat cerah. Langit begitu membiru tanpa setompok awampun. Keadaan begitu hening walaupun jam sudah mencecah ke pukul 10 pagi. Walaupun sudah masuk musim bunga, pokok masih dalam keadaan togel seolah-olah masih di musim sejuk.
“Di Norway ni kalau dah spring, keadaan masih seolah-olah winter. Ini disebabkan kedudukannya di utara. Kalau ke Sweden dan Denmark sekarang ni, rasanya berbeza sikit kut. Tapi keadaan sejuk kalau tak salah saya, sama jer. Tapi kat 2 tempat tu time ni dah ada banyak bunga dan pokok dah ada daun.” Laisa seolah-olah tahu apa yang aku fikirkan.
Sesudah 15 minit mendaki, tiba-tiba Laisa berhenti.
“Taraaaa….” Laisa mendepakan tangan mempersembahkan pemandangan yang cukup indah di depan mata kami. Subhanallah. Terpancul dari mulut kami bertiga. Maha Kaya Allah yang menjadikan langit dan bumi, dihiasi bumi ini dengan keindahan bukit-bukau, gunung-ganang, sungai dan laut. Syurga dunia di depanku ini tak terucap dek kata-kata.
“Tuan-tuan semua, inilah the view of Aurlandsfjord. Tuan-tuan semua dah tengok banyak fjord sepanjang perjananan cruise dari Gudvangen ke Flam kan? Betul tak fjord yang ini lebih cantik dari yang lain tu?”
Kami mengiakan serentak. Betul cakap Laisa. Jelas kelihatan deretan kedai-kedai di Mall of Flam yang berada betul-betul di penghujung Aurlandsfjord. Tersergam indah gunung-ganang yang di puncak dipenuhi salji.
Saiful dan Fitri sibuk bergambar. Aku mendekati Laisa dan sedang duduk menghayati keindahan alam.
“Thanks, Laisa. Tak pernah seumur hidup abang tengok keindahan alam sebegini rupa.”
“Nothing to thanks, dah tugas saya sebagai tour guide. Lagipun best juga kalau macam ni selalu, daripada duduk jer dekat reception counter tu.”
Laisa mengenakan topi. Rambutnya sepanjang bahu diikat kemas. Aku kagum dengan penampilan gadis itu. Tiba-tiba Laisa pandang aku. Kami bertentang mata sekejap. Laisa senyum kemudian memandang arah lain. Jantung aku berdegup seolah berlari 100 meter. Air liur yang ditelan seolah tersekat di kerongkong. Aku menarik nafas dan hembus. Aku ulang beberapa.
“Jom ikut abang balik. Kita buat semua benda sama-sama. I will make you enjoy the wonderful life.” Entah kuasa ajaib mana yang masuk ke tubuhku. Lancar pula berkata-kata. Tapi kata-kata itu memang dari hati aku. Aku suka kamu, Laisa.
Laisa pandang di segenap ruang wajah aku. Itu merupakan peluang untuk aku meneliti seluruh wajahnya. Hitam manis yang bersih. Bibir merah tanpa gincu, hidung yang sempurna tinggi, alis mata lentik dan mata bundar yang sejuk dipandang. Wajah yang cukup sedap ditatap.
“Aaaaa...awak ni dah kenapa?” Tutur kata Laisa tersekat-sekat. Aku tersenyum paling manis kepada Laisa. Ada riak gelisah di muka Laisa.
“Laisa, jom ke next point.” Ala. Kacau daun betul mamat dua orang tu.
Cepat-cepat Laisa bangun dari kerusi kayu yang dikhaskan di kawasan pendakian itu. Dia meneruskan pendakian. Aku memerhati Laisa dari belakang. Laluan mendaki tidak terlalu susah. Tidak perlu apa-apa alat seperti tali dan sebagainya.
“Eh, itukan Flam Hostel.” Tetiba Fitri bersuara. Comel betul hostel tersebut bila dipandang dari atas.
Sikap teruja Fitri dan Saiful menyebabkan mereka laju ke depan. Tinggallah aku dan Laisa ke belakang. Saat yang aku idamkan, ingin bersama Laisa sahaja.
“Just a few hours knew you, I adore you Laisa. Ikut abang balik.” Aku menyambung balik apa yang dimulakan.
“Awak baru kenal saya beberapa jam. Jangan mengarut.”
“Laisa, bersaksikan fjord dan gunung-ganang sekeliling kita ni, abang berjanji akan mengenali Laisa, memahami dan menyayangi Laisa. Hati abang terpaut sejak kali pertama melihat Laisa.” Laisa membelakangi aku. Kemungkinan tidak selesa dengan aku yang asyik mencari kesempatan menatap wajahnya.
“Give your time to know me more. Then think again.” Jawapan sebegitu cukup untuk aku. Aku senyum puas. Laisa diam melayan perasaan.
Kami mendaki turun. Terdapat sebatang sungai mengalir tenang. Kami berkelah di tepi sungai tersebut. Baik hati Laisa menyediakan tuna sandwich untuk berkelah.
“Air yang mengalir dalam sungai ni sebenarnya salji yang cair. Nanti bila summer, lagi laju air ni mengalir.” Laisa cukup berpengetahuan pasal Flam.
“Ramai ke penduduk kat sini?” Saiful ingin tahu.
“Tak salah saya beberapa ratus jer.”
“Kenapa Laisa pilih untuk stay di Flam?” Fitri pula bertanya.
“Hmm..I’ve never know ada tempat macam Flam ni. Lepas tengok dalam satu traveling channel, terus excited. Saya pun cari info dari internet, then terus fall in love dengan tempat ni. Dan akhirnya, here I am.” Terlalu ringkas Laila bercerita. “Why are you here, Laisa?” Pandangan aku menikam ke mata Laisa. Pandangan yang penuh tanda tanya. Laisa melarikan pandangannya ke arah lain. Laisa tersenyum tawar.
“Cari makan.” Jawab Laisa sepatah. “It’s ok. I have 3 more days to know why you are here.” Bisik aku perlahan sebelum kami bergerak pulang ke hostel. Tiada reaksi dari Laisa.
"Rest well guys. Petang ni kita cycling around the Flam. Okey." Perit rasanya hati bila terpaksa berpisah dengan Laisa. Ada 3 jam lagi untuk berjumpa Laisa. 3 jam bagi aku bak 3 tahun lamanya.
--------------------------------
|