View: 4692|Reply: 7
|
Mohon pendapat mengenai anak disleksia (dyslexia)
[Copy link]
|
|
Hai semua...
Saya nak tanya kalau ada forumers yg ada anak dyslexia... Bagaimana you all handle anak-anak dari segi pembelajaran, pergi tuition atau tidak, pergi sekolah dyslexia, atau join program PPKI di sekolah?
Anak saya baru 6 tahun... saya baru-baru ni bawa dia untuk dyslexia test di Persatuan Dyslexia Malaysia sebab cikgu tadika selalu komplen anak saya masih tak boleh membaca. By the way anak saya masuk tadikaQdees, so tahap dia patutnya dah boleh baca dan jawab soalan pemahaman dengan tatabahasa.
Bila test, anak saya ni ada mild dyslexia. Sikit je lah.. Persatuan Dyslexia suruh masuk sekolah dyslexia dan berhenti tadika terus... Saya masih menunggu intake sebab sekolah dyslexia masih penuh sampai sekarang (dah dekat 3 bulan tunggu). tapi sebab sekarang pun dah akhir semester 1 dan anak saya sebenarnya ramai kawan di tadika, paediatrician advise tak payah tukar tadika sebab takut dia stress sampai tak nak belajar... Paediatrician advise pegi kelas membaca hujung minggu one-to-one. Setakat ni saya tak masukkan anak ke kelas membaca lagi sebab dah nak cuti sekolah.
Sekarang saya ajar anak guna method multisensory belajar di Internet. Saya ajar anak BM guna Bacalah Anakku, dan English guna buku Fitzroy sebab Persatuan Dyslexia guna buku ni. Sayapun ada download audiobook untuk anak dalam tablet supaya dia berminat nak belajar membaca.
Ada forumers boleh share cara mengajar anak dyslexia ni? Thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
So far mcm mana lepas ajar membaca sendiri? Especially guna buku bacalah anakku tu? Okay tak? I takde pengalaman anak D tapi generally apa2 pun yg anak belajar kena tgk tahap kesediaan dia / readiness. N kenapa i tanya soalan 1st td tu kdg2 cikgu kat sekolah akan cakap anak tak boleh baca gedebuk gedebak tp bila kita ajar dia sendiri okay je. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada anak mild dileksia yang sehingga umur 5 tahun masih tak boleh pegang pensil. Pegang pensil secara genggam seperti genggam batu. Sebab tu dia ada kesukaran untuk menulis. Itulah tanda2 awal saya dapat agak dia ada dileksia.
Anak saya bersekolah di sekolah biasa.
Anak saya memang ada masalah pembelajaran pada awal2 persekolahan. Saya mengajar sendiri Iqra di rumah. Bermula dari umur 6 tahun. Kuncinya adalah perlahan dan sabar. Jangan marah walaupun dia tak ingat/confused apa yang kita baru ajar semalam. Untuk setiap page walaupun yang basic, saya ajar berulang2 setiap hari sampai dia betul2 faham dan dapat. Bila dah maju ke page2 hadapan pun, saya masih ulang kaji setiap minggu page2 basic supaya betul2 masuk.
Alhamdulillah, walaupun perlahan pada awalnya, once dia dah dapat, dia terus laju tanpa bantuan lagi. Sejak umur 9 tahun, dia dah lancar baca al Quran. Tak apa kalau dia lambat berbanding kanak2 lain, yang penting bila dia betul2 tahu dan faham, dia perlukan sikit aje bantuan dari kita. Begitu juga asas2 lain seperti abc dan maths, bermula perlahan tapi consistent.
Dulu kami sangka anak kami lemah maths, markah2 maths sejak darjah 1 sehingga darjah 3 sentiasa rendah walaupun ada peningkatan. Tapi rupanya dia absorb perlahan2, dan sekarang dia sentiasa yang tertinggi dalam kelas dan dapat wakil sekolah untuk maths olympiad juga. Jadi banyakkan bersabar dan ajar ikut kemampuan dia. Kalau dia bosan lepas 10 minit, berhentikan dulu dan pelbagaikan cara pembelajaran. Kanak2 dileksia ni susah nak terima pembelajaran cara route learning macam dalam kelas tu, lebih2 lagi cikgu pun tak dapat nak tumpu pada dia seorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
RE: Mohon pendapat mengenai anak disleksia (dyslexia)
Sebelum dapat tahu ada dyslexia tu, ada mengajar sendiri tapi memang tak masuk... asyik lupa je. Bila cikgu pun selalu komplen, tu yang bawa pegi test tu.
Bila dah tahu ada dyslexia, saya start google cara mengajar anak dyslexia eg cara multisensory, overlearning. Lepas tu redha je walaupun still ada lupa-lupa tu. Alhamdulillah dah improve banyak... semalam pun dah start baca iklan kat kedai tapi yang simple2 je lah.
Cuma saya bersyukur sangat tau anak dyslexia masa umur camni... sebab rasanya kalau dah masuk sekolah baru tau, anak lagi stress kot. Sebelum tau dia ada dyslexia, saya mengaku kekadang termarah dia jugak sebab asyik tak ingat je... sekarang ni dah banyak bersabar dan ajar ulang-ulang sampai dapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by okasan at 8-6-2018 10:23 AM
Alhamdulillah... anak tak masuk sekolah dyslexia tu ke? Saya takut juga bila pakar pediatrik cakap tak perlu sebab mild... bila baca pengalaman hsydney rasa ok sikit.
Saya pun tengah ajar anak Iqra' sekarang... memang slow lah, baru complete jilid 1, memang achievement sangat dah tu untuk dia . Tapi saya perasan dia lagi cepat catch up baca Iqra' banding dengan membaca BM... tak taulah, tu style dia kot.
Satu lagi dilema saya sekarang samada nak hantar anak KAFA ke tak. Dulu nak hantar KAFA sesi petang, tapi bila tau dyslexia ni rasa kesian pulak... nanti sekolah entah ke mana, KAFA entah ke mana. Kena hantar kelas KAFA weekend kot.
Thanks for the tips... saya akan usaha buat yang terbaik. Memang kena banyak bersabar bila mengajar sekarang ni supaya boleh catch up darjah 1 nanti... hantar tadika pun untuk bersosial je sekarang, bukan fokus akademik dah hehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah dah habis pun jilid 1. Masa umur tadika, saya masukkan anak2 ke kelas fardhu ain, kecuali anak yang memang masuk tadika Islam. Di Johor bila dah masuk sekolah rendah, memang masuk sekolah agama sebelah petang. Rasanya cara pengajaran di sekolah agama, kanak2 dileksia masih boleh ikut sebab mereka selalu menghafal beramai2 satu kelas. Banyak praktikal juga. Takde lah stress sangat macam sekolah biasa. Cara cikgu tulis kat whiteboard, dan murid2 kena salin tu yang kanak2 dileksia paling lemah dan banyak tertinggal..
Yang penting kita kat rumah kena banyak tolong dia. Saya tak masukkan anak sekolah khas sebab mild aje. Kalau nampak anak langsung tak boleh terima pembelajaran, atau cikgu2 pun recommend masuk sekolah khas, mungkin kena ikut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi, I sebenarnya ada dyxlesia. masa I kecik2 dulu mak I selalu rajin bagi I membaca, mengaji & mengira. Keep on support anak tu. cuba lebihkan mengaji (muqaddam pun ok dah sebenarnya). Alhamdullilah, lama2 tu I dapat membaca dengan lancar walaupun lambat, dapat mengira walaupun lambat. I sangat suka math & science. masalah pertuturan pulak, sampai skg pun I masih ada masalah tp tak teruk macam dulu. kadang2 berbelit2 I cakap, sampai I pun tak faham apa I cakap. Mulut lagi cepat proses dari otak. so kena byk communicate dengan anak selalu. jgn marah or tengking anak kalau dia lambat dapat. Huruf pulak kena ajar hari2 supaya dia kenal macam mana bentuk dan susunan. Teruskan support ok! anak dyxlesia ni cuma lambat aja nak terima |
|
|
|
|
|
|
|
Tq for sharing... i will use your tips
Sebenarnya saya bersyukur jugak bila dapat tahu diagnosis anak.. sebab bila tau dia dyslexia, saya pun tak marah2 kalau dia tak ingat dan kalau dia penat nak belajar... ikut je style dia dan ulang ulang ulang mengajar benda sama sampai ingat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|