CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3188|Reply: 0

Muka Lain Gila, Netizen Dakwa Apink Naeun Buat Pembedahan Plastik

[Copy link]
Post time 22-6-2018 02:31 PM | Show all posts |Read mode







Sebelum ini Apink Namjoo teruk dikecam netizen kerana mengubah wajah, semalam tular di media sosial Naeun pula didakwa telah melakukan pembedahan plastik kerana perubahan drastik di wajahnya. Tetapi benarkah Naeun melakukan itu semua sedangkan wajahnya elok sahaja?


Apink Son Naeun baru-baru ini membuat penampilan istimewa di acara Shu Uemura. Dia kelihatan seperti biasa dengan gincu merah darah dan ensembel serba hitam. Tetapi ternyata mata netizen tajam bak burung helang apabila mereka mula perasan sesuatu yang berbeza dengan wajah gadis muda ini.
Netizen mendakwa Naeun melakukan pembedahan plastik ke atas wajahnya. Mereka merasakan Naeun kelihatan agak ‘luar biasa’ lebih-lebih lagi di bahagian hidungnya. Mereka menunjukkan perbezaan di hidung, bagaimana ia menjadi lebih tinggi dan lebih tajam, jauh berbeza daripada hidungnya yang sebelum ini agak penyek sedikit.

Walaubagaimanapun, ada juga peminat yang mempertahankan Son Naeun dan mendakwa dia kelihatan berbeza disebabkan kehilangan berat badan dan susut di pipi. Ada juga berpendapat bahawa Naeun hanya menukar gaya mekap untuk kelihatan lebih matang seiring dengan usianya.







Korang rasa Naeun buat surgery atau sekadar mekap? Tapi yang pasti kenapa foto dia kelihatan terlalu putih dan pucat, nampak macam hantu pula


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list