CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2064|Reply: 4

Hmm...About The One mentioned - Luqman Hakim

[Copy link]
Post time 21-9-2018 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 21-9-2018 10:54 AM

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-246 : ADALAH LUQMAN SEORANG NABI?
by Muhammad Shahrulnizam Muhadi Published: 18 September 2018http://muftiwp.gov.my/en/artikel ... luqman-seorang-nabi


Soalan
Apakah Luqman al-Hakim seorang Nabi atau tidak?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2018 10:50 AM | Show all posts
Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ...

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan..”

(Surah Luqman: 12)

Ibnu Jarir al-Tabari berkata: Iaitu Allah SWT memberikan Luqman pemahaman dalam agama, akal, dan kebenaran dalam perkataan.

Lihat Tafsir al-Tabari (18/545)

Al-Maraghi berkata: Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan hikmah kepada Luqman sehingga beliau sentiasa bersyukur dan memujinya dengan limpah rahmat dan nikmatnya yang dikurniakan kepadanya. Ini disebabkan hanya Dia yang berhak mendapat pujian dan disyukuri. Di samping itu juga, Luqman sering melakukan kebaikan kepada manusia.

Lihat Tafsir al-Maraghi (11/5366)

Luqman al-Hakim merupakan seorang yang disebut namanya di dalam al-Quran yang terkenal dengan nasihat-nasihatnya kepada anaknya sehingga Allah turunkan satu surah yang dikenali dengan Surah Luqman.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2018 10:51 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-9-2018 01:54 PM

Nasab Luqman

Menurut Ibn Kathir, nama beliau ialah Luqman ibn Anqa' ibn Sadun. Dikatakan juga Luqman ibn Tharan. Beliau adalah daripada penduduk Aylah (Jerusalem). Dikatakan beliau seorang qadhi pada zaman Nabi Daud AS. Pendapat lain menyebut beliau adalah seorang hamba dari Habsyah (Ethiopia) dan seorang tukang kayu. Ada juga pendapat mengatakan beliau dari Sudan Mesir.

Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah  (3/6)

Kami kemukakan pendapat ulama’ berkenaan dengan nasabnya:

Muhammad bin Ishak berkata: Luqman bin Ba'ura' bin Nahur bin Tarih.
Al-Suhaili berkata: Luqman bin 'Anqa' bin Sarun berasal daripada Aylah.
Al-Zamakhsyari berkata: Luqman bin Ba'ura' bin Ukhti Ayyub atau Ibn Khalatih. Beliau hidup 1000 tahun dan sempat bertemu dengan Nabi Daud serta mengambil ilmu daripadanya
Al-Waqidi berkata: Beliau adalah Qadhi daripada Bani Israel.


Sifatnya

Yahya bin Sa’id al-Anshari meriwayatkan bahawa Sa’id bin al-Musayyib berkata, “Luqman adalah orang hitam dari Mesir/Sudan dan berbibir tebal. Allah memberinya hikmah, tidak memberinya kenabian.”

Lihat Tafsir al-Tabari (10/208-209)

Sufyan al-Tsauri meriwayatkan daripaad al-Asy’ath, daripada Ikrimah bahawa Ibnu Abbas berkata, “Luqman adalah seorang hamba sahaya dari Habsyah dan seorang tukang kayu.” Menurut Jabir bin Abdullah, Luqman adalah seorang lelaki pendek dan berhidung pesek yang berasal dari Naubah.



Pekerjaanya

Para ulama’ telah khilaf apakah pekerjaan Luqman al-Hakim, antaranya:

  • Beliau seorang qadhi.
  • Beliau seorang penjahit pakaian.
  • Beliau seorang pemungut kayu api.
  • Beliau seorang penternak.
  • Beliau seorang tukang kayu.
  • Lihat Fatwa Dar al-Ifta' al-Misriyyah (no. 9211)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2018 10:53 AM | Show all posts
Adakah Luqman Seorang Nabi?

Sepakat ulama bahawa Allah kurniakan kepadanya hikmah dan dirakamkan nasihatnya melalui al-Quran. Jumhur ulama' mengatakan beliau adalah wali dan bukan nabi.

Ibn Kathir berkata: Para ulama’ Salaf berbeza pendapat tentang Luqman, apakah dia seorang Nabi atau seorang hamba yang soleh yang bukan Nabi? Dalam hal ini terdapat dua pendapat dan majoriti berpendapat dengan pendapat kedua (iaitu orang yang soleh).

Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (12/348)

Imam al-Nawawi berkata, “Para ulama berbeza pendapat berkenaan kenabian Luqman al-Hakim. Abu Ishaq al-Tsa’labi berkata, ‘Ulama bersepakat bahawa Luqman al-Hakim ialah orang bijaksana atau ahli hikmah dan bukan seorang nabi. Manakala Ikrimah pula berkata, bahawa Luqman ialah seorang nabi. Hanya beliau sahaja yang berpandangan dengan hal tersebut.”

Lihat Syarh Sahih Muslim, oleh Imam al-Nawawi(2/503)



Tarjih: Setelah meneliti pelbagai pendapat, kami cenderung kepada pendapat jumhur di kalangan sahabat dan ulama’ yang mengatakan bahawa Luqman al-Hakim seorang hamba yang soleh dan bukan seorang Nabi. Justeru, pendapat seperti Ikrimah dan al-Sya’bi adalah lemah. Inilah juga yang disokong oleh Imam al-Nawawi dan Ibn Kathir.

Rujuk Fatwa Dar al-Ifta' al-Misriyyah (no. 9211)

Beberapa Nasihat Luqman

Oleh kerana, Luqman telah diberi hikmah, maka hikmah di sini bermaksud kebijaksanaan dan kecerdikan. Hal ini terserlah melalui ungkapan nasihat kepada anaknya yang dirakamkan di dalam al-Quran al-Karim.

Kami nyatakan di sini beberapa nasihat Luqman selain daripada yang disebut di dalam Surah Luqman. Antaranya:

  • Wahai anakku! Sebenarnya dunia itu ibarat lautan yang dalam. Sudah ramai mansuia yang tenggelam di dalamnya. Oleh itu, jadikanlah perahumu di dunia dengan pakaian bertaqwa kepada Allah, penumpangnya adalah keimanan dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah. Semoga kamu semua selamat. Tetapi aku tidak yakin kamu akan selamat.
  • Sesiapa yang dapat menasihati dirinya sendiri, pasti beliau akan mendapat pemerhatian daripada Allah.
  • Sesiapa yang dapat menyedarkan orang lain dengan dirinya sendiri, pasti Allah akan menambah kemuliaannya kerana proses menyedarkan orang lain itu.
  • Hina dalam rangka taat kepada Allah lebih baik daripada membanggakan diri melakukan maksiat.
  • Wahai anakku! janganlah kamu bersikap terlalu manis kerana pasti engkau ditelan. Jangan kamu bersikap terlalu pahit kerana engkau pasti akan dimuntahkan.
  • Hai anakku! Jika kamu hendak menjadikan seseorang itu sebagai teman maka hendaklah kamu membuat dia marah kepadamu terlebih dahulu. Jika dia memaafkan ketika marah, maka bersaudaralah dengannya. Jika dia tidak memaafkanmu, maka berhati-hati terhadap dirinya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2018 10:53 AM | Show all posts
Akhir kalam, marilah sama-sama kita mengambil beberapa pengajaran daripada nasihat Luqman al-Hakim antaranya, firman Allah SWT:

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾ وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿١٨﴾ وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

Maksudnya: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

(Surah Luqman: 17-19)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.316529 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list