View: 1976|Reply: 1
|
Kenapa orang melayu islam terlalu suka dengan dunia mistik dan Alam Ghaib ?
[Copy link]
|
|
Edited by mekchahzahari at 16-10-2018 06:27 PM
Bismillah
Sebagai orang islam , kita wajib mempercayai alam ghaib tetapi itu bukan lesen terbesar untuk terlalu obses dengan cerita hantu dan mistik. Ramai yang tertanya, bagaimanakah keadaan alam ghaib dan kehidupan jin . Tak perlu bercerita tentang hantu, ramai orang melayu suka cerita pada hantu. Adakah hantu wujud? Jawapannya pada kepercayaan anda kepada kewujudan syaitan dan jin tersebut .Kalau anda percaya syaitan dan jin wujud, secara jelasnya nyata , hantu itu wujud. Syaitan dan jin boleh menjelma sebagai hantu untuk menakutkan manusia. Sedangkan dalam Hadis Rasulullah SAW, syaitan pernah menjelma sebagai orang tua dan kacau mesyuarat para musyrikin mekah. Begitu juga dengan syaitan yang menggangu Rasulullah SAW solat dan diikat pada batang kayu , untuk direjam oleh kanak-kanak kecil.
Daripada peristiwa ini, Syaitan dan jin boleh menzahirkan diri di alam dunia.Yang bezanya, syaitan tak boleh merasuk kedalam badan manusia tetapi berbeza dengan jin, ia boleh merasuk manusia dan kacau si manusia sehinggakan si manusia tersebut tidak boleh menguasai badan mereka sendiri. Syaitan hanya mampu membisik sesuatu untuk manusia membuat kejahatan , dalam surah an -nass .Begitu juga syaitan daripada kalangan jin dan manusia.
Berbalik kepada jin, jin ada yang islam dan kafir. Adakah jin islam pernah merasuk ke dalam tubuh manusia. Ya, jin islam pernah merasuk ke dalam tubuh manusia, kalau jin tersebut suka pada manusia tersebut. Sedangkan ada yang menggunakan jin islam untuk perubatan. Adakah ini dibernarkan dalam syarak', ia tidak dibenarkan.Ia salah satu unsur syirik kepada ALLAH SWT. Jika ada pengubatan ruqyah yang mengatakan dia boleh melihat jin, jauhilah pengubatan tersebut kerana ia menggunakan jin untuk melihat hal ghaib tersebut.Sedangkan dalam AL QURAAN, ALLAH SWT , telah berfirman secara jelas, seorang manusia tidak mampu melihat hal ghaib kecuali para RASUL DAN NABI. iaitu dalam surah Aljin ayat 26 dan 27:
A026
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
A027
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
Jauhilah bomoh -bomoh dan pengubatan islam yang boleh melihat jin kerana ALLAH SWT tak membenarkan perkara tersebut. Kecuali JIN DAN SYAITAN menzahirkan diri di alam dunia untuk menakutkan manusia , itupun dengan izin ALLAH SWT. Bacalah ayat al kursiyy jika kita terserempak dengan hantu.
Berbalik kepada isu persoalan, kenapa orang melayu islam terlalu suka pada cerita hantu dan mistik kerana ia tidak boleh dilihat secara mata kasar dan orang melayu itu sendiri , malas untuk mendalami ilmu agama . Kesimpulannya, sebagai mukmin sejati, kita tak perlu takut pada hantu kerana ia merupakan mainan syaitan dan ALLAH SWT sudah mengatakan syaitan itu musuh sejati kepada manusia.Pelbagai cara, ia boleh menyesatkan kita. Percaya atau tidak, ada yang murtad kerana ia tidak percaya kewujudan hantu dan kadang -kadang syaitan menyesatkan manusia dengan perkara mistik dan ghaib. Nauzubillahiminzalik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 24-10-2018 01:19 PM
Ini pula penilaian saya tentang konteks yang dinyatakan oleh pembuka room tread.
1) ianya lebih terarah kpd satu sudut pandangan sahaja
2) ianya tidak meliputi secara majoriti apa yang perlu difahami menerusi apa yang dinyata agar kembali kpd Alquran dan Sunnah
3) antara Sunnah baginda Rasullullah saw adalah mengajarkan jin2 utk kembali mentauhidkan diri mereka kpd Allah. (kembali kpd Alquran dan Sunnah)
4) keterbatasan ilmu yang dimiliki sewajarnya ditimba sebanyak yang boleh menerusi ahli2nya sebelum berbicara, kerana kita perlu khuatir, seandainya diri sendiri menolak keberadaan lewujudan mistik ini, secara tidak langsung kita menghilangkan makna asas TAQWA iaitu percaya perkara ghaib yang akhirnya, kita membawa bersama2 orang lain utk tidak termasuk dalam golongan orang yang beriman kpd Qada dan Qadar.
Didalam Alquran, Allah ada menyatakan hal ehwal jin MALAH kita sedia maklum, adanya surah yang berkenaan jin di dalam Alquran yang mulia lagi perlu DIIMANI. Dan tiada keraguan, akan pengertian "sejahat2 manusia, sebaik2 jin" agar diri sendiri berhati2.
Justeru itu, nasihat saya kpd diri saya dan semua, perbetulkan iman sebelum membicarakan ilmu dalam bentuk kebatilan agar dijadikan kebenaran, dan ketahuilah, membicarakan ilmu dalam bentuk kebatilan agar dijadikan kebenaran itu juga termasuk dalam hal ehwal ilham kejahatan (membantah keterangan Allah dgn nyata) a.k.a ingkar ketetapan Allah. Sukakah ketika menghadap Allah, lalu Allah LANGSUNG tidak memandang diri kita yang BELUM SEBENAR BERIMAN kpd Rukun Iman?
Setiap yang mistik, semuanya dijawab di dalam Alquran. Makanya, membuat andaian sesuatu iilmu yang belum dikuasai hakikatnya tidak akan meninggikan agama Islam yang diredhai oleh Allah, sebaliknya dikhuatiri kitalah punca utama MERENDAHKAN ilmu yang sudah dimaklumkan oleh-Nya di dalam Alquran itu sendiri.
Ingatlah!
Sehebat mana pun kita sesudah diberi faham sesuatu ilmu oleh-Nya, tidak bermakna diri kita itu benar2 AHLI dalam menjelaskan sesuatu yang batil utk dibenarkan dan juga sebaliknya (benar utk dibatilkan). Melainkan cukuplah dgn kadar apa yang diri kita kuasai dan bukan pula apa yang diri kita sangka2kan.
Yang benar dan batil itu jelas lagi menjelaskan. Maka pilihlah Taqwa, kerana menerusi Taqwa, tiadalah makna pendustaan dalam membicarakan sesuatu ilmu yang belum dikuasai oleh diri sendiri melainkan semuanya disediakan oleh Allah agar kita benar2 mendengar dan meluruskan ketaatan kpd Allah dalam makna TAQWA.
Wallah Hu'alam |
|
|
|
|
|
|
| |
|