View: 3540|Reply: 7
|
SAAD bin MUAZ dan himpitan kubur ???
[Copy link]
|
|
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-294: SA’AD BIN MU’AZ DAN HIMPITAN KUBUR
DetailsUploaded by Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub Published: 30 October 2018
pautan asal :http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2717-irsyad-al-hadith-siri-ke-294-sa-ad-bin-mu-az-dan-himpitan-kubur?fbclid=IwAR12LymNtGv0hpeVdc6YI9d5YHsCoz4i0SmJ7u1y50AM9Ppy_NN3Ky4cQXk
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 30-10-2018 07:59 PM
Soalan: Siapakah Sa’ad bin Mu’az?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 30-10-2018 08:00 PM
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Nama beliau ialah Abu Umar Sa’ad bin Mu’az bin al-Nu’man bin Imri’ al-Qais bin Yazid bin Abd al-Ashhal bin Jashm bin al-Harith bin al-Khazraj bin Amru bin Malik bin al-Aus al-Ansari al-Ausi al-Ashahli al-Madani. Ibunya Kabshah binti Rafi’ telah memeluk Islam dan ibunya sempat bertemu Rasulullah SAW.
Sa’ad telah memeluk Islam di tangan Mus’ab bin Umair RA ketika Nabi SAW mengutusnya sebelum Baginda SAW berhijrah ke Madinah untuk mengajar umat Islam di sana perkara-perkara berkaitan agama mereka. Sa’ad bin Mu’az telah wafat pada tahun peperangan al-Khandaq disebabkan kecederaan yang dialami ketika peperangan al-Khandaq. [Lihat: Tahzib al-Asma’ Wa al-Lughat, 214-215/1]
Sa’ad bin Mu’az telah wafat pada tahun kelima hijrah dan ketika itu ‘Arash bergegar disebabkan kematian Sa’ad bin Mu’az. Hal ini dinyatakan di dalam hadith yang sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
اهْتَزَّ العَرْشُ لِمَوْتِ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ
Maksudnya: “Bergegar ‘Arash ketika kematian Sa’ad bin Mu’az.” [Riwayat al-Bukhari (3803)]
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 30-10-2018 08:02 PM
Para ulama’ menyatakan hadith ini menunjukkan bahawa para malaikat bergembira dengan kedatangan Sa’ad bin Mu’az melihat kepada kedudukannya. Di dalam riwayat yang lain, ada diceritakan berkaitan kematian Sa’ad bin Mu’az dan perkara tersebut merupakan di antara kelebihan serta kemulian yang terdapat pada beliau:
Daripada Anas bin Malik RA berkata, apabila diusung jenazah Sa’ad bin Mu’az maka berkata orang munafiq: “Alangkah ringannya jenazahnya ini. Dan ini adalah akibat penghakimannya terhadap Bani Quraizah”. Maka perkara ini sampai kepada Nabi SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ المَلَائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ
Maksud: “Sesungguhnya para malaikat yang mengusung jenazahnya.” [Riwayat al-Tirmizi (3849)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih gharib]
Adapun berkaitan kisah Sa’ad bin Mu’az dihimpit dengan kubur disebabkan air kecil ada disebutkan di dalam kitab al-Tazkirah oleh Imam al-Qurthubi dan juga di dalam kitab Syarh al-Sudur oleh Imam al-Suyuthi. Begitu juga, ia dinukilkan oleh Imam Ibn Sa’ad di dalam Tabaqatnya. Akan tetapi, kisah atau riwayat tersebut dikritik riwayat oleh Imam Ibn al-Jauzi. Beliau mengatakan bahawa riwayat tersebut adalah maqtu’ kerana sanadnya terputus disebabkan al-Hasan tidak sempat bertemu dengan Sa’ad. Di samping itu juga, salah seorang perawi bernama Abu Sufyan Tharif bin Syihab merupakan seorang perawi yang matruk (ditinggalkan riwayatnya) sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nasa’ie. [Lihat: al-Mawdhu’at, 234/3]
Di samping itu, al-Hafiz Ibn Kathir ada menukilkan pandangan Imam al-Baihaqi berkaitan riwayat Sa’ad bin Mu’az tidak menyucikan air kencingnya dengan betul sebagai athar (riwayat) yang ganjil. [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 147/4] Tambahan pula, Imam al-Zahabi menyatakan riwayat tersebut adalah muqathi’ (terputus). [Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 182/3] Syiekh al-Albani menyatakan riwayat bahawa Sa’ad bin Mu’az dihimpit disebabkan kesan air kencing adalah riwayat mungkar. [Lihat: Silsilah al-Ahadith al-Dha’ifah wa al-Mawdhu’ah, 319/7] Begitu juga, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai riwayat Ibn Sa’ad di dalam al-Tabaqat adalah dha’if ketika beliau mentahqiqkan Siyar A’lam a;-Nubala’.
Justeru, kami juga cenderung kepada pandangan yang menyatakan bahawa kisah atau riwayat tersebut adalah dha’if kerana sanadnya terputus dan terdapat perawi yang dipertikaikan akan kethiqahannya dalam meriwayatkan hadith. Walaupun begitu, terdapat riwayat sahih yang menceritakan tentang kaitan Sa’ad bin Mu’az dengan himpitan kubur ini seperti yang akan kami nyatakan di bawah ini. Akan tetapi, kita sepatutnya memahami dengan pemahaman yang tepat lagi betul. Antara riwayat tersebut adalah:
Daripada Ibn ‘Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda ketika Baginda SAW duduk di kubur Sa’ad bin Mu’az saat pengkebumiannya:
لَوْ نَجَا أَحَدٌ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ لَنَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ، وَلَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ رُخِّيَ عَنْهُ
Maksudnya: “Seandainya seseorang terselamat dari himpitan kubur, maka Sa’ad bin Mu’az telah selamat. Dia telah dihimpit kemudian dilepaskan daripadanya.” [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (10827)]
Daripada Aisyah R.anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلْقَبْرِ ضَغْطَةً، لَوْ كَانَ أَحَدٌ نَاجِيًا مِنْهَا نَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya kubur memiliki himpitan, jika seseorang itu terselamat daripadanya, maka Sa’ad ibn Mu’az juga terselamat.” [Riwayat Ahmad (24663)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menyatakan hadith ini adalah sahih]
Antara makna yang boleh difahami daripada kedua hadith di atas, ia menunjukkan bahawa Allah SWT telah menetapkan himpitan kubur buat setiap orang yang meninggal dunia. Jika seseorang itu terselamat daripadanya maka itu merupakan kelebihan baginya di sisi Allah dan dekatnya hubungan si mati dengan Allah SWT. Untuk itu, Sa’ad bin Mu’az merupakan salah seorang yang terselamat daripada himpitan tersebut. Untuk itu, hadith-hadith tersebut menunjukkan akan ketinggian kedudukan Sa’ad bin Mu’az di dalam Islam setelah beliau menempuh berbagai ujian semata-mata untuk meninggikan agama Allah serta menyelamatkan Baginda SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 30-10-2018 08:02 PM
Penutup
Kesimpulannya, Sa’ad bin Mu’az merupakan salah seorang sahabat yang mulia dan agung. Untuk itu, Allah SWT telah memberinya penghormatan serta kemuliaan yang amat luar biasa sehingga ‘Arash Allah SWT bergegar pada hari kewafatannya. Adapun, berkaitan riwayat dan kisah Sa’ad bin Mu’az diazab dengan himpitan kubur disebabkan beliau tidak menjaga atau menyucikan air kencingnya adalah dhaif sebagaimana yang telah kami jelaskan di atas. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut berkaitan himpitan kubur, bolehlah layari laman web rasmi kami dengan merujuk kepada artikel yang telah kami keluarkan iaitu Irsyad al-Hadith siri ke-290. Akhirnya, semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua daripada fitnah kubur serta menggolongkan kita semua bersama orang-orang yang soleh. Amin.
Wallahua’lam |
|
|
|
|
|
|
|
ada kawan aku ckp, seksa kubur tu sbnrnya takde sbb mustahil tuhan nak seksa umat sebelum jatuh hukum di pdg masyr..
entahlah..iols takut2 dia terpesong je dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada golongan yang tolak azab kubur (tak percaya ada azab kubur).... terutamanya golongan yang tolak hadith.
Kalau berhujah guna logik mustahil ada azab kubur sebelum hisab di mahsyar, sudah tentu guna logi yang sama jadi mustahil juga azab di bumi (dunia) ni sebab belum lagi kiamat... kan?
Azab di dunia pun ada, dalil dari Al-Quran lagi... Allah berkuasa menurunkan azab kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kaum Lut, kaum Saba, Kaum Soleh, kaum Nuh.... banyak kisah dalam Al-Quran pasal azab Allah di dunia lagi..... adakah mustahil azab di dunia sebelum kiamat?
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju. tak tenteram aku rasa sejak2 dia kata gitu..
aku pun baru dapat tau dia belajar dari seorang yang katanya tafsir quran ikut logik akal dan sains..
nasib lah TT buka topik ni..ada juga boleh dibincangkang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|