CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4006|Reply: 14

Golongan engkar ilmu dan pengertian Jahil Murrakab

[Copy link]
Post time 27-3-2019 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 27-3-2019 09:40 AM

Antiilmu punca tolak vaksin, bumi bulat

pautan asal :
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/03/544978/antiilmu-punca-tolak-vaksin-bumi-bulat?fbclid=IwAR1ZE_X56F7Ij9mOpHlHSONUZi9jHkhyvywgNYUaPA3k7FjAxjHmnrmyA4c




KUALA LUMPUR: Kewujudan golongan anti-vaksin, penyokong bumi datar atau mencurigai sistem pendidikan hingga tidak menghantar anak ke sekolah berpunca sikap antiilmu serta tidak mempercayai pihak berwibawa termasuk pakar dan ahli dalam sesuatu bidang.



Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris, berkata fenomena itu bukan baharu kerana sejak dahulu lagi sudah ada kecenderungan dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam yang antiilmu.



“Golongan ini sebenarnya tidak suka kepada pihak berautoriti dan berwibawa termasuk pakar serta ahli dalam sesuatu bidang.

“Mereka mempunyai pendirian sendiri dan apabila bersama individu lain dengan pendapat sama, golongan ini lebih berani menentang sesuatu pandangan yang lebih berautoriti,” katanya kepada BH di sini.


Jahil murakkab


Khalif Muammar berkata, golongan ini disifatkan sebagai jahil murakkab, iaitu berada dalam keadaan tidak sedar bahawa terdapat banyak perkara yang tidak diketahui.

“Mereka ini bukan jahil biasa, sebaliknya jahil murakkab yang menganggap serba tahu sedangkan mereka keliru dalam sesuatu perkara.

“Malah apabila tidak tahu, mereka tidak mahu mendapatkan ilmu, sebaliknya meragukan orang lain pula.




“Ini disebabkan sifat mereka yang antiilmu, tidak hormat dan enggan tunduk kepada mana-mana pihak berautoriti,” katanya.

Beliau berkata, apa yang menimbulkan masalah lebih besar ialah kecenderungan golongan itu menisbahkan pemikiran mereka kepada ajaran Islam.








“Mereka sedar jika pemikiran itu datang daripada mereka sendiri, masyarakat tidak akan layan.

“Oleh itu, mereka berkeras mengemukakan hujah bahawa apa yang dipegang adalah mengikut ajaran Islam sebenar.






“Ia termasuk isu vaksin dan bumi datar yang dikatakan ajaran Islam, bahkan tidak mahu menghantar anak ke sekolah kerana kononnya umat Islam tidak lagi boleh mengikut sistem yang ada kerana kita melalui dunia akhir zaman yang penuh fitnah.







“Di sini bahayanya pemikiran sebegini kerana Islam dijadikan alat sehingga imej agama tercalar hingga masyarakat keliru kerana melihat banyak kelompok umat Islam dengan kefahaman serta penafsiran berbeza mengenai Islam,” katanya.









Khalif Muammar berkata, apa lebih menakutkan, ada umat Islam terpengaruh dengan pemikiran kelompok itu kerana tidak mengetahui sumber rujukan berautoriti dan pihak mana yang benar, sekali gus menyebabkan mereka semakin ramai.

Katanya, golongan itu masih tidak sedar mereka sedang melanggar dan mengabaikan hak yang menjadi milik awam.





983 dibaca



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2019 07:04 AM | Show all posts
Kewajipan tuntut ilmu

“Islam sendiri meletakkan kewajipan menuntut ilmu hingga ibu bapa wajib menghantar anak ke sekolah dan jika memilih pembelajaran peribadi di rumah (home schooling) sekalipun, mereka perlu memastikannya selari dengan kurikulum dan falsafah pendidikan kebangsaan.

“Tidak boleh sampai anak-anak langsung tidak boleh membaca, mengira dan kemahiran berbahasa, manakala ibu bapa yang gagal memberikan pendidikan kepada anak-anak, mereka wajar dihukum,” katanya.

Beliau menyarankan hal itu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana jika terus dibiarkan, kelompok itu boleh menggugat dan menimbulkan keresahan dalam orang awam.

“Saya kira ada peruntukan perundangan untuk mengambil tindakan kepada golongan sebegini kerana sampai satu tahap, mereka tidak boleh lagi diajar, apatah dinasihati.

“Jadi wajarlah hal ini ditangani pihak berkuasa. Bagi ibu bapa yang mengabaikan hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan, pihak berautoriti dalam bidang pendidikan boleh berbuat sesuatu.

“Begitu juga dengan jabatan agama Islam negeri pasti ada peruntukan dalam aspek penguatkuasaan untuk memastikan kelompok ini terkawal,” katanya.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor, berkata menjadi kewajipan setiap warganegara mematuhi peraturan dan polisi kerajaan selagi tidak bertentangan syariat agama.

“Peraturan yang ada dibuat untuk kepentingan rakyat, bahkan dalam Islam diwajibkan mematuhi ulil amri, iaitu pihak berkuasa kecuali membabitkan perkara kemaksiatan.

“Enggan atau menolak peraturan yang ditetapkan bagi semua rakyat ini adalah berdosa,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan golongan itu mengikut andaian mereka semata-mata seperti dalam isu pengambilan vaksin.

“Mereka mengatakan vaksin memudaratkan sedangkan hingga kini tiada bukti ilmiah yang menunjukkan kebenaran perkara ini, malah menggunakan alasan agama untuk menolak vaksin meskipun tidak ada nas jelas daripada al-Quran dan hadis mengenai larangan itu,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 07:04 AM | Show all posts
Berusaha dapat kebahagiaan

Wan Salim berkata, ibu bapa yang sengaja mendedahkan anak terhadap wabak penyakit berbahaya sedangkan mengetahui kesannya, jatuh hukum berdosa.

“Islam menganjurkan kita berusaha mendapatkan kebahagiaan dan kesenangan, apatah lagi jika kita mengetahui perkara itu akan menyusahkan dalam jangka masa terdekat atau pada masa depan.

“Jika tidak berusaha ke arah itu, seolah-olah mereka sengaja mendedahkan anak-anak untuk melalui masa depan sukar seperti menderita kerana sakit dan mungkin terus diselubungi kemiskinan kerana tidak diberikan pendidikan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, amat penting untuk menanamkan kesedaran terhadap golongan itu kerana ia lebih banyak mengundang ke arah keburukan dan tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kalangan umat Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 07:27 AM | Show all posts



this is beautiful


"What had occured to Arabic with the revelation of the Holy Qur'an and the advent of Islam among the Arabs was what I have called the islamization of the language."


Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas

Islam and Secularism






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 09:36 AM | Show all posts
IRSYAD USUL AL-FEQH SIRI KE- 35 : DEFINISI JAHIL DAN PEMBAHAGIANNYA
Butiran
Dimuatnaik oleh Muhammad Fahmi Rusli
Diterbitkan: 27 Mac 2019


pautan asal:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-usul-fiqh/3244-irsyad-usul-al-feqh-siri-ke-35-definisi-jahil-dan-pembahagiannya?fbclid=IwAR1LU7ozCkYMVQZwJXI3isZtiLk2kd4-ewGmhGIw9XYCGHBqTI8wGtF6ZhM


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 09:37 AM | Show all posts
Soalan:

Assalamualaikum, apakah maksud jahil basit dan jahil murakkab ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-3-2019 09:38 AM | Show all posts
Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dari sudut definisi, jahil (menurut istilah ahli kalam) adalah beri’tikad kepada sesuatu berbeza dengan keadaannya yang sebenar. Rujuk Al-Mu’jam al-Wasith

Di dalam nas-nas al-Quran dan juga hadis-hadis yang sahih, terdapat banyak celaan yang ditujukan kepada kejahilan. Antaranya adalah firman Allah S.W.T:

وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Maksudnya: Dan berpalinglah kamu dari orang-orang yang jahil.

Surah Al-A’raaf (199)

Imam al-Qurthubi dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: ‘’Pada ayat ini terdapat gesaan untuk seseorang itu mengikat dirinya dengan ilmu, berpaling dari golongan yang dalam kezaliman, mengelakkan diri dari berbantahan dengan golongan sufaha’, serta menjauhkan diri dari menyamai golongan yang jahil lagi tidak cerdik’’.

Rujuk Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (7/309)

Namun ayat ini bukanlah bermaksud seseorang yang berilmu itu perlu menjauhi golongan yang jahil dari sudut tidak mahu mengajar ilmu dan kebenaran kepada mereka. Sebaliknya, golongan jahil dalam ayat tersebut merujuk kepada mereka yang zalim lagi melampaui batas serta menolak kebenaran yang disampaikan.

Oleh kerana itu Imam al-Thabari berkata: ‘’Ini adalah didikan daripada Allah kepada sekalian ciptaan-Nya (untuk berpaling) dari golongan yang menzalimi dan melampaui batas kepada mereka, dan bukannya berpaling dari golongan yang tidak mengetahui apa yang wajib ke atas dirinya dari hak-hak Allah’’. Rujuk Al-Jami’ al-Bayan, Al-Thabari (13/327).

Oleh kerana itu Imam Ahmad ketika menjelaskan niat sebenar yang perlu ada pada diri seseorang dalam proses menuntut ilmu beliau berkata: ‘’Tidak ada yang setanding dengan ilmu bagi mereka yang telah betul niatnya’’. Lalu ditanyakan: ‘’Bagaimanakah seseorang itu dapat membetulkan niatnya ?’’. Kata Imam Ahmad:

يَنْـوِي أَنْ يَرْفَعَ الجَهْلَ عَنْ نَفْسِهِ وَعَن غَيرِه

Maksudnya: Dia berniat untuk mengangkat kejahilan ke atas dirinya dan juga ke atas selainnya.

Justeru, para ulama kebiasaannya membahagikan jahil kepada dua bahagian:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 09:39 AM | Show all posts
Pertama: Jahil Basit (الجَهْلُ البسيط)

Menurut para penulis kitab Al-Mu’jam Al-Wasith, jahil basit adalah suatu ibarat yang diletakkan kepada sesiapa yang kita selamat dari kejahilannya (iaitu kejahilannya tidak membawa kemudaratan kepada orang lain).

Manakala Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa maksud jahil basit ini adalah : ‘’(Seseorang itu) tidak mempunyai makrifah (pengetahuan) namun dia tidaklah menimbulkan keraguan kepada hal sebaliknya’’. Rujuk Badai’ Al-Fawaid, Ibn Al-Qayyim (4/209).

Ia bermakna, seseorang yang jahil dalam kategori ini tidak mempunyai pengetahuan sebenar terhadap sesuatu isu. Namun dalam masa yang sama dia tidak menimbulkan dakwaan bahawa dia berada di pihak yang benar dan pihak yang berlawanan dengannya itu salah. Iaitu dia tidak menimbulkan keraguan kepada orang lain dalam hal tersebut.

Kedua: Jahil Murakkab (الجَهْلُ المرَكَّب)

Definisi jahil murakkab adalah: ‘’Suatu ibarat yang diletakkan kepada seseorang yang kita tidak selamat dari kejahilannya (iaitu kejahilannya memberi mudarat kepada orang lain)’’. Rujuk Al-Mu’jam Al-Wasith.

Di sisi Ibn Al-Qayyim pula jahil murakkab pula adalah kejahilan tokoh-tokoh pegangan yang bathil. Rujuk Badai’ Al-Fawaid, Ibn Al-Qayyim (4/209).

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa jahil basit tidaklah dianggap sebagai suatu yang tercela selama mana seseorang itu tidak menyebabkan kemudaratan terhadap orang lain dari kejahilannya itu.

Manakala jahil murakkab adalah suatu sifat yang tercela. Ini kerana, bukan sekadar dirinya jahil bahkan dia mempertahankan kebatilan tersebut dengan menganggap ia sebagai suatu kebenaran. Justeru, kemudaratan darinya lebih banyak dan berganda terhadap orang lain.

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa memuliakan kita semua dengan ilmu dan menjauhkan diri kita dari bersikap sombong terhadap kebenaran. Ameen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2019 09:41 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 31-3-2019 07:19 PM

apabila seseorang yg bukan pakar membawa berita , taraf perkhabaran itu hanya bersifat  bukan mutlak kebenarannya iaitu tahap zanni itu  atau keraguan itu tinggi, sebab tu kena siasat dan halusi untuk menentukan tahap  kebenarannya dan meletakkan dalam konteks.
masalah puak  anti vaksin itu ada yg  memberikan kononnya fakta tapi tak ada pun PhD in immunology ke pun. dan ini yg membimbangkan.

Jahil mereka menganggap perkhabaran yg dibawa oleh yg BUKAN pakar sebagai mutawattir tarafnya - yakni yakin mutlak habis walhal tak tahu pun nak letak konteks stats itu.

itu masalahnya

kalau informed consent jadi hal, ini bentuk procedural.

bukan  vaksin tu yg problem,

kalau nak difikirkan satu molekul atau zarah kacang tanah pun kalau diberikan pada budak yg kita tak tahu allergy pun boleh cause anaphyslactic shock

dan kalau nak pikiaq lagi risiko wujud di mana - ini saya ambil contoh seorang lelaki  yg berusia 40 tahun mempunyai penyakit malingnant hyperthermia iaitu suhu badan akan meningkat mendadak di atas meja bedah kesan komplikasi ubat bius bedah...okay benda ni sangat  RARE dan dia pun tak tahu pun dia ada keadaan ini , doktor pun  tak tahu dia ada keadaan ini ( so  faham kan  situasi di mana benda ni  wujud)
sehinggakan seorang pakar bius yg baru saje habis exam membership yang  menyelia pembedahannya dan ketika itu suhu melihat suhu  badan mamat ni naik mendadak setelah dibius  dan calmly he managed him well ( of course dengan bantuan Allah). the patient is alive dan dia pun habaq kat i yg pakar bius itu kata thank god i just had membership exam ....( haa ni macam mane) ini UK ye , bukan Msia...

so....................

so.....u tell me , in thsi case takkan nak kempen org  jgn pi bilik bedah? bahaya manusia yg dok jaja citer konteks silap ni sangat zalim.


i mean?

kena faham dan akur dan fahami konsep ilmu, zahn, wahan etc

macam mana nak nilai perkhabaran itu ...

ilmu yg diyakini atau khabar yg diyakini tu macam mana

kalau tahap khabar itu ahad maka setakat mana ia benar dalam konteks ia dibawa oleh individu individu bukan pakar pun, macam nak dikira ilmu yg diyakini punnn...yakin tu keraguan yg tak ada lagi elemen keraguan

ada ilmu yg berfait zanni dan ada ilmu yg bersifat yaqini.

Khabar ilmu yg ahad  yg mana nilai kebenara khbar tu  bukan sahih 100%, kita kaji sapa yg bercakap proflile org tu dan mana boleh telan 100% , dan jagn anggap ia sebagai mutalk kebenarannya . kena siasat . so kena tengok kontekslah.

so hilangkan keraguan dengan merujuk pada yg pakar



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2019 04:01 AM | Show all posts
yang menariknya golongan engkar ilmu akan selalu  memetik kesan adverse /adverse  effects atau reaksi buruk  apabila mendapat suntikan


alahaii....anaphylatic shock , delayed type hypersensitivity  ( ade 4 jenis hypersensitivy reaction yg diketahui  ) https://emedicine.medscape.com/article/136217-overview

makan sebutir kacang tanah pun , satu molecule allergen boleh dijadikan asbab untuk  anaphylactic , jangan laaa yg kurang ilmu asyik nak  'LATCH on this ' saje, nampak sangat  ilmu tak sampai ainul yaqin pun.

sikit sikit adverse, kalau macam tu senaraikan risiko pembedahan etc , mana ada dalam dunia ni ideal saje method manusia, nama pun manusia.


YANG PENTING : weigh the BENEFITS against the  risks

aduhai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 02:39 AM | Show all posts
apabila seseorg tidak dapat membezakan antara muhdath dan qadim maka itulah dipangil jahil murakab bersusun dua
pertama jahil akan diri kedua jahil akan Tuhannya

Bermula asalan amal dan makrifah adalah dari ilmu
, dgn sebab itu wajib menuntut ilmu

Bermula asalan ilmu dari alquran, maka wajiblah menuntut bertalaqi dada dada guru ke dada murid

Adapun awal awal agama asal mengenal Allah
Adapun asal mengneal Allah itu asal mengenal dirihid dan makrifah

Tauhid itu ialah - mengEsakan zat sifat dan afaal Allah

maka kerana itu ulama dahulu mewajibkan  tmenuntut ilmu tauhid, tasawuf dan fiqh

Agama itu adalah iman, islam, tauhid dan makrifah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 06:11 AM | Show all posts
Salam TT

Makhluk antivaksin dan bumi rata ni bkn sejemput bilangannya
ofkos, bkn juga bermula di tanahair pun...
Cuma trend suka ikut2 tanpa ilmu ni mmg bersepah di mana2 pun
Bkn sahaja jahil murakkab malah mangkuk bertingkat2 adanya.

Semuanya bermula dgn persoalan2 hanya utk dapatkan illat
Tanpa illat, tiada hukum. Tanpa hukum, ianya syubahat - jauhi
Tapi yg timbul bersepah2 ni, tak pernah masuk ke dasar pun.

Menuntut ilmu, menuntut tahu
Dua hala, manfaatnya bersama.
Memberi tahu, menyuap tauhu
satu hala, masih perlu ditapis, dikunyah atau ditelan terus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 05:23 PM | Show all posts
nak mengenal tauhid fiqh dan taswuf
dasar ilmu tu wajib ada landasan iaitu bersanad mursid
barulah jalan selamat atas landasan tidak tergelincir
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 10:40 AM | Show all posts
Salam mbhcsf,

Topik ni dah lama diperdebat dan jadi polemik yg menggusarkan masyarakat dunia bukan Islam saja yer. Saya pelik mengapa isu ini tak 'setel' lagi walaupun kerajaan sudah beberapa kali menerangkan betapa 'halal' nyer vaksin ini dan tak perlu diragui lagi keberkesanannya. Menuduh mereka yang anti vaksin ni jahil basit dan jahil murakkab mungkin tidak memberi kesan yg diharapkan kerna ada benda dalam minda mereka yang belum 'setel'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 10:39 PM | Show all posts
HarisKamil replied at 3-4-2019 10:40 AM
Salam mbhcsf,

Topik ni dah lama diperdebat dan jadi polemik yg menggusarkan masyarakat dunia buka ...

memang pun bukan masyarakat Islam saje, yes di fahami tapi bila mai kat masyarakat Islam , golongan ini guna agama pulak untuk add on kepada method kempen mereka dan ini tak betul dalam konteks informed decision dan content. depa bukan bagi INFORMED content untuk INFORMED DECISION tapi coersion and misleading context.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.406994 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list