CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Reinaldo

Benda mistik tentang penyakit ku

[Copy link]
 Author| Post time 7-1-2025 02:32 PM | Show all posts
Sambungannya......

Mak Aku ni pelik skit. Dier percaya benda2 mistik ni wujud, tapi dier penakut. Sebabnya, kampung aku ni kalau disebut dalam sebuah negeri popular amat dengan amalan2 khurafat. Nak kira, setiap orang ada jer amalan masing-masing. Lepas tue dier test benda2 ni dekat org kampung sendiri. Ituelah sebabnya, Mak dgn Abah Aku (kahwin sekampung) tak duduk kampung. Walaupun masing masing ada tanah untuk didirikan rumah. Arwah Bapak Aku pernah cerita, masa dier kecik2 kira 60 tahun lepas orang kampung Aku maseh melakukan amalan buang sial--- diorg akan sediakan pulut kuning, ayam hitam diletak dalam sampan dan diarak ke laut. Tapi alhamdulillah ,sedikit2 benda tue dah dibuang dan tak diamalkan. Namun pewaris maseh ada-dan maseh ada yang beramal dengan ilmu sihir ni.

Nak dijadikan cerita, masa hari persandingan Mak dgn Abah aku. Bila nak bersanding Mak dengan Abah pengsan. Rombongan Abah aku ada yang mcm kena histeria. Nasib baik arwah Atok Mak aku ada. Dier yang settlekan. Sampaikan dier dgn budak2 dier berarak pergi rumah org yang hantar benda2 mistik ni. Sikit lagi nak berbunuh. Sib baek ada Polis. Lepas kawen, Mak aku keguguran 3 kali sampailah dier mengandungkan Aku. Nenek aku suruh pergi jumpa sorang bidan ni, tgk2 kan. Bidan ni pun sebenarnya Pawang. Bila dier tgk2 perut Mak aku, dier urut skit. Dier cakap cenggini. " Pernah tgk Moyang awak tak ? Mak aku jawab tak pernah. Tahu tak dier siapa. Mak Aku kata tak tahu. Ikut kata Bidan ni, arwah Moyang Mak aku Pawang Besar. Benda tue nak duduk dengan Mak Aku. Katanya lagi dier boleh dudukan tapi lepas tue Mak Aku boleh jadi Pawang Besar". Mak Aku tak nak, Abah Aku pun cuak!!!!!

Lepas balik dari jumpa Bidan tue, Mak abah Aku terus ke rumah nenek Aku. Yes, nenek aku mengiyakan yang neneknya mmg Pawang. Tapi jenis yang low profile, bantu bila org dtg. Tapi lepas meninggal seorang pun anak or cucu amek benda2 tue org belajar dgn dier. Oleh sebab tue, Mak Aku ni ada masa dier berani sgt. Ada masa takut sangat. Lagi satu benda pelik kat Mak aku, everytime dier balik rumah Adek aku, dier sakit. Kaki bengkak mcm gout tapi bukan gout, demam dan batuk2. So masa kejadian rumah adek Aku tue, mmg dier dah sakit tapi dier tak nak berubat mase Brader A ada. Brader A ada ingatkan Aku yang kalau boleh buat 2-3 kali utk adik ipar aku. So selang seminggu diorg dtg KL, untuk berubat dgn Brader A. Masa tu Aku dah plan dgn adek2 aku untuk tgk kan Mak aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 11:01 AM | Show all posts
Alhamdulillah dah sembuh

Seram weiiii cousin masih dok syok lagi kat kau
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:12 PM | Show all posts
doubleA replied at 4-1-2025 12:09 PM
Happy new year 2025 tt! Baru jumpa thread ni marathon baca dari 5 tahun lepas punya story. Sambung l ...

happy new year aa..

da bg tacang kt tt

mohon tt smbng lg
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 8-1-2025 09:12 PM
happy new year aa..

da bg tacang kt tt

Tq momod cantek. Happy new year 2025, sihat2 selalu kaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2025 10:06 AM | Show all posts


Tq untuk semua yang sudi baca. Sebenarnya aku jadikan platform ni untuk curahkan perasaan. Semua citer2 baru yang berlaku adalah dalam tahun 2021,2022,2023. Aku igt semuanya dah berakhir. Tapi baru last week, Aku dikejutkan benda lain pulak. Selagi kita deal dgn manusia ada jer yang dengki dan tak puas hati. Apalah yang diorg nak dari keluarga Aku.

Ok, sambungan bila adek aku, adek ipar aku dan Mak aku dtg ke KL. Kali ni Brader A minta sediakan "daun bidara" patahkan dahan2 kecil tue bawak sekali. So, masa jumpa time ni adik ipar aku mmg dah 80% sembuh- boleh sembahyang normal, badan tak sakit-sakit, bawa moto pergi balik keje semua ok. Masa second time ni, mcm kejap jerlah benda ni berjalan. Brader A ni pun kata, insyallah dah ok. Cuma sier suruh berhati-hati masa diluar. Sekali lagi Mak Aku tanya punca sakit....dier tak btau apa pun. Lepas Adik Ipar Aku settle. Aku pujuk Mak Aku supaya buat sekali. Mula2 dier tak nak . Tapi bila semua org suruh, dier buat jugaklah. Baru seminit Mak Aku kena ruqyah, dier dah berpeluh, gayang mcm nak pengsan, kami ni kena pegang dier kiri kanan untuk habeskan Ruqyah. Lepas ruqyah dier boleh cakap " kenape kau org ni pegang Mak. MAk oklah, bukan Mak jatuh pun" Aku suspek dier tak ingat pun. Aku ingatkan dah habes, tapi Brader A tu cakap boleh tak dapatkan air kelapa/buah kelapa. Dan2 tue jugak dier minta. Nak tak nak , aku keluar lah cari....nasib baek Mamak depan rumah ada jual. 2 biji aku bawak, kira kelapa ni dah ready nak minum lah. Brader A amek ....dier baca2 aayat quran , doa skit. Pastue dier suh Mak aku duduk balik. Dalam keadaan duduk, Mak Aku minum air tue. Tak sampai 10 saat.....zuzuzuzuzzzzzzzzz, Mak aku muntah dengan banyaknya, mcm loya giller. Aku duk depan MaK aku tangkap muntah dier.....hahahahhahahah....

Lepas 1-2 minit baru Mak aku OK. Brader A gelengkan jer kepala. Ini pesanan dier kat Mak Aku " Mak jgn byk fikir sgt fasal famili. Semua anak dah kawen dan ada kehidupan masing2, pandai2lah diorg jaga keluarga diorg. Apa pun berlaku dgn izin Allah, kadang2 kawan baik sendiri boleh aniaya diri kita. Jadi kita fikir benda baik jerlah." Daripada bacaan Brader A ni, Mak aku ni byk fikir kan anak2 cucu2. JAdi bende2 ni "ghaib" ni sukalah cucuk2 dier dgn hal 2 yang tak elok. Tue yang boleh buat Mak aku sakit. Lepas jer berubat semua, Aku tanya Brader A' Bro sebenarnya apa yang ada kat Mak. Dier kata ' esok malam kita jumpa then Aku sembang'. Malamnya Mak Aku pun baliklah Melaka. So mase belik tue Aku tgk Mak Aku mcm ada semangat barulah. Adek Ipar Aku  pun elok jer, tak habes2 "time kaseh Bg Long tlg Oghang" - Keluargakan, mesti tlg maaa. (Kisah ni jadi 2023-24, sampai lah last week kisah ni dtg balik tapi dalam bentuk berlainan--nanti aku ceritakan)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2025 10:07 AM | Show all posts
intan_smsb replied at 8-1-2025 09:12 PM
happy new year aa..

da bg tacang kt tt

Tq2.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2025 11:24 AM | Show all posts
Sambungan,....

Lepas 2-3 hari Aku pun jumpa dgn Brader A. Soalan pertama dier, bro masa Arwah abah meninggal (2 tahun lepas) ada gaduh2 ker pasal harta. Aku cakap memang kami adek beradek dah diberitahu hak masing-masing. So, Mak Aku sebagai pemegang amanah dah beritahu pun. Sampaikan kawan baek arwah Abah ku, jumpa kami semua btau apa yang arwah abah ku nak. So far aku dan adek2 yang lain terima jer. Mana2 yang ada hasil mcm kebun, rumah sewa, company -- semua bagi kat Mak aku sementara dier ada lagi. Jelas dan sepakat. Tapi ikut kata Brader A mcm ada org tak puas hati. Aku pun hangin lah!!! Sah2 aku anak sulung lelaki, semua anak2 lelaki dan ada Mak lagi tinggalan jelaslah kami punya. Bila dier sebut hal ni, aku mcm dpt tangkap siapa manusia yang suka buat onar dgn famili Aku. Bila aku sebut kat Brader A, dier senyum jer "Jgn jatuhkan hukum tanpa bukti, kita tak tahu siapa. Bersabar dan terus bersabar."

Arwah abah aku mmg sakit, kaki potong sebab diabetic. Alhamdulillah Mak dan adek2 aku lama jaga dier. Aku jer yang jarang sebab duk KL. Tapi aku selalu balik---kadang2 sorang jer. Malas nak bawak keluarga kang kena fikir pasal diorg. So balik sornag ringkas--dapatlah spent time lama dengan Abah. Lebih kurang 2 minggu sebelum abah meninggal. Aku ada moment berdua jer dgn dier kat rumah. Lepas aku hidangkan makan, makan dengan dier. Dier citer "Bang kalau umur abah x der, Abah ada tinggalkan duit kapan kenduri dalam kopiah putih kat bawah laci tue" Evrytime bila Abaah Aku sebut pasal mati, aku mmg akan marah. Aku cakap jgnlah sebut. Kalau pun abah mati, x kan lah Abg x der duit nak uruskan Abah. Jgn fikir2. Abah aku sengih jer. Lepas makan, dier minta ubatlah air kat pasrayalah. Lepas aku beli semua tue dier siap cakap. "Byk sgt ubat kau beli ni nak, takut tak habis pakai" Aku jwb; Tak per Bah snang tak yah beli lagi. Then aku pun baliklah KL. Aku mcm biase peluk cium Abah aku semua. Dier btau aku....Bang rumah2 tanah2 semua bahagian ikut cakap Mak, aku iyakan jer. Sebab mmg aku tahu--sebab Mak aku dah beritahu aku awal.

Ituelah last aku dapt peluk cium Abah Aku. 2 minggu lepas tue abah aku meninggal dunia. Malam lepas dikebumikan, hanya keluarga aku Mak dan adek beradik jer yang buat tahlil di rumah. Dalam 2 sedih tue, aku teringat pasal duit yang abah aku btau tue. Aku btau Mak Aku pasal duit tue. Mak Aku dgn adek2 pun pelik....selalau dier rilkes jer duit dier dalam wallet atas meja. Mmg kalau Mak aku nak duit....terus amek jer. So, adek aku pun pergilah tgk kan. Ermmm....mmg btol ada duit RM 1500.00 dalam songkok tue. Semua kami termasuk bini2 sebak menangis arwah Abah Aku dah prepare awal2....sebab tak nak susahkan kami anak beranak.

Yang peliknya lepas dan semasa/sebelum pengembumian arwah Abah aku. Sorang pun adek beradek dier tak dtg jenguk kami kat rumah sampailah hari ni. Semua berjumpa di mesjid dan kubor jer. Yang paling aku sedih....Aku kena tuntut jenazah arwah abah kat Hospital Besar, Alhamdulillah keluarga sebelah Mak, kawan Aku adek2 Aku , kawan2 Abah Aku semua teman Aku kat hospital. Yang laen semua busy uruskan hal mesjid - nak semayang, kubur. Sebelah Arwah Abah aku tunggu kat mesjid jer pastue gie kubur.

Sampai hari ni Aku tak tahulah apa yg diorg nak. Tapi kalau berjumpa aku layan mcm biase jer. aku tetap hormat sebab diorg adek2 abah aku.
Nak kata diorg yang buat mmg mudah....tapi bukti tak ada.....Skang 2025 hari ke9, ada lagi bende pelik yang berlaku kat Aku, Adek Ipar dan Mak aku.... Nanti Aku ceritakan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2025 03:38 PM | Show all posts


Kalau korang perasan time line aku cerita start 2019 sampai 2020,pastue stop.....masuk 2024 (hujung) skang 2025 (awal)

2018,2019,2020 ----> Aku bekerja dgn company yang Bos aku Local Indian, yang percaya benda2 mistik. Sepanjang tahun ini jugaklah aku sakit kaki (gout). Yes Aku pernah sampai masuk SJMC (10 hari sebab gout Aku teruk), tersadai sana tapi Doc tak buat apa2. Cuma makan painkiller jer tiap2 hari. First time, aku warded.

Awal 2024, aku dilamar semula company ni. Keadaaan maseh sama kat sni. Staff pun lebih kurang jer. Aku adalh ber3 yang Muslim. Again, aku warded lagi for the second time in my life. MAsuk SJMC and yess lutut Aku kena operate.  Alhamdulillah dah sembuh, cuma skit2 jer terbatas pergerakan. Perasan tak - company sama dah 2 kali warded, dan misteri kembali menghantui aku dan keluarga. Tak sampai setahun aku nak resign dah, kira ni hari2 akhir aku kat sni. Bos aku, HR and org2 kanan Bos aku semua tak bagi aku resign lah. Tapi aku rase mcm tak serasi plak disini. That's why aku byk update hari ni....hahahahah. Tapi bos aku minta aku bantu dierlah....mcm freelnce sebab byk client aku yang jaga.

Tak tahulah kebetulan ker, keserasian ker, Aku ambil keputusan resign sebab 2-3 peristiwa yang berlaku dekat Aku dan keluarga. Nanti aku sharekan updatenya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 09:08 AM | Show all posts
Lama menghilang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 9-1-2025 03:38 PM
Kalau korang perasan time line aku cerita start 2019 sampai 2020,pastue stop.....masuk 2024 (hujun ...

Ok bos kami tunggu. Semoga ko cepat sembuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2025 04:50 PM | Show all posts
Ok, sambungan....

Dalam dunia ada mcm2 kebetulan. Kadang2 bila difikirkan, mcm pelik tapi hakikatnya boleh berlaku. Kalau korang check post2 Aku terdahulu....semua kisah2 ni berlaku mase Aku bekerja dgn Syarikat yang sama. Aku stop kerja sana, aku join Company laen. Then 2024 aku join balek Syarikat tue, then aku resign haritue join balik company yang sama mase resign kali pertama. Kalau faham, fahamlah.

Berbalik kepada kisah misteri aku dan keluarga Aku. Lepas Bro A setlle kan hal Mak aku dan adik Ipar aku, perkara ni bertahanlah sampai last year 2024. So kire settle ....semua org happy especially Mak Aku.  Aku maseh berkawan dgn Bro A. As a friend dier selalu tanya Mak or keluarga aku Ok or not. Cuma sampai skang Aku tak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku kepada Mak dan Adek Ipar Aku. Dier tutup mulut rapat, cuma kata Allah nak uji. Sampailah bulan Dec 2024, aku dapat panggilan daripada Adek aku. Berikut adalah kisahnya.

"Menurut Adek aku sejak 2 menjak ni, isteri dier sakit semula pada tempat yang sama. Dah byk makan ubat dan MC pun dah bertimbun. Tapi maseh tak sembuh2. Nak dijadikan cerita, minggu ke2 adek Ipar aku sakit....turn Mak Aku duduk rumah diorg. So, aku ni jenis yang call Mak aku hari2 sembang2 on the way pergi/balik keje. Tapi aku perasan Mak aku selalu mengeluh kaki sakit,bengkak.....aku ada bekalkan Mak aku ubat "roll" dari Aku punya Specialist, selalu kalau Aku pakai lepas2 10 minit dah ok dah. Tapi Mak aku kata dier tak rase apa2. Macam aku cakap dalam post2 terdahulu --- kalau Mak aku pergi rumah Adek bungsu Aku, sure sakit....tak demam, sakit tekak, sakit kaki. So, mcm2 teorilah aku duk discuss dgn bini Aku. Pada masa yang sama, aku plak ada problem dgn keje...... Aku ni line Sales, jaga corporate Acc. Tapi aku rase lembam sgt tahun 2024 ni, Sales target kelaut.....mcm susah skit nak close deal. Selalu Aku mintak MAk aku doakan aku. Satu malam, adek aku call. Dia mintak alamat rumah Aku. Kebetulan mlm tue aku busy duk buat preparation utk SAles Meeting 2025. Aku duk bagi, tanpa tanya apa2. Sampailah kul 11:00 pm baru Aku teringat. Aku pun call Adek aku.

Aku tanyalah kenapa minta address rumah, nak hantar hadiah ker? Tak Bg Long Adek tgh tgk wife ni dgn Ustaz ni. Sambil2 tue tgk2kan kau kot2 ada org dengki ker, sakit hati, jeles....Aku gelak jer, Bg Long ni blom sampai lagi kot....kena usaha lebih skit baru boleh close deal. So aku tanyalah Apa yang Ustaz tue cakap ???
Isteri dia : Wife keje kat kilang....Besarlah kilang tue. So, mmg byk peristiwa kat kilang tue. Tapi tak serious sgtlah. Cuma kali ni katanya ada 2 org budak perempuan yang ganggu isterinya. Duk melekat kat pinggang bawa ke bawah. Thats why sakit bahagian pinggang, lutut dan kaki.
Mak Aku : Pasal saka yang tak mahu lepaskan (Mak aku dah lepaskan pun lama dulu)
aku         : Ada org dengki dgn aku dan mahukan jawatan Aku.

Ustaz tue minta tempoh 3 hari sebelum dier selesaikan hal ni. Hari ke 3 boleh call dier utk tanya update....

Nanti aku citerkan yer ......





Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Reinaldo replied at 21-1-2025 04:50 PM
Ok, sambungan....

Dalam dunia ada mcm2 kebetulan. Kadang2 bila difikirkan, mcm pelik tapi hakikatny ...

Ok sila sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058230 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list