Kita diuji dengan penularan wabak COVID19 pada awal tahun ini sehingga sekarang dan disebabkan penularan tersebut, banyak program-program yang melibatkan perhimpunan orang ramai tidak dapat dijayakan bagi memutus rangkaian virus tersebut.
Hal ini juga telah membuatkan Kejohanan Sukan GEMAPUTERA 2020 yang sepatutnya diadakan pada minggu hujung bulan Mac 2020 telah ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Banyak pasukan telah memulakan latihan sejak pertengahan tahun 2019 bagi menghadapi Kejohanan GEMAPUTERA 2020 ini, dan kini mereka hanya perlu menunggu daripada penganjur bila Kejohanan tersebut akan bermula.
Sudah tentu situasi ini merupakan salah satu cabaran bagi setiap pasukan di dalam mengharungi pandemik virus COVID19 dengan mereka telah membelanjakan sejumlah wang bagi persiapan mengharungi Kejohanan tersebut.
Walau bagaimanapun, perkara ini banyak membuka mata khususnya kepada atlit-atlit serta pegawai-pegawai sukan di dalam kepentingan menjaga diri mereka sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Semoga perkara ini memberikan sinar harapan yang baharu serta semangat jitu di dalam mengharungi Kejohanan Sukan GEMAPUTERA 2020 yang akan dilangsungkan kelak.
Adalah dimaklumkan bahawa Sukan GEMAPUTERA 2020 akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan dimaklumkan kelak berikutan pandemik COVID19 ini, harap semua dapat bersabar dalam menerima perkhabaran ini, semoga penangguhan ini bukan menjadikan asbab untuk kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan GEMAPUTERA 2020 adalah dengan ini ditangguhkan pihak penganjur iaitu PKNS sebagaimana kenyataan berikut:
PENANGGUHAN KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA 2020
16/03/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan surat rasmi dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai penganjur Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Selangor 2020, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP dengan ini memaklumkan:
a. PKNP telah mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19. 2. Selaras dengan ini, PKNP tidak akan menyertai Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Selangor 2020 yang dijadualkan akan berlangsung pada 23 hingga 29 Mac 2020 sehingga ke tarikh baru kejohanan yang akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.
b. Sehubungan itu, semua latihan persediaan yang melibatkan anggota pekerja PKNP dan anak-anak syarikat dihentikan sehingga dimaklumkan oleh pihak Pengurusan PKNP. Semua anggota pekerja PKNP dan anak -anak syarikat dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mematuhi nasihat pihak berwajib bagi mencegah dari jangkitan Covid-19.