Kluster Greenhill Adalah Super Spreader yang di bimbangi Dr Sim Khui Hian hati hati warga BINTULU
Daerah Bintulu (2 Kes)
Seramai dua (2) kes baharu telah dikesan positif COVID-19 di Daerah Bintulu.
a) Kes Saringan Kontak Kepada Kluster Greenhill (2 Kes Baharu) (Import-C)
Kedua kes ini merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai kontak dengan kes ke-826 yang dilaporkan dalam kluster ini. Kes ini mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching pada 22 hingga 25 Oktober 2020 dan bertemu dengan kes ke-826.
Kes telah menjalani saringan COVID-19 di Hospital Bintulu pada 31 Oktober 2020 dan keputusan ujian mendapati kes adalah positif COVID-19 pada hari yang sama. Kedua-dua kes mengalami gejala cirit-birit.
Siasatan lanjut dan pengesanan kontak sedang giat dijalankan. Kes dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan dari luar daerah iaitu di Kuching (Import C).