Edited by seribulan at 16-1-2021 07:55 AM
No 16, 11, 9 & 6 ni dah sampai...
16. Timpohon GateSumber: Kundasang TripsSekiranya anda salah seorang manusia lasak yang ingin menakluki Gunung Kinabalu, di sinilah di mana langkah pendakian anda bermula iaitu di Timpohon Gate. Kalau masih lagi belum yakin untuk mendaki, anda boleh sahaja melawat kawasan ini untuk melihat-lihat trek yang disediakan untuk mendaki puncak gunung ini untuk mendapatkan ‘feel’ dulu, apa salahnyakan? Dapatlah juga anda beramah-mesra dengan tupai-tupai comel yang banyak terdapat di sini sambil menikati pemandangan gunung yang mengujakan. Alamat
Alamat: Timpohon Gate, Taman Negara Kinabalu
15. Mesilou Highland Strawberry FarmSumber: Mesilou Highland Strawberry FarmBayangkanlah nikmatnya dapat memetik sendiri buah strawberi untuk terus dinikmati, cukup indah perasaannya sebab di mana lagi nak jumpa buah strawberi kalau bukan di kawasan tanah tinggi. Dengan peluang yang datang sekali-sekala ini, jadikanlah Mesilou Highland Strawberry Farm salah satu destinasi penting sewaktu bercuti ke Kundasang. Untuk pengetahuan anda, strawberi yang ditanam di Mesilou Highland Strawberry Farm merupakan strawberi yang didatangkan dari Jepun dan adalah daripada jenis yang manis. Rugi kalau tak cuba. Alamat Waktu Operasi
Alamat: Kg.Mesilou, Ranau
14. Puncak Borneo ResortSumber: Rizal HakimmDari kawasan Puncak Borneo Resort, anda dapat menikmati keindahan pemandangan gunung dengan bayu angin yang segar dan sejuk mengusap kulit. Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh mencuba sup tulang di restoran resort, sangat sesuai untuk dimakan dalam cuaca yang sesejuk ini. Lokasi resort ini juga sangat sempurna, antara destinasi yang mudah untuk anda sekeluarga lawati dari resort ini adalah Kolam Air Panas Poring, Desa Dairy Farm, Arnab Village dan banyak lagi. Alamat
Alamat: KM 86.3, Jalan KK-Ranau | Simpang Kg. Bundu Tuhan, Ranau
13. Little Hut Kampung MesilouSumber: Little HutDilengkapi dengan kelengkapan moden seperti TV dengan siaran Astro dan pemain DVD, Little Hut Kampung Mesilou adalah sebuah penginapan yang mesti menjadi salah satu pilihan utama anda sewaktu ke Kundasang. Dari ruang balkoni penginapan pondok anda yang comel dan selesa ini anda dapat menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu. Baca: 31 Destinasi Menarik Di Kota Kinabalu
Bukan itu sahaja, Little Hut Kampung Mesilou turut menawarkan kemudahan yang lengkap untuk keselesaan para penginap antaranya adalah kemudahan peralatan steamboat, gula, garam, kopi, teh dan banyak lagi. Bahagian dapurnya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan. Selain itu, lokasinya agak mantap, terletak berdekatan dengan destinasi menarik, Desa Cattle Dairy Farm. Alamat
Alamat: Kampung Mesilou, Kundasang, Ranau
12. Marakau Cabin LodgeSumber: Khalifah Media NetworksPenginapan yang murah dengan pemandangan yang indah, boleh anda dapat di KL? Kalau di Sabah, anda dapat menikmatinya di Marakau Cabin Lodge. Dari harga serendah RM120 anda dapat melihat pemandangan HD puncak yang tertinggi di Asia Tenggara, tak lain tak bukan, Gunung Kinabalu yang cukup menakjubkan. Penginapan kabin yang ditawarkan di sini mempunyai rekabentuk yang unik dan sangat menarik untuk bergambar. Sediakan kamera dan kliklah sepuas hati anda kerana di mana sahaja anda pandang, ada sahaja yang menarik hati. Alamat Harga
Alamat: Marakau Cabin Lodge, Ranau, Sabah
11. Kolam Air Panas PoringSumber: Zulaikhä GhazaliTerletak di kawasan tanah rendah, Kolam Air Panas Poring bukanlah kolam air biasa, kolam air panas ini kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan dan dapat memberikan kesegaran badan serta melegakan sendi yang lenguh. Kolam ini cukup sesuai bagi mereka yang telah penat mendaki Gunung Kinabalu, boleh hilang sengal-sengal badan. Untuk pengetahuan anda, kawasan kolam air panas ini dibina oleh penjajah Jepun, lihat sahaja kawasan di sekitarnya yang ditumbuhi pepohon buluh seperti yang banyak terdapat di Jepun. Apa lagi yang menarik tentang kawasan kolam air panas ini? Bagi anda yang tak suka mandi air panas, anda boleh sahaja memilih untuk bermandi-manda di dalam 2 buah kolam lain yang diairi air dari gunung ataupun sekiranya anda inginkan mandian yang lebih privasi bersama keluarga, anda boleh memilih untuk bermandian di kolam tertutup yang disediakan. Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: 89300 Ranau, Sabah, Poring Hot Spring
10. Ladang Teh SabahSumber: Arsad AdipDikelilingi hutan yang berusia 130 juta tahun, Ladang Teh Sabah menawarkan pemandangan yang tiada tolok bandingnya digabungkan pula dengan udara pergunungan yang menyegarkan, ia merupakan ladang teh organik yang seumpamanya yang terletak di Kepulauan Borneo. Di samping keindahan panorama, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini seperti mendaki Bukit Kamunsu, berjalan di waktu malam untuk melihat haiwan unik dan banyak lagi. Baca: 25 Tempat Menarik Di Tawau
Selain itu, di ladang teh yang berketinggian 2272 kaki dari aras laut ini, anda boleh merasai teh segar dan juga penkek teh yang hanya boleh didapati di sini. Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau
9. Rumah Terbalik TamparuliSumber: 1SABAHBagaimana rasanya kalau segala di dunia ini terbalik kecuali badan kita? Terasa seperti diawang-awangan sebaik anda melangkah masuk ke dalam Rumah Terbalik Tamparuli. Semuanya yang terdapat di dalam rumah ini terletak di dalam keadaan terbalik. Beginilah agaknya kalau berumah di angkasa lepas. Alamat Waktu Operasi Harga Tiket
Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250
8. Taman Negara Kinabalu, KundasangSumber: Richard KerTaman tertua negeri Sabah ini, Taman Negara Kinabalu, menawarkan banyak aktiviti menarik bagi para pelawat, antaranya adalah berjalan menuju ke kawasan air terjun yang indah, memerhati burung, berbasikal, merentas hutan ataupun sekadar bersantai-santai bersama keluarga sambil menikmati kehijauan alam sekeliling di bawah pondok-pondok yang disediakan. Sekiranya anda merentas hutan Taman Negara Kinabalu, anda dapat menyaksikan kekayaan floranya yang mencangkupi spesies tumbuhan dari Australia, Himalaya, China dan Malaysia sendiri. Dianggarkan secara keseluruhan flora dan fauna yang terdapat di taman negara ini adalah dalam sekitar 400 spesies. Alamat
Alamat: Mount Kinabalu National Park, 89300 Ranau, Sabah
7. Pekan RanauSumber: Ranau TownKalau sudah ke Sabah tapi tidak ke Pekan Ranau, macam tak kena pula rasanya kerana di sinilah terletaknya bermacam-macam tarikan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan di peringkat dunia. Di Pekan Ranaulah terletaknya Desa Cattle yang dikatakan New Zealand Malaysia, Gunung Kinabalu, Ladang Teh Sabah, Sungai Moroli dan banyak lagi! Alamat
Alamat: Pekan Ranau, Ranau, Sabah
6. Pasar Kraftangan Pekan NabaluSumber: Kundasang TripsSebelum sampai ke Pekan Kundasang, anda akan menemui pasar yang meriah dengan pelbagai jenis barangan kraftangan ini yang terletak di Pekan Nabalu. Antara cenderamata yang terdapat di sini adalah fridge magnet, keychain, t-shirt dan banyak lagi yang boleh anda berikan kepada orang tersayang sebagai tanda ingatan. Bagi anda yang nak berjimat, inilah lokasi membeli-belah cenderamata khas untuk anda kerana harga-harga yang ditawarkan di sini adalah lebih murah daripada di tempat lain, jadi, rancanglah untuk ke sini ya? Alamat
Alamat: Pekan Nabalu, 89300 Ranau, Sabah
5. Tugu Replika Kobis KundasangSumber: Borneo Native Adventure & Tours Sdn BhdJangan main-main, kobis pun ada tugu tau. Tugu Kobis ini dapat anda lihat setibanya anda di Kundasang. Bukan saja-saja kobis ini dijadikan tugu, tapi ia adalah sebagai lambang kedinginan udara Kundasang yang juga subur dengan pelbagai tanaman sayur-sayuran yang termasuklah sayur kobis. Alamat
Alamat: Pekan Kundasang
|