View: 1291|Reply: 6
|
[SARAWAK] Hari Pertama Persekolahan: Pelajar parah jatuh dari tingkat 3 sekolah
[Copy link]
|
|
KUCHING: Seorang pelajar berumur 17 tahun cedera parah apabila terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah menengah di Petra Jaya, hari ini.
Susulan kejadian pada pukul 6:30 pagi, dia dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan menerima rawatan di unit kecemasan.
Menurut cerita bapa pelajar terbabit, ketika menghantarnya ke sekolah, anaknya berkelakuan seperti biasa dan tiada menceritakan apa-apa masalah.
Ketika dalam perjalanan ke sekolah, anaknya meminta untuk mengunting rambut selepas sekolah.
"Dia memberitahu dia pulang sekolah sekitar pukul 1:00 tengah hari. Saya sempat bergurau dengannya untuk membiarkan rambutnya panjang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dia ketawa selepas itu," katanya ketika ditemui di pekarangan HUS.
Sambil menyifatkan anaknya sebagai seorang pendiam, beliau terkejut selepas dimaklumkan mengenai insiden menimpa anaknya dan terus bergegas ke HUS.
"Memang tidak ada yang luar biasa selama beberapa hari ini, cuma dia ada mengadu mengenai komputernya sahaja dan meminta saya belikan yang baharu," katanya.
Ditanya mengenai persekolahan, beliau memberitahu anaknya belajar dalam aliran sains dan mereka sekeluarga juga tidak memberikannya tekanan untuk belajar.
"Saya selalu mengingatkan dia agar jangan paksa diri, sebab kami hanya mahu dia pandai menulis dan membaca sudah cukup," katanya.
Mangsa yang sepatutnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas memulakan sesi persekolahan hari ini selepas kerajaan membenarkan kelas-kelas yang menduduki peperiksaan.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan masih dijalankan.
Jeremy Lanson
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan SMK Petra Jaya yang menjadi lokasi pelajar tingkatan lima terjatuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.
Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi, ketika pelajar berkenaan berada berhampiran bilik darjahnya.
Mangsa yang berusia 17 tahun dari Kampung Tupong Batu di sini kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan keadaan dilaporkan stabil.
Tinjauan Astro AWANI sebentar tadi mendapati petugas forensik PDRM sedang melakukan siasatan di lokasi berkenaan.
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan, untuk calon-calon yang mengambil peperiksaan awam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ... dia stabil...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jatuh masa terlebih bergurau senda ke camner ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
dok mencari2 jugak ...
blom tau punca nya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes pelajar terjun bangunan di SMK Petra Jaya, siasatan masih berlangsung
KUCHING: Polis Sarawak masih dalam proses melengkapkan siasatan berhubung seorang pelajar lelaki terjun dari tingkat tiga sebuah sekolah di bandar raya ini pada Rabu.
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya masih mengumpul keterangan pelbagai pihak.
" Setakat ini, kita dimaklumkan bahawa pelajar terbabit datang ke sekolah sekitar jam 6.30 pagi, letak beg di kerusi dan terjun," katanya ketika dihubungi petang tadi.
Jelasnya, masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai kes ini termasuk punca mengapa mangsa terjun.
" Tetapi kita ada kenyataan kukuh menyatakan mangsa cuba untuk membunuh diri.
Pun begitu tegas Aidi, siasatan awal mendapati tiada sebarang krisis yang berlaku melibatkan mangsa dan keluarga.
Dalam kejadian pagi tadi, pelajar SMK Petra Jaya terbabit parah selepas terjun dari tingkat tiga sekolah berkenaan.
Mangsa kini masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak.
Mangsa merupakan seorang pelajar tingkatan lima aliran Sains berumur 17 tahun yang baharu memulakan sesi persekolahan hari ini.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|