View: 1196|Reply: 2
|
[SABAH] Christina kecam pembunuhan kejam gajah Pygmy di Tongod
[Copy link]
|
|
Thread berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1233567
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1233270
KOTA KINABALU: Pembunuhan kejam terhadap gajah Pygmy muda di sempadan Ladang Saicheng, Kampung Imbak, Tongod pada Khamis, dikecam.
Bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan meminta pihak polis untuk memperhebat siasatan mereka terhadap kes berkenaan sehingga mereka yang bertanggung jawab atas pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.
"Saya mengecam tindakan membunuh tanpa belas kasihan dan keji itu. Apa pun motifnya, kita tidak boleh bertolak ansur dengan pembunuhan binatang yang mengerikan. Kita percaya pada kemampuan polis, dan berharap mereka akan sehabis baik dalam usaha menangkap suspek.
"Memandangkan populasi gajah yang semakin berkurang di Sabah, kita tidak boleh membiarkan aktiviti memburu gajah sukar dibendung.
"Mungkin Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dapat dipinda untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat bagi mereka yang disabitkan kesalahan jenayah hidupan liar sebagai penghalang kepada bakal pelaku (daripada melakukan jenayah hidupan liar)," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Christina, yang juga Anggota Parlimen Tawau, mengulas laporan media mengenai pembunuhan gajah berusia antara lima hingga tujuh tahun.
Bedah siasat yang dilakukan oleh doktor haiwan dari Jabatan Hidupan Liar Sabah menunjukkan bahawa gajah itu ditembak sekurang-kurangnya tujuh kali dan empat peluru dijumpai di bahagian tengkorak.
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, separuh dari bangkai gajah itu kulitnya dilapah dan didapati hilang.
Mengenai laporan sebelumnya berkenaan gajah Asia di beberapa negara lain kini diburu kulitnya untuk tujuan perubatan, Christina melabelkan kegiatan yang tidak bertanggung jawab itu sebagai perdagangan jahat dan haram yang harus dihentikan.
Beliau turut mendesak pihak berwajib untuk menyelesaikan dua kes sebelumnya yang melibatkan anak gajah, seekor di Lahad Datu dan satu lagi di Kinabatangan, di mana tuduhan keracunan belum lagi dapat disimpulkan sebagai penyebab kematian gajah berkenaan.
Safrah Mat Salleh
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman setimpal kepada individu bunuh anak gajah Pigmy
KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mahu hukuman setimpal dikenakan kepada individu yang bertanggungjawab dalam kes kematian anak gajah Pigmy yang ditemukan dengan kesan tembakan serta kulit disiat berhampiran Kampung Imbak, Tongod khamis lalu.
Menterinya, Datuk Jafry Ariffin ketika dihubungi berkata, sekiranya siasatan terhadap kematian gajah itu menjurus kepada kes jenayah maka tindakan tegas perlu diambil.
"Kementerian komited dalam memelihara dan memulihara bukan sahaja hidupan liar tetapi alam semula jadi yang ada di negeri ini.
"Namun ada segelintir individu tidak bertanggungjawab ini tidak dapat melihat kesungguhan dalam memelihara spesies dilindungi untuk generasi masa hadapan.
“Kita tidak mahu hidupan liar ini akhirnya tinggal dalam bentuk gambar atau penceritaan semata-mata, kita generasi hari ini harus meninggalkan satu legasi baik untuk generasi masa hadapan," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya akan sentiasa berusaha memperkemaskan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 bagi mengekang aktiviti pembunuhan spesies haiwan dilindungi di Sabah.
Untuk itu katanya, usaha pemantauan oleh pihak bertanggungjawab juga masih perlu diperkasakan.
Beliau akui, terdapat kekangan dalam kerja pemantauan ekoran kekurangan kakitangan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Jafry Ariffin
Bagaimanapun, beliau yakin masalah itu dapat diselesaikan dan pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih baik untuk memastikan kejadiaan seumpama itu tidak berulang.
Dalam kejadian Khamis lepas, seekor anak gajah Pigmy Borneo ditemukan sudah mereput dengan kesan tembakan dan tetakan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kg Imbak, Tongod.
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Agustine Tuuga, anak gajah berkenaan dipercayai sudah mati sekurang-kurangnya empat atau lima hari sebelum ditemui.
Berdasarkan hasil bedah siasat, dipercayai anak gajah berkenaan terkena tujuh tembakan dengan empat daripadanya di kepala.
Sebahagian besar kulit gajah berkenaan juga disiat dan beberapa anggota badannya seperti kaki dan telinga ditemui kira-kira enam hingga 32 meter dari badannya. Beberapa anggota badan gajah, termasuk kepala dan gading ditemui, kecuali belalai.
Sehingga kini, sukar untuk mengenal pasti motif pembunuhan haiwan dilindungi berkenaan namun siasatan diteruskan.
Untuk rekod, ia adalah kejadian pertama membabitkan kulit haiwan berkenaan disiat.
Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama oleh pengurus di ladang terbabit. Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan dilakukan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil atau menghubungi pejabat JHL Sabah bagi membantu siasatan.
Yap Siong Han
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|