CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1545|Reply: 6

[SABAH] Mayat wanita warga asing ditemukan di kawasan semak belakang hotel

[Copy link]
Post time 25-1-2021 07:34 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Mayat wanita lengkap berpakaian yang ditemukan di kawasan semak berhampiran tangki air di bahagian belakang sebuah hotel di Jalan Bandaran dipercayai bukan warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata perkara itu adalah berdasarkan siasatan awal berikutan pihak polis tidak menemukan sebarang tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada badan mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berumur dalam lingkungan 30-an berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa yang ditemukan kira-kira jam 8 malam kelmarin.

“Tiada sebarang suntikan BCG ditemukan pada mangsa dan kita percaya mangsa bukan warga tempatan manakala hasil pemeriksaan fizikal menemukan kesan lebam pada bahagian muka dan mata mangsa,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk siasatan lanjut dan beliau menggesa mana-mana pihak yang ada kehilangan ahli keluarga agar membuat laporan di balai polis berdekatan.

“Pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia dalam tempoh kira-kira sehari berdasarkan keadaan mayat semasa ditemukan.

“Kita juga masih menunggu laporan siasatan daripada pihak Forensik sama ada terdapat unsur jenayah dalam kematian mangsa atau sebaliknya.

“Setakat ini kita belum mengetahui identiti mangsa dan keadaan fizikal mangsa semasa ditemukan adalah berambut panjang serta lengkap berseluar panjang memakai baju-t, sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga dalam masa terdekat diminta menghubungi pihak polis agar siasatan lanjut boleh dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya pihak polis juga akan memanggil saksi yang berada berdekatan lokasi kejadian manakala pihaknya juga sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.

Habibi berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR).

Difahamkan mangsa didakwa sering kelihatan berkeliaran di kawasan berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bekerja atau tinggal di kawasan berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan polis giat menjalankan siasatan terperinci berkenaan isu membabitkan sekumpulan individu yang meminum bir di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Likas yang tular dalam media sosial.

Habibi berkata kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan usaha mengenalpasti semua pihak terlibat masih dijalankan.

“Setakat ini kita sudah mengenalpasti dua wanita dan enam lelaki dan kita akan panggil kesemua suspek dalam masa terdekat (hari ini) untuk membantu siasatan.

“Orang ramai diminta bertenang, biar pihak polis menjalankan siasatan berkenaan perkara ini dan jangan membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan info tidak sahih kepada masyarakat,” katanya.

Vivi Olviana Najurus




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.
Baru tau BCG cara utk kenalpasti warga tempatan. Kena siasat kenapa ada kesan lebam.


“Tiada sebarang suntikan BCG ditemukan pada mangsa dan kita percaya mangsa bukan warga tempatan manakala hasil pemeriksaan fizikal menemukan kesan lebam pada bahagian muka dan mata mangsa,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2021 07:57 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 25-1-2021 07:36 AM
Takziah kpd keluarga.
Baru tau BCG cara utk kenalpasti warga tempatan. Kena siasat kenapa ada kesan ...
ha`ah ... BCG kemestian untuk rakyat Malaysia ...

dapat tau masa sekolah dulu2 ...
nurse check ada tak parut nya ... yang ada lepas ... tak perlu injek lagi

tadi cari2 ...
jumpa ni

Is BCG compulsory in Malaysia?
“Since 1961, all newborns in Malaysia are given the BCG vaccine almost immediately after being born. In primary school, nurses will check the pupils' upper left arm and if there is no BCG scar, they will revaccinate the children





Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 25-1-2021 07:36 AM
Takziah kpd keluarga.
Baru tau BCG cara utk kenalpasti warga tempatan. Kena siasat kenapa ada kesan ...

Maaf tinot nak tanya..uoll bukan rakyat msia ke? Sbb rata2 mmg tau tgt bcg ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 25-1-2021 09:00 AM
Maaf tinot nak tanya..uoll bukan rakyat msia ke? Sbb rata2 mmg tau tgt bcg ni

Mmg iols org mesia tapi iols tak tau tgk bcg nak tau warga tempatan ke dak.. iols bknnya keje kat tmpt kenalpasti mayat tu.. masa iols pi blaja kat UK, misi cek bahu nak tau ada vaccine bcg.. pastu, kawan iols yg algerian ada parut bcg, tapi bkn kat bahu, ada kat dia punya kat lengan. Iols tak tau la warga2 yg lain.. sowie. Tu sbbnya ni kali pertama iols dpt tau nak bezakan warga tempatan, pakai bcg. Aritu kes bunuh kat KL, rata2 tgk muka, teruih teka bkn warga tempatan.. giteww terenya poremer cari...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-1-2021 07:57 AM
ha`ah ... BCG kemestian untuk rakyat Malaysia ...

dapat tau masa sekolah dulu2 ...

Bcg mmg compulsory kat mesia, tapi org luar mmg tak dpt bcg ka? Iols cuma tau sorang org myanmar takde bcg. Tak pasti sistem kesihatan depa mmg tak bg bcg ka dak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2021 09:26 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 25-1-2021 09:07 AM
Bcg mmg compulsory kat mesia, tapi org luar mmg tak dpt bcg ka? Iols cuma tau sorang org myanmar t ...
sama lah kita ...baru tau tu salah satu cara nak tau tu warga tempatan ke tak

FC cuma tau memang mesti ada BCG kat kita ...

mungkin sekadar cara meneka untuk awal pengenalan ...
sebab yer la kan ... pendatang ni selalu nya orang susah ... nak mencari rezeki...mungkin sebab tu takde ambik suntikan... tak beranak kat Spital...orang Suluk ... Pinak...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055526 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list