CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2948|Reply: 2

Ini dia tanda Suspension Kenderaan Rosak

[Copy link]
Post time 1-2-2021 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Ini dia tanda Suspension Kenderaan Rosak



Semahal mana pun sistem suspensi tetap akan lusuh, uzur atau rosak kerana kereta anda tidak dapat mengelak daripada bergolek atas pelbagai kondisi permukaan jalan. Sayangnya, ramai yang kurang mengambil berat tentang kesihatan sistem suspensi kereta mereka, sedangkan ia berpotensi menyebabkan banyak kerosakan ke atas bahagian mekanikal lain, termasuk memendekkan jangka hayat kenderaan.
Sistem suspensi yang rosak turut membuatkan anda sukar mengawal kenderaan, sekali gus mengundang risiko bahaya terhadap keselamatan diri. Tanda-tanda sistem suspensi kereta anda memerlukan perhatian dan penyenggaraan atau ditukarkan sepenuhnya adalah seperti berikut:
1. Jarak berhenti lebih jauh
Menurut pakar industri, kerosakan sistem suspensi boleh meningkatkan jarak berhenti kereta anda sehingga 10 peratus. Mungkin peratusan itu cuma kecil, tetapi impaknya cukup tinggi ketika anda benar-benar memerlukan kereta anda berhenti secepat mungkin. Anda boleh memandu uji kereta anda dalam kelajuan tertentu, seeloknya 60kmj dan cuba membrek kecemasan. Catatkan jarak berhenti dan semak semula dengan data terdahulu, atau pun bandingkan kereta anda dengan model sama yang lain.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2021 05:44 PM | Show all posts
2. Muncung kereta menjunam, menyimpang atau melungsur
Apabila kenderaan melungsur atau kerap berubah haluan, pemandu biasanya akan melakukan penjajaran tayar. Malangnya, tindakan itu mungkin tidak menyelesaikan semua masalah. Jika pusat stereng anda masih tidak menentu, ia mungkin berpunca daripada kerosakan spring dalam sistem suspensi.

3. Rasa gegar pada roda stereng
Melainkan jika anda sedang memandu di jalan raya yang tidak berturap, anda sepatutnya tidak akan mengalami masalah roda stereng bergegar. Jika berlaku walaupun atas permukaan jalan yang baik, anda perlu segera beri perhatian kepada sistem suspensi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 05:45 PM | Show all posts
4. Kereta bergetar dan berdetar apabila langgar bonggol
Jika kereta anda berdetar keterlaluan setiap kali melepasi bonggol jalan, masalah itu menandakan spring atau lengan kawalan kereta anda sudah pecah.

5. Tayar botak tidak rata
Sebelah spring suspensi rosak akan membuatkan berat kereta jadi tidak sekata. Ini menyebabkan lebihan berat kereta tertumpu kepada sebelah tayar sahaja, sekali gus mengakibatkan sistem suspensi rosak. Malah, sebelah tayar lain yang masih elok berisiko haus lebih cepat. Tayar yang mengalami masalah bunga tayar tidak sekata ialah petanda jelas sistem suspensi anda sedang bermasalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054750 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list