View: 1266|Reply: 1
|
[SARAWAK] Vaksin COVID-19 tiba di Sibu
[Copy link]
|
|
SIBU: Sejumlah 13,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech tiba di Farmasi Bahagian Sibu, Jalan Awang Ramli Amit, pada jam 2.35 petang hari ini (25 Feb).
Penghantaran dos vaksin tersebut menggunakan lori Kargo AsiaLink melalui darat dari Kuching, diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sejumlah 6,000 dos vaksin itu akan diberikan kepada petugas barisan hadapan di Bahagian Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei.
Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, sejumlah 3,576 dos vaksin akan diberikan kepada petugas barisan hadapan di Bahagian Sibu mulai esok.
“Vaksin akan diberikan di Hospital Sibu, Klinik Kesihatan Lanang dan Klinik Kesihatan Sibu Jaya. Manakala, wakil dari Mukah, Kapit dan Sarikei dijadualkan mengambil vaksin itu esok,” jelasnya.
Terdahulu, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam menyaksikan ketibaan vaksin COVID-19 petang tadi.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau, Pengerusi JPBB Sibu yang juga Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting dab Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai.
Sementara itu, Ting turut menyeru kepada masyarakat supaya menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana ia adalah satu-satunya penyelesaian dalam memerangi pandemik berbahaya itu.
Florence Nervyn
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sibu merupakan daerah yang mencatat angka tertinggi jangkitan Covid buat masa ni...
harap dengan ada nya vaksin ni dapat mengurangkan penularan jangkitan menjadi lebih teruk ...
I. Daerah Sibu (80 Kes)
a) 63 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif
COVID-19.
b) 12 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Sibu.
c) 3 kes saringan petugas kesihatan di pusat kesihatan di
daerah Sibu.
d) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Sibu.
II. Daerah Kapit (26 Kes)
a) 18 kes yang melibatkan kluster Gelong.
b) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Kapit.
d) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Kapit.
III. Daerah Bintulu (25 Kes)
a) 23 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif
COVID-19.
b) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Bintulu.
IV. Daerah Kuching (18 Kes)
a) 14 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu.
c) 2 kes saringan petugas kesihatan di pusat kesihatan di daerah Kuching.
V. Daerah Meradong (17 Kes)
a) 13 kes yang melibatkan kluster Sungai Bakong.
b) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
VI. Daerah Miri (12 Kes)
a) 5 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Miri.
b) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Miri.
d) 1 kes saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Perak.
e) 1 kes saringan individu balik dari luar negara melibatkan warganegara India. Kes dikategorikan sebagai kes Import A iaitu mendapat jangkitan dari India.
VII. Daerah Samarahan (11 Kes)
a) 8 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu.
b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 1 kes yang melibatkan kluster Jalan Green. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.
VIII. Daerah Serian (10 Kes)
a) 6 kes yang melibatkan kluster Emperoh Jambu. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Jalan Ho Pin. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.
c) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan dikategorikan sebagai kes import C iaitu mendapat jangkitan dari Kuching.
d) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di daerah Serian.
IX. Daerah Selangau (8 Kes)
a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
X. Daerah Sri Aman (5 Kes)
a) 3 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di daerah Sri Aman.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Jalan Muhibbah.
XI. Daerah Saratok (3 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
XII. Daerah Betong (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Jalan Muhibbah.
XIII. Daerah Bukit Mabong (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Gelong.
XIV. Daerah Sarikei (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|