View: 1256|Reply: 1
|
[Sarawak]
Hanya 10 peratus anggota polis di Sarawak dibenar cuti raya
[Copy link]
|
|
KUCHING: Polis Sarawak tetap menjalankan tugas ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dalam memastikan keselamatan dan keamanan rakyat sentiasa terjaga.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, hanya 10 peratus anggota di negeri ini dibenarkan bercuti pada musim perayaan tahun ini.
"Untuk perayaan ini kita cuma membenarkan 10 peratus anggota untuk bercuti... setakat inilah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Gawai Raya 2021 daripada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.
Tambah Aidi, kebanyakan anggota menyambut raya di daerah masing-masing.
"Arahan juga tidak dibenarkan merentas daerah dan termasuklah di Sarawak larangan untuk merentas zon masih lagi berkuat kuasa.
"Jadi kalau diikutkan arahan diberikan, setakat ini, arahan untuk merentas zon atau negeri masih belum diluluskan lagi," tegasnya lagi.
Rusnan Mustafa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la
Tak.boleh balik kampung kan..
Bertugas kurang2 boleh jumpa rakan sekerja gitu
Yang ada family..okay la..
Yang bujang..raya kat tempat bertugas
Cam kat tmpt keje laki iols..yang bujang dah mati kutu raya ni sebab tak beh rentas egeri kan..nak tukar cuti dgn kawan2 lain..mmg kawan2 lain tak nak le..hhahahaah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|