View: 1993|Reply: 4
|
[Sarawak]
Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri
[Copy link]
|
|
Yes ...
harap dapat lah memenuhi keperluan rakyat Sarawak...
jangan d jual pula ... udah la...
Permintaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 telah diluluskan.
Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri.
Dipetik daripada laporan BERNAMA, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permintaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 bagi kegunaan rakyatnya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Kelulusan itu diberi susulan pertemuan beliau dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 di Putrajaya
Uggah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata bahawa kelulusan itu diberi susulan pertemuan beliau dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin di Putrajaya, baru-baru ini.
Sehubungan itu, katanya Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) telah diberikan tanggungjawab melakukan perbincangan dengan pembekal vaksin bagi tujuan tersebut.
“… jadi kita sekarang sedang berbincang dengan pihak dan badan berkaitan supaya kita boleh menyelesaikan pembelian vaksin yang akan digunakan sebagai simpanan sekiranya ada masalah pembekalan dari Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Golongan berisiko tinggi dan warga emas berusia lebih 60 tahun terima suntikan vaksin di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini
Seramai 1,278 individu daripada golongan berisiko tinggi dan warga emas berusia lebih 60 tahun dijadualkan menerima suntikan vaksin di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini.
Pada 18 Mac lepas, dilaporkan bahawa Uggah berkata Sarawak telah menghantar surat kepada kerajaan persekutuan mengenai hasrat Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 bagi negeri ini.
Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran Program Imunisasi negeri Sarawak, Uggah berharap kerajaan persekutuan boleh menerima pendaftaran secara manual yang melibatkan penduduk di luar bandar.
Kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak tidak mempunyai kemudahan telefon pintar lakukan pendaftaran
Katanya kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak tidak mempunyai kemudahan telefon pintar untuk melakukan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera dan hanya boleh mendaftar melalui pejabat residen dan daerah.
“Kita juga ada meminta mereka yang berada di luar bandar untuk mendaftar menggunakan telefon milik pejabat daerah atau residen. Apabila mereka menerima janji temu untuk divaksin, maka pegawai di pejabat berkenaan akan menghubungi penerima itu,” katanya.
Seramai 929,435 individu disasarkan menerima vaksin bagi Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sarawak yang bermula Isnin lepas.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang sangat prihatin dan memahami masalah mereka yang berada diluar bandar ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kmk sabar menunggu disuntik tok. Sbb mok balit hometown tiap weekend mcm dolok2. Harap2 dipermudahkanlah swk vaksin cepat2 atleast bln jun. kepak nyawa nunggu. Muhyiddin pun baru ngereco rakyat xpuas ati lambat vaksin, dpadahnya sikpat kawal jadual kedatangan vaksin mcm dipelan |
|
|
|
|
|
|
|
aamiin ...
moga d permudahkan urusan kitak ...
kmk pun nunggu juak ... lamak dah sik balit hometown ... pa cita rumah kmk
banyak urusan nunggu kmk d kampung nun...
politik dan permainan kotor tak dapat d pisahkan ... nyampah na asa ...
lebih2 gik cdak kayangan ngambik keesempatan ... kita tak dengki ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|