View: 991|Reply: 0
|
Petinju berhijab kongsi pengalaman berpuasa
[Copy link]
|
|
Petinju berhijab kongsi pengalaman berpuasa
SAFIYYAH sebelum ini tersilap langkah kerana berlatih dengan keras di bulan puasa. FOTO Agensi
London: Petinju berhijab, Safiyyah Syeed atau dikenali sebagai 'Hijabi Boxer' salah seorang daripada 1.8 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia yang menyambut kedatangan bulan Ramadan tapi tidak mengetepikan urusan harian setiap hari.
Safiyyah berkongsi pengalamannya bagaimana cabaran berpuasa sebagai seorang atlet di bulan Ramadan.
Tidak seperti kebanyakan orang yang berpuasa, hari-harinya sentiasa berkisar dengan latihan yang intensif dan dalam masa sama perlu menjaga kesihatan diri sebagai atlet.
Safiyyah, 20, yang berasal dari Bradford tapi sekarang berpangkalan di Ancoats, memilih sukan tinju sejak dari remaja.
Dia berkata walaupun sudah biasa berlatih ketika berpuasa namun dia masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku sebelum ini.
"Dua tahun lalu adalah Ramadan yang sangat sukar buat saya. Saya tidak mempunyai pengalaman berpuasa dan berlatih, tidak ada dalam perancangan saya, jadi saya berlatih seperti biasa.
"Saya ketika itu bekerja keras dan bukannya bekerja dengan bijak. Memang ia memenatkan. Sekarang saya sudah bekerja dengan bijak bukannya keras.
"Saya melakukan latihan yang sebelum ini saya tidak lakukan, di mana ia memberi masa buat saya untuk fokus secara rohani dan mental," katanya.
Ramadan juga adalah bulan yang digunakan oleh Safiyyah untuk membantu orang yang memerlukan.
Dia pernah menggunakan platformnya untuk membantu mengumpul dana bagi membina pam air di kawasan pedalaman di Pakistan.
"Ramadan adalah bulan yang luar biasa, dengan dihujani persekitaran baik," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|