CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 4

[Sarawak] Covid19 26/04/2021

[Copy link]
Post time 27-4-2021 05:46 AM | Show all posts |Read mode


Hari ini terdapat 615 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Daerah Bintulu (106),

Sibu (90),

Pakan (67),

Kuching (55),

Miri (52),

Mukah (38),

Kanowit (31),

Lundu (25),

Selangau (23),

Saratok (19),

Sarikei (16),

Kapit (14),

Belaga (9),

Meradong (9),

Julau (8),

Sri Aman (8),

Sebauh (8),

Bau (7),

Song (4),

Dalat (4),

Tatau (4),

Tanjung Manis (3),

Bukit Mabong (3),

Daro (2),

Subis (2),

Matu (2),

Marudi (2),

Serian (2),

Samarahan (1)

Beluru (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 28,529 kes.

Daripada 615 kes baharu yang dilaporkan, seramai 78 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.


Manakala, seramai 523 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:

I. 428 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (26 kes bergejala).
II. 91 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 kes bergejala).
III. 51 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
IV. 41 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala).
V. 4 kes melibatkan individu balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2021 05:54 AM | Show all posts



Hari ini terdapat enam (6) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 162 orang.

I. Kes Kematian Ke-157.
Kes kematian ke-157 adalah kes ke-26,237 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 33 tahun yang telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga. Kes ini telah dirujuk ke Hospital Kapit bagi mendapatkan rawatan, namun telah disahkan meninggal dunia pada 21 April 2021. Menurut sejarah kesihatan daripada ahli keluarga, kes didapati mengalami gejala demam dan batuk beberapa hari yang lalu.
Saringan ujian rT-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID- 19 pada 21 April 2021. Kes ini juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan obesiti.

II. Kes Kematian Ke-158.
Kes kematian ke-158 adalah kes ke-27,069 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 58 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kapit pada 22 April 2021 kerana mengalami gejala kelesuan badan dan sesak nafas. Ujian saringan rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 21 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2021. Kes ini mempunyai ko- morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.

III. Kes Kematian Ke-159.
Kes kematian ke-159 adalah kes ke-27,049 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 35 tahun yang telah hadir ke sebuah klinik kesihatan bagi pendaftaran serta pemeriksaan kandungan. Namun kes didapati mengelami sesak nafas semasa berada di situ. Saringan ujian RTK Antigen dikesan positif COVID-19 pada 22 April 2021. Kes telah dirujuk ke Hospital Kapit bagi rawatan dan pemantauan yang selanjutnya. Kes didapati mengalami gejala demam, batuk dan selesema beberapa hari yang lepas.
Ujian saringan rT-PCR dikesan positif COVID-19 pada 23 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid obesiti.

IV. Kes Kematian Ke-160.
Kes kematian ke-160 adalah kes ke-25,685 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun telah dikesan positif pada 17 April 2021 melalui aktiviti ujian saringan aktif di sebuah rumah panjang dengan kaedah RTK Antigen dan kes menerima rawatan di Hospital Kapit. Kes didapati mengalami gejala demam, batuk dan sesak nafas dan keadaan kesihatan merosot. Ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR adalah positif COVID-19. Kes disahkan meninggal dunia pada 24 April 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

V. Kes Kematian Ke-161.
Kes kematian ke-161 adalah kes ke-20,638 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 48 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei hasil saringan individu bergejala melalui ujian Rapid Molecular yang dikesan positif COVID-19 pada 12 April 2021. Kes didapati mengalami gejala demam dan cirit-birit beberapa hari sebelum itu. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021.

Kes ini juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik.

VI. Kes Kematian Ke-162.
Kes kematian ke-162 adalah kes ke-25,993 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 75 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga. Menurut sejarah kesihatan, kes didapati mengalami gejala batuk 2 hari sebelum itu. Saringan ujian rT-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 22 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2021 05:56 AM | Show all posts
Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Hari ini terdapat 603 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah

Hospital Bintulu (243),

Hospital Sibu dan PKRC di Sibu (101),

Hospital Miri dan PKRC di Miri (95),

Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit (53),

Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei (39),

Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching (39),

PKRC Betong (14),

PKRC Mukah (10),

PKRC Serian (7),

Hospital Sri Aman (2)


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 22,432 orang atau 78.63% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,866 orang.
Manakala, 615 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2021 06:12 AM | Show all posts
bila la nak berenti ada kluster baru ni ..


Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Sungai Senibung, Julau, Kluster Pondok, Belaga dan Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Sebauh. Perincian kluster tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Sungai Senibung, Julau
Kluster Sungai Senibung merupakan satu kluster institusi pendidikan yang melibatkan sebuah sekolah menengah di Sungai Senibung, Julau. Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-25,451 merupakan seorang pelajar asrama lelaki berumur 15 tahun dari sekolah tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 20 April 2021.

Kes indeks ini mula mengalami gejala pada 04 April 2021 dan dikesan reaktif ujian RTK Antigen pada 14 April 2021 sebelum didapati positif rT-PCR pada 20 April 2021 semasa dalam pengasingan di pusat kuarantin.


Sebelum ini, kes indeks telah berada di rumah panjang di Nangga Sebuntang sebelum masuk ke asrama pada 04 April 2021 bagi permulaan sesi persekolahan.

Hasil saringan bersasar ke atas kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut, terdapat penambahan sebanyak 13 kes dikesan positif COVID-19. Manakala, sejumlah 290 individu telah disaring melibatkan kluster ini di mana:
• 14 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks,
• 241 kes didapati negatif COVID-19 selepas saringan
pertama ujian rT-PCR; dan
• 35 kes masih menunggu keputusan ujian.

Kesemua 14 individu yang dikesan positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Sarikei dan telah dimasukkan ke PKRC di bawah Hospital Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

II. Kluster Pondok, Belaga
Kluster Pondok merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan anggota kerajaan di sebuah premis kerajaan di Pekan Belaga.
Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-25,234 yang merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 44 tahun yang bertugas sebagai anggota badan beruniform di premis tersebut. Kes indeks ini dikesan melalui saringan individu bergejala pada 18 April 2021 di Klinik Kesihatan Sungai Asap dan telah disahkan positif COVID-19 melalui ujian rT-PCR pada 21 April 2021. Kes ini yang mula mengalami gejala pada 08 April 2021 telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa berada di sekitar Belaga dan perebakan jangkitan yang cepat berpunca dari tempat kediaman agak sesak yang turut didiami oleh seramai 17 rakan setugas yang lain.

Hasil siasatan lanjut dan saringan aktif ke atas kontak rapat dan rakan sekerja kepada kes indeks ini, terdapat penambahan sebanyak lapan (😎 kes positif COVID-19. Manakala, sejumlah 255 individu telah disaring melibatkan kluster ini di mana:
• 9 kes telah didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks,
• 116 individu didapati negatif ujian rT-PCR; dan
• 130 kes masih menunggu keputusan makmal.


Kesemua sembilan (9) orang kes yang didapati positif ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan telah dimasukkan ke PKRC di Bintulu tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

III. Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Sebauh
Kluster Jalan Sebauh-Bintulu merupakan satu kluster insitusi pendidikan dan komuniti yang melibatkan sebuah sekolah menengah dan tiga (3) buah rumah panjang di Jalan Sebauh- Bintulu dalam Daerah Sebauh. Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-20,986 merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 21 tahun dari sebuah rumah panjang di Jalan Sebauh-Bintulu melalui saringan individu bergejala pada 13 April 2021.

Siasatan lanjut melibatkan kes indeks ini telah mendapati dua (2) pelajar dari sebuah sekolah menengah tersebut mempunyai kontak kepada kes indeks ini dan telah disahkan positif COVID-19 pada 21 April 2021.

Hasil pengesanan kontak rapat dan kontak kasual kepada kes- kes positif melibatkan kluster ini dan saringan bersasar ke atas kakitangan dan pelajar di sekolah menengah tersebut, terdapat penambahan sebanyak 66 kes dikesan positif COVID-19 dan 20 orang kes adalah pelajar dari sekolah menengah tersebut.

Manakala, sejumlah 318 individu telah disaring melibatkan kluster ini di mana:
• 67 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks,
• 236 individu didapati negatif COVID-19 selepas saringan
pertama ujian rT-PCR; dan
• 15 kes masih menunggu keputusan makmal.


Kesemua 67 individu yang dikesan positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan telah dimasukkan ke PKRC di bawah Hospital Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 09:25 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-4-2021 09:54 PM
Hari ini terdapat enam (6) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan j ...

takziah buat keluarga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.512281 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list