CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 0

Belum lawan dah dapat RM307j

[Copy link]
Post time 27-4-2021 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Belum lawan dah dapat RM307j


JOSHUA dan Fury (kanan) bakal berentap di Arab Saudi. FOTO Agensi


London: Anthony Joshua (AJ) dan Tyson Fury bakal mendapat £54 juta (RM307j) seorang menerusi kontrak venue yang paling lumayan dalam sejarah, menurut laporan hari ini.

Dua jaguh heavyweight British itu akan berentap pada musim panas ini di Arab Saudi dalam pertarungan pertama Battle of Britain.

Joshua mempertaruhkan tali pinggang WBA, WBO dan IBF manakala Fury mempertahankan gelaran WBC yang dimenangi selepas menewaskan Deontay Wilder tahun lalu.

Selain berpeluang menggabungkan kedua-dua divisyen, kedua-duanya bakal mendapat imbuhan lumayan dari pertarungan itu.

Menurut ESPN, yuran venue sahaja mencecah £108 juta (RM614j) yang akan dibahagi dua sesama mereka selain mendapat bayaran tunai perbelanjaan dan acara lain.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda berbanding pertarungan AJ dengan Andy Ruiz Jr.

Perjanjian venue pertarungan di Arab Saudi belum lagi dimuktamadkan tetapi gelanggang pertarungan kedua hampir pasti dilangsungkan di Wembley tahun ini.

Promoter Fury di Amerika Syarikat, Bob Arum berkata kepada Boxing Scene: "Kami telah pun mempunyai kontrak (venue) sekarang dan ia langkah besar. Kini hanya ada sedikit kertas kerja dengan kerajaan Arab Saudi."

Ketika tarikh belum disahkan, promoter Joshua, Eddie Hearn mendedahkan 24 Julai atau awal Ogos adalah pilihan terbaik dengan Fury sendiri berpendapat pertarungan itu berlangsung pada Julai.

Katanya: "Mereka telah menandatangani kontrak. Kami menyediakan kedua-duanya venue yang dipersetujui dan mereka menerimanya.''


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.245755 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list