COVID Sarawak: 416 kes, enam kematian hari ini
KUCHING: Sarawak mencatatkan 416 kes positif COVID-19 baharu dan enam kematian hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 48 peratus kes tertumpu di daerah Kapit, Sibu, Bintulu, Meradong dan Miri. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kapit dengan 53 kes, Sibu (46), Bintulu (38), Meradong (33), Miri (30), Kuching (29), Serian (24), Saratok (21), Beluru (18), Kanowit (15), Samarahan (12), Mukah (12), Selangau (10), Sarikei (10), Song (9), Bau (9), Belaga (8), Julau (5), Tanjung Manis (5), Pakan (5), Lundu (5), Bukit Mabong (4), Sri Aman (3), Limbang (3), Tebedu (3), Matu (2), Kabong (1), Tatau (1), Dalat (1) dan Sebauh (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29,377 kes. Enam lagi kes kematian, menjadikan jumlah setakat ini 171 orang.
Kes kematian ke-166 adalah kes Ke-20,392 melibatkan seorang lelaki berumur 30 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah oleh ahli keluarga dan dibawa ke Hospital Bintulu. Kes kematian ke-167 adalah kes ke-27,388 melibatkan seorang lelaki berumur 52 tahun dan meninggal dunia di Hospital Bintulu. Kes kematian ke-168 adalah kes ke-27,158 melibatkan seorang perempuan berumur 76 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak kerana tidak sedarkan diri. Kes kematian ke-169 adalah kes ke-21,659 melibatkan seorang perempuan berumur 79 tahun dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. Kes kematian ke-170 adalah kes ke-17,283 melibatkan seorang lelaki berumur 54 tahun dan meninggal dunia di Hospital Sibu. Kes kematian ke-171 adalah kes ke-28,397 melibatkan seorang lelaki berumur 37 tahun telah ditemui tidak sedarkan diri di rumah pada 24 April 2021 di Sibu. “Hari ini terdapat 449 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 23,491 orang atau 79.96 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” kata JPBNS menerusi kenyataan. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,646 orang. Manakala, 416 PUI baharu telah dilaporkan.
kredit : utusan borneo 28/04/2021
|