CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1627|Reply: 1

5 Jenis Penyakit Yang Paling Banyak Meragut Nyawa Manusia Dalam Sejarah Dunia

[Copy link]
Post time 6-5-2021 11:56 AM | Show all posts |Read mode
5 Jenis Penyakit Yang Paling Banyak Meragut Nyawa Manusia Dalam Sejarah Dunia



Penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia ketika ini telah menyebabkan ribuan manusia terkorban.

Sebelum ini iaitu pada tahun 2014 hingga 2015, penularan wabak Ebola telah berlaku dan telah menjadi perhatian dunia memandangkan kes yang berlaku akibat penyakit tersebut berjumlah lebih daripada 10,000 kes dengan lebih daripada 4,900 kematian.

Namun, penyakit ini masih dianggap kecil kerana terdapat beberapa penyakit lain yang pernah merekodkan kematian yang jauh lebih besar dalam sejarah dunia. Mari kami kongsikan 5 jenis wabak penyakit yang pernah menyerang dunia satu ketika dahulu dan telah menyebabkan angka kematian yang sangat tinggi.

1. AIDS



AIDS adalah singkatan bagi ‘Human Immunodeficiency Virus’. Ia merupakan virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan.

Menurut data daripada UNAIDS, dianggarkan sekitar 30 juta manusia telah mati akibat penyakit berkaitan AIDS sejak tahun 2001 dengan purata sebanyak 2.3 juta setiap tahun. Ketika ini, penghidap AIDS di seluruh dunia dianggarkan sekitar 35.3 juta orang.

2. Malaria



Penyakit malaria adalah salah satu jenis penyakit serius dan berbahaya yang disebabkan oleh infeksi parasit yang disebar melalui gigitan nyamuk dan dapat mematikan jika tidak ditangani dengan betul.

Untuk rekod, penyakit ini telah ‘menemani’ kehidupan manusia selama 500,000 tahun. World Health Organization (WHO) melaporkan bahawa malaria telah meragut sebanyak 200 juta nyawa manusia pada abad ke-19. Malaria adalah penyakit pembunuh terbesar dunia yang telah menyebabkan kehilangan bilion nyawa manusia.

Kini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengelakkan wabak penyakit besar-besaran daripada terjadi. Vaksin adalah antara salah satu kaedah bagi menyekat penyakit-penyakit berbahaya daripada mengancam populasi manusia sedia ada.

3. Kolera



Kolera adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan cirit-birit berair yang teruk, yang boleh menyebabkan dehidrasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Ia berlaku disebabkan oleh makan makanan atau minuman yang sudah tercemar dengan bakteria yang dipanggil Vibrio cholerae.

Untuk rekod, ia telah mula menyerang dunia sejak tahun 1800 dan telah menyebabkan puluhan ribu nyawa maut setiap tahun. Salah satu wabak kolera terbesar pernah menyerang India pada awal abad ke 20 yang menyebabkan kematian seramai 800,000 individu dalam hanya 2 dekad.

4. Influenza



Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Pada tahun 2003, wabak SARS pernah meresahkan dunia. Begitu juga dengan wabak Hong Kong Flu yang pernah terjadi pada tahun 1968.

Keseluruhan wabak ‘flu’ yang berlaku di seluruh dunia telah menyebabkan kematian hampir 50 juta individu.

5. Cacar



Penyakit cacar merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seseorang individu ke individu yang lain. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Kelaziman penyakit cacar telah bermula seawal abad ke 16 dan ia telah menyebabkan kematian sebanyak 500 juta individu pada abad ke 20 sahaja.

Untuk rekod, cacar adalah satu-satunya penyakit yang berjaya dihapuskan disebabkan oleh kejayaan pelaksanaan vaksin secara global. Kes terakhir cacar yang didiagnosis berlaku pada tahun 1977 dan WHO telah mengisytiharkan penghapusan total penyakit ini pada tahun 1979.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber:
Hello Doktor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 02:06 PM | Show all posts
Denggi?

.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 1.624696 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list