View: 2221|Reply: 11
|
[Sarawak]
Perkhidmatan 'park-and-dine' dalam kereta langgar SOP - Polis Sarawak
[Copy link]
|
|
KUCHING: Polis Sarawak memandang serius mengenai inisiatif baharu pengusaha makanan yang menyediakan perkhidmatan park-and-dine dalam kenderaan di negeri itu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail menegaskan perkhidmatan itu tidak dibenarkan malah ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.
“Ini (perkhidmatan) adalah tidak mematuhi SOP.. cuma bawa pulang (take away) sahaja dibenarkan.
Menyediakan makanan untuk makan di dalam kereta bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan bawa pulang.
“Aktiviti ini boleh dikompaun kerana tidak patuhi SOP. Ingin saya tegaskan bahawa aktiviti melayan pelanggan dengan membawa makanan untuk dimakan dalam kenderaan (sendiri atau kenderaan yg disediakan oleh restoran) dan mengambil semula bekas makanan dari pelanggan bukan dikategorikan sebagai bawa pulang,” tegasnya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Terdahulu, baru-baru ini tular di media sosial mengenai inisiatif baharu park-and-dine yang menggantikan dine-in di restoran ekoran SOP mengekang penularan COVID-19 di Sarawak.
Tambah Aidi, beberapa premis makanan di Kuching turut dikenal pasti melaksanakan kaedah sama.
Sehubungan itu, Aidi berkata, walaupun ia disifatkan pendekatan atau inisiatif yang diusahakan peniaga tetapi SOP tidak dibenarkan dine-in perlu difahami dengan jelas.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"DINE-IN kereta langgar SOP"
KUCHING: Hanya ‘take away’, tapau atau bawa balik dibenarkan bagi sektor makanan dan minuman di negeri ini.
Prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menetapkan ‘No Dine-in’ adalah jelas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, menyediakan makanan dan minuman untuk pelanggan makan di kenderaan masing-masing diklasifikasikan sebagai melanggar SOP.
“Ini adalah tidak mematuhi SOP… cuma take away sahaja dibenarkan. Menyediakan makanan untuk makan di dalam kenderaan bukan dikategori sebagai take away,” tegasnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah televisyen tempatan yang memaparkan kaedah baharu perniagaan premis makanan di Kuching.
Dalam laporan tersebut, sebuah premis makanan menggunakan konsep baharu ‘park and dine’ menggantikan ‘dine-in’ di restoran selepas ia diletakkan sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan bagi sektor ekonomi.
Kata Aidi, perkara itu perlu dipandang serius dari segi pematuhan SOP yang ditetapkan sebagai langkah untuk mengelak penularan wabak.
Beberapa premis makanan di Kuching turut dikenal pasti melaksanakan kaedah yang sama.
Meskipun ia disifatkan pendekatan atau inisiatif yang diusahakan peniaga namun SOP ‘no dine-in’ perlu difahami dengan jelas.
Oleh: Shafik Ahmad
Ikuti perkembangan semasa di Borneo Channel
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makan dlm keta sendiri(bungkus/tapau)...x boleh jugak ke....apa beza ngn make kat umh |
|
|
|
|
|
|
|
ada beza nya ...
kalau beli dan berenti kat memana dan makan ... takde masalah rasa nya ...
kita tapau terus takde deal lagi dengan pekerja
ni kira "kereta" menjadi kerusi meja kedai makan tu ...
pekerja hantar makanan , macam hantar kat meja ...
pastu kutip balik pinggan gelas tu semua2 ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 23-5-2021 01:26 PM
ada beza nya ...
kalau beli dan berenti kat memana dan makan ... takde masalah rasa nya ...
kalau guna..pinggan,mangkuk,sudu,cawan...yg pakai buang???....atau....bekas polisterin tu...tp mkn kat keta gak..canner??? |
|
|
|
|
|
|
|
makan dalam kereta takde masalah rasanya jika guna semua2 tu sendiri takde deal lagi dengan kedai tu ... "take away"
masalah jika ramai2 kat depan kedai tu ...dok dalam kereta ... makan kat depan kedai tu dan kembalikan perkakas balik ( pinggan etc )... "dine in "
senang cita la ... dah beli ... pergi ...
nak makan juga ... cari lah tempat tak ramai orang ...takde la kena tuduh "dine in "
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru perasan ada kedai buat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
biasa lah ...
mesti ada yang terlampau kreatif mancari jalan mencabar undang2 ... bila kena kompaun ... mula lah play victim
|
|
|
|
|
|
|
|
byk iklan pakai konsep ni
siap tunjuk gmbar contoh lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tau takpa
payah sangat ka tapau jer dan bawak la memana dan makan
|
|
|
|
|
|
|
|
last week ada nampak kedai buat mcm ni..
terkejut jugak
dah mkn dlm keta ada tapau lagi
yang empunya kedai pun tak tau ke kesannya
ke duk pikir asal ada orang beli jer
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 perangei kan ...
tapau jer la ... apa masalah nya ...
teruk sangat ke idup jika tak dine in kat kedai ... adoi sampai sanggup nak dine in dalam kereta pula
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|