CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 0

[Sarawak] Pemimpin Sarawak sumbang gaji ke tabung Bencana Negeri

[Copy link]
Post time 4-6-2021 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 4-6-2021 04:10 PM


KUCHING: Wakil rakyat, setiausaha politik dan penjawat awam akan dipotong gaji untuk sumbangan kepada tabung bencana mengikut kadar yang telah dipersetujui.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia telah dipersetuju dalam mesyuarat bersama-sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam mesyuarat pagi ini.

"Untuk menteri, Adun, Setiausaha Politik kadar (jadual) dalam tempoh tujuh bulan, bersamaan dengan sumbangan gaji dua bulan mulai bulan Jun ini.

"Sebagai persetujuan gaji Ketua Menteri dipotong 30 peratus, timbalan ketua menteri 30 peratus, menteri 15 peratus, menteri muda 15 peratus dan Adun 30 peratus ," katanya.

Fatimah berkata, beliau menyokong penuh langkah yang dicadangkam Ketua Menteri (Datuk Abang Johari Tun Openg).
Beliau juga bersetuju pemotongan gaji tidak boleh merangkumi barisan hadapan sebagai pengiktirafan atas kerja keras mereka.

"Mereka telah mengorbankan kesihatan dalam mengurangkan penyebaran virus, menjaga orang sakit, dan juga memberi makanan kepada pesakit di PKRC, kuarantin dan kawasan penjara," katanya.

Beliau berkata, mesti ada definisi yang sangat jelas mengenai siapa yang seharusnya berada dalam senarai barisan depan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.142245 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list